Thursday, November 18, 2010

Menghargai pengorbanan

Tahun ni tak sempat la pulak nak balik beraya haji di pendang. Takpalah, hari tu dah balik masa raya posa dah, jadi la. Maklumlah cuti pun pendek selasa dan rabu saja. Nak beli tiket kapal terbang pun duit royalti buku tak dapat lagi, editor kata kononnya tahun depan baru dapat, maka berayalah dengan apa yang ada.

Tahun ni aku beraya di rumah mak di pj. Bestnya rumah mak aku ni surau depan rumah saja. Suraunya nama Surau Al Hukumiah kot kalau tak salah. Kalau nak dengaq ceramah tak payah pi surau, dari rumah boleh dengaq dah. Sebelum bang (azan) subuh dan tiap2 bang ada pasang kaset bacaan al-Quran. Ada subuh sekali tu lama sungguh dia pasang kaset tu dan aku ingat lambat lagi subuh maka terlepas la waktu subuh pagi tu kerana dia pasang kaset tu pasai ada orang meninggal kat taman tu. Ye la bila aku tengok luaq tingkap dah terang benderang dah.

Tahun ni mawar, mak dan aku buat ketupat palas. Orang melaka selalunya buat ketupat yang anyam dengan daun nyok (kelapa) tu, tapi pasai mawar dah belajaq buat ketupat tu dari mak aku masa raya posa hari tu maka raya kali ni eksperimen la buat ketupat palas. Daun palas yang dibeli kurang berkualiti maka terpaksa la beli tambah lagi. Budak yang jual daun palas tu pun rasanya tau jual saja daun tu pasai suruh dia anyam tak reti pulak dia. Ketupat palas ni ghenyah (leceh) sikit nak buat, pasai tu la sedap. Tak macam ketupat nasi peket adabi tu campak masuk dalam ayaq, rebuih teruih siap boleh potong makan.

Ghenyah nak buat ketupat palaih ni mula2 kita kena buka daun dia dulu dan anyam dia jadi bentuk segitiga tu dulu. Sementara tu kita masak pulut dengan santan sehingga separuh masak. Bila dah separuh masak, buka balik daun palaih tu dan kita masukkan ke dalam daun dan lilit balik. Kena balut kemas2 dan tak boleh ada lubang nanti pulut keluaq masa merebus ketupat. Dah rebus ketupat sampai kering baru la boleh makan.

Tahun ni jugak mak dan mawar buat kuah kacang, rendang dagin, sambal ayam, kuah lodeh, pendek kata semuanya sedap2 cuma aku saja yang sakit perut hari raya tu. Cerita tentang sakit perut, malam raya tu lepas semayang isyak aku ikut rombongan / lawatan takbir raya dan doa selamat dari rumah ke rumah sekitar taman rumah mak aku tu. Ada la dalam 6 ka 7 rumah kot kalau tak silap sekali dengan rumah mak aku yang turut dilawati malam itu.

Teringat sekali dulu masa aku kecik2 pernah sekali aku ikut atuk Hamid (belah mak) di Kampung Sungai Ayer Jernih, Gemencheh pun melawat macam ni la malam raya tu. Sambung balik pasai lawatan di taman rumah mak aku ni, macam2 aku makan. Lemang, nasi impit, sate, ayam goreng, agaq2, nuget, sosej, sup tulang, macam2. Tak la makan banyak2, makan sikit2 mengambil hati tuan rumah. Dan bila balik rumah tragedi pun bermula sampai ke cerah. Nasib baik time nak pi semayang raya perut tak meragam lagi. Tapi bila semayang cerita bersambung semula. Aiyeee...

Jalan2 di melaka

6 november hari tu aku, mawar, adik ipar aku (lelawati), suaminya (nazrul) dan mak aku sempat melancong ke bandaraya melaka. Saja jalan2 setelah melawat nenek mawar yang tak berapa sihat. Pusing2 kat kota a formosa yang hari tu memang padat parkingnya.
Parking petang tu kat tempat parking rumah urut. 10 hinggit 2 jam. Memang untung kedai tu, tak nampak pun orang mengurut di dalamnya tetapi parking penuh. Orang yang melancong punya la ramai, nak naik boat river cruise orang beratur punya panjang macam boleh naik free.
Waktu jalan2 pulak alunan lagu dari beca macam2 ada. Dangdut, 60an, rock, lagu raya saja yang tak pasang.
Malam tu sebelum bermalam di Hotel Formosa, makan di medan makan di pantai klebang yang pantainya dah tak ada kerana ditebus guna pantainya. Lain kali tak nak makan lagi di gerai tu. Nasi gorengnya tawar, tomyam campurnya rasa macam kuah mee bandung dan burger burung untanya rasa macam makan tanah. Tukang masak masak berjam2 baru dapat makan. Sampainya hati kenakan tourist, makan maggi lagi sedap.

Thursday, November 11, 2010

Mesyuarat di Hotel Regency di kala Kedah banjir

Masa banjir tengah sakan di Kedah hari tu aku menghadiri suatu mesorat di Hotel Regency, Aloq Setaq. Walaupun beranak di Aloq Setaq inilah kali pertama aku mesorat di sana.
Aku drive dari Seremban. Nak naik flight penyelaras mesorat kata tak dak budget. Nak naik bas memang aku tak selera. Nak car pool baik tak payah kalau drive sorang2 yang lain membuta (tidur la, takdak kena mengena dengan oku penglihatan). Tengah malam (2 pagi) tu aku drive pelan2 dari Seremban. Kesian isteri selalu kena tinggal bila pi mesorat.
Masa drive trafik kira ok saja. Berenti banyak kali jugak, kencin, basuh muka, minum, tidoq. Hujan mula turun dari seberang perai sampai la ke pendang.
Dalam pukui 7 sampai la rumah family aku di pendang. Ada mak dan abah, nurain dah pi sekolah dah. Lena2, rehat2 dulu sebelum pi amik nurain balik sekolah pada tengah harinya.
Dalam pukui 2.30 dalam hujan2 sampai la aku di Hotel Regency. Parking pulak penuh, kena la pusin2 cari parking dalam hujan. Sampai di bilik mesorat nampaknya banyak yang dah ada kecuali pegawai2 penyelaras mesorat yang sampai lambat sikit kerana terlepas flight. Sungguh lawak..
Dalam sibuk2 mesorat sempat juga meronda pekan rabu beli beras pulut hitam dan kuih2 untuk orang tersayang.
Pagi khamis bila dah abih mesorat aku pun drive la balik petaling jaya kerana kebetulan isteri balik ke rumah mak sempena cuti deepavali.
Tentang Hotel Regency yang best tentang makannya ialah ada keli bakaq dan ais kacang. Lain kali boleh makan lagi. Bufetnya juga agak murah RM25 sorang.

Wednesday, November 10, 2010

Hari ni meeting di putrajaya

Hari ni aku meeting di putrajaya. Emel ni aku compose dari tel nokia c3 ku. La ni aku duduk di kafe berdekatan blok e12. Suasana sungguh riuh dengan orang yang bersembang. Jam dah 8:30. Agaknya yang bersembang lama2 ni masuk opis pukui 9 kot? Ahhh, kat sekolah pun sama, ramai yang suka bersembang lama2 sampai kelas terabai.