Thursday, December 29, 2011

jadual 2012

jadual 2012
 
serikinda.blogspot.com

Saturday, December 17, 2011

Galakkan pemasangan kotak givi pada motorsikal

Kematian jururawat yang terjatuh daripada motorsikalnya akibat diragut beberapa hari lepas di george town sesungguhnya merupakan kejadian yang amat malang. Hilang sudah satu tenaga kerja yang penting untuk negara kita akibat peragut yang bukan sahaja kejam malah mengambil jalan mudah untuk meneruskan hidup. Semoga balasan Tuhan kepada anda dipercepatkan.

Aku pernah mengalami kecurian helmet ketika parking motor di lowyat, kuala lumpur pada tahun 2007. Naya sungguh kerana tidak menyangka helmet cabuk aku yang berbau busuk (ha ha ha!) telah dipotong tali pengikatnya. Maka naiklah aku moto ke kedai motor berhampiran untuk membeli helmet. Takkan nak balik setapak dengan kepala yang gonjeng tambahan lagi banyak polis trafik yang bertugas sepanjang laluan balik.

Bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang maka terpaksalah aku pasang kotak simpanan barang pada motorsikal aku. Beli yang tak mahal tapi cap givi dengan pemasangan besi monorack. Habis la 2 3 ratus, janji helmet tak dicuri dengan begitu mudah lagi pada masa hadapan.

Apabila membaca berita kematian jururawat yang diragut, malah tahun lalu kalau tak salah sepasang suami isteri yang menaiki motor maut setelah dihimpit oleh peragut membuatkan aku berasa amat sedih. Wang di dalam beg duit isteri tidak seberapa tetapi apabila kematian berlaku sungguh sedih kerana anak2 yang ditinggalkan masih kecil dan menjadi yatim-piatu. Benar kita tidak boleh menyalahkan takdir Allah Taala tetapi bukankan Nabi Muhammad SAW telah bersabda jika kita hendak meninggalkan (parking) unta hendaklah kita menguncinya. Jadi dengan memasang kotak barang bolehlah beg duit yang mahal2 tu disimpan di dalamnya sebelum kita memulakan perjalanan. Jauh atau dekat belakang kira kerana mati pun boleh berlaku bila2.

Apalah salahnya sekiranya kita menyimpan wang sedikit demi sedikit untuk keselamatan kita. Kerajaan boleh memberi insentif seperti potongan cukai korporat kepada syarikat2 motor yang memasang kotak simpanan barangan sebagai aksesori pada motor atau potongan cukai individu kepada pemilik2 motor yang memasang kotak simpanan barangan pada motor mereka.   


Wednesday, December 7, 2011

Antara Milo dan ChocoMalt Packers Choice

Dalam seminggu dua ni agak ribut tentang pelabelan barangan 1Malaysia. Oleh sebab aku tak pernah beli barangan 1Malaysia di mydin maka aku tak boleh la nak komen rasanya sedap atau tidak. Walaubagaimanapun, aku berpeluang untuk memegang dan melihat beberapa produk berkenaan yang dijual di salah satu kedai runcit yang mengikuti Program TUKAR di bawah kelolaan kerajaan.

Sekali pegang dari segi packaging memang yang jelas hanyalah lambang 1Malaysia, kalau ikut subjek marketing aku belajar di u dulu memang itulah pakejing (maaf cakap) yang paling buruk designnya. Menyalahi nilai kreativiti yang mahu diterapkan dalam kurikulum kssr.

Tapi dari segi politik bagi aku yang jahil ini ialah seperti pelabelan lambang dacing pada guni baja subsidi padi yang aku tengok di kampung dulu. Penggunaan lambang 1Malaysia seperti kempen pilihanraya la pulak rasanya.

Kalau kita lihat perbandingan harga seperti yang dilakukan oleh Tony Pua di blognya memang benar ada produk 1Malaysia yang lebih mahal berbanding produk biasa. Aku tak menyebelahi mana2 parti politik (kalu ada pilihanraya pun tahun depan pun tak kuasa aku nak balik pendang mengundi, lain la kalau ada sponsor heh, heh, heh). Sebagai pengguna yang BIJAK terpulanglah kepada kita untuk memilih barang yang memenuhi keperluan, kemampuan dan rasa tekak kita.

Benar ada pihak yang akan mengaut keuntungan tapi apalah perniagaan tanpa keuntungan.

Dulu (2005) bila shopping di supermarket (carefour wangsa maju) kalau bawa rm100 dah boleh dapat barang dapur satu bonet proton wira sedan tapi sekarang (2011 di tesco seremban 2) hanya dapat barang yang muat raga moto, ruang bawah seat dan kotak bogo honda wave 125 aku. Minggu lepas harga air excel rm1.99, hari ni rm2.59. Dua minggu lepas refil sabun antabax rm5.50, hari ni rm7.59. Nampak tak betapa tak stabilnya harga dan kadang2 kita kena tunggu bila dah betul2 murah baru beli.

Dulu nescafe refill tak ada klip keselamatan, sekarang dah ada klip keselamatan. Ha, ha, ha, mungkin ramai yang curi bawa balik minum nescafe kangkang (kepit celah kangkang masa curi benda tu). Tak kira dah halal ka haram janji dapat minum.    

Kadang2 kita mungkin terpaksa berubah ke produk alternatif. Rasanya kadang2 tak jauh beza. Kalau makan atau minum lebih tetap datangkan mudarat. Takat ni yang aku jumpa ialah chocomalt packers choice yang dijual di tesco. Harganya rm21.00 untuk paket 2kg, kalau milo takat petang tadi dekat rm16 untuk paket 1kg. Kilang milo jangan marah, memang packers choice tak sesedap milo dan tak ada protomalt tetapi dari rasa aku produk ni kalau bancuh tak payah bubuh gula banyak pasai agak manis dan teksturnya bila dibancuh lebih halus seperti ovaltine.

Susu pekat (krimer pekat manis?) aku tukar kepada cap tesco. Beli yang tin 1kg pada harga rm4.30. Kalau cap lain tadi ada yang dah rm3 lebih untuk tin 500gram. Beli la yang mahal mana pun, ia tetap tak sesuai untuk anda bancuh untuk diminum bayi. Entah macam mana formula yang cap tesco ni, susu dia tak membeku bila masuk peti ais (bahagian biasa la, kalau yang bahagian buat ais tu susu apa pun tetap beku) jadi senang aku nak bancuh ayaq. 

Jadilah pengguna bijak!

Perginya kawan abdul hanan

Pada malam selasa baru ni aku berasa agak tak sedap hati. Abdul Hanan (beluncas abah umi) pula asyik meragam nak hanya nak diriba uminya (abah pujuk tak laku). Lantas aku pun buka youtube dan cari bacaan surah Yassin oleh Ust. Hj. Dzulkarnain (pengacara imam muda).

Bila dah play barulah keadaan agak tenang sikit namun hanan tetap berjaga sampai subuh. Hmmm, senang nak pi sekolah nanti tak payah pakai alarm clock kerana dia akan bangun lebih awal dan kejut abah dan uminya.

Dalam pukul 7.30 pagi telefon umi berbunyi. Apabila diangkat mawar kedengaran suara wanita yang teresak2. Innalillahiwainnailaihirojiun, anak lelakinya, 'A' yang juga merupakan seorang bayi pramatang telah pun kembali ke Rahmatullah.

Semasa di dalam wad di hospital seremban kedua2 bayi kami berkongsi bilik yang sama di nicu (neonatal intensive care unit). Apabila berpindah ke wad scn (yang ni aku tak tau singkatan untuk apa) di mana ibu boleh tinggal bersama2 bayi, mawar dan puan 'F' turut berkongsi bilik yang sama. Sama seperti hanan, 'A' juga turut mengalami masalah jantung berlubang dan menanti giliran untuk follow-up di hospital serdang.

Sesungguhnya air mataku tak tertahan lagi bila melihat 'A' terbaring dengan mata yang terpejam rapat di atas katil di rumah neneknya pagi tadi. Nampak seperti masih hidup dan hanya sedang tidur seperti aku lihatnya di dalam inkubator setiap hari semasa berulang-alik ke wad nicu hospital seremban. Kakak sulungnya yang berumur lingkungan 3 ke 4 tahun hanya berkata kepada orang2 yang melawat, adiknya tengah tidur lagi.

Kepada keluarga puan 'F', kami sekeluarga mendoakan kesejahteraan ke atas keluarga puan dan bersabarlah.

Sunday, November 27, 2011

Beribu Sesalan KISAH JANJI DIMUNGKIRI DIMUNGKIRI...

Berkatalah benar walaupun pahit.
Aku tujukan perkataan HURUF BESAR kepada yang berkenaan.
Masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan.

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasih ku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

SETELAH CINTA PERGI
Ku mengusung duka ini diiringi
KISAH JANJI DIMUNGKIRI LAGI

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

SETELAH CINTA PERGI
Ku mengusung duka ini
Diiringi

KISAH JANJI
DIMUNGKIRI
DIMUNGKIRI

SIA-SIA KU
Mencintaimu
Setia padamu
PERCAYAKANMU

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

SIA-SIA KU
Mencintaimu
Setia padamu
PERCAYAKANMU

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

BERIBU SESALANKU...

Monday, November 14, 2011

10 November Yang Istimewa

Mungkin ada yang menyatakan hari ini 11.11.2011 merupakan tarikh yang istimewa (ada yang suruh mak aku mai makan kenduri tapi tak telefon panggil atau bagi kad pun) tetapi bagi aku tarikh 10 November (kelmarin) lebih istimewa kerana 3 peristiwa penting telah berlaku untuk keluarga aku.

Peristiwa yang pertama ialah cucu pertama keluarga kami nurhana adnin telah lahir pada tarikh tersebut. Malam tadi khabarnya ada barbeque dan potong kek di rumah tuk.

Peristiwa yang kedua ialah mak lang yana telah lulus permohonan tukar sekolahnya ke kedah. Alhamdulillah, permohonan berpindah mengikut suami (Onn) telah diluluskan. Penat jerih berulang ke Kelantan selang beberapa minggu akan berakhir.

Peristiwa yang ketiga ialah petang kelmarin anak kami, Abdul Hanan telah discaj daripada wad scn seremban. Rasanya macam baru pagi semalam dia lahir. Sedar tak sedar dah 2 bulan lebih berulang-alik ke hospital seremban dan juga hospital serdang. Macam2 benda baru yang dikuasai seperti skill parking blok kereta orang. Ada sekali dah parking, dah sampai depan pintu wad di tingkat 6 tiba2 tuan kereta yang kena blok call keta dia nak keluar.

Tapi aku rasa bersyukur kepada Allah kerana kalau semuanya dibuat di hospital swasta hitung2 dah boleh beli kereta baru atau rumah flat. Bayangkan caj wad kerajaan baru rm1.50 sehari siap duduk dalam incubator. Kalau di hospital swasta satu hari duduk dalam incubator ada hospital kenakan rm1000 sehari. Kalau darab dengan 6 minggu dah rm42000. Operation jantung pulak kalau bukan kerana ada GL kena bayaran rm9000. Kalau di swasta ada blood test dan lain2 lagi mungkin dah dekat rm60 ke 70 ribu. Mana nak cari banyak2 tu…

Moga anak kami akan terus membesar dan segar seperti rumput2 yang mulai tumbuh di atas tanah tempat di tanam urinya. Kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak kami terima kasih kami ucapkan. Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalasnya.

Wednesday, November 9, 2011

takde coverage ka? potong stim la...

potong stim la, bila nak ada coverage?

Monday, November 7, 2011

Salam Aidiladha dari Surau Al-Hukummiah

Salam Aidiladha kepada semua umat Islam seluruh dunia.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan ksejahteraan kepada anak kami Abdul Hanan.
Tahun ini kami beraya di Hospital Serdang, Insya Allah esok (selasa) akan transfer balik ke NICU hospital seremban.
Tahun ni pada pagi hari raya korban kami telah mengadakan akikah untuk anak kami. Dua ekor kambing jantan yang hensem telah disembelih di surau al-hukummiah yang berhampiran dengan rumah nenek ita. Abang isa juga tidak ketinggalan melakukan korban sunat untuk ahli keluarganya.
Tolong doakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan ke atas anak kami.
Terima kasih semua dan hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalasnya.

Saturday, November 5, 2011

teks sesi bercerita cikgu azlan


Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengetua cemerlang Yang Berusaha Puan Hajah Norlia bt Abdul Karim, penolong2 kanan, ketua2 bidang, guru2 cemerlang, kaunselor2, guru2 dan pelajar2 yang saya kasihi sekalian.

Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izinNya kita diberi kesempatan untuk bersama2 bertemu lagi di Dataran Perhimpunan SMK Pendeta Za'ba untuk minggu ke 40 persekolahan sesi akademik 2011 kalau tidak salah dalam perkiraan saya.

Bagi memulakan slot bercerita pada minggu ini saya ingin memetik tafsiran daripada surah Al Asr yang berbunyi:
Bismillahirrahmanirrahim.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Daripada tafsiran ayat tersebut, pada minggu ini saya ingin berkongsi dengan anda semua akan kepentingan masa daripada nilainya untuk satu tahun hinggalah ke satu milisaat.

Setiap hari kita dikurniakan 24 jam. Kalau dalam saat jumlahnya ialah 86000 saat. Jumlah yang banyak untuk kita belanjakan dalam satu hari kalau setiap saat itu bersamaan satu ringgit.

Malangnya tidak seperti duit di dalam bank yang boleh disimpan, kita harus membelanjakan 86000 saat itu sehingga habis setiap hari. Bagi yang bakal menduduki SPM hitunglah sendiri berapa hari lagi tinggal untuk anda menempuhi peperiksaan tersebut.

Ada seorang bijak pandai berkata:

To realize the value of ONE YEAR, ask a student who failed a grade. Maknanya untuk mengetahui nilai satu tahun tanyalah kepada pelajar yang gagal peperiksaan.

To realize the value of ONE MONTH, ask a mother who gave birth to a premature baby. Maknanya untuk mengetahui nilai satu bulan tanyalah kepada seorang ibu yang anaknya lahir awal satu bulan.

To realize the value of ONE WEEK, ask the editor of a weekly newspaper. Maknanya untuk mengetahui nilai satu minggu tanyalah kepada seorang editor yang menerbitkan akhbarnya secara mingguan.

To realize the value of ONE HOUR, ask the lovers who are waiting to meet. Maknanya untuk mengetahui nilai satu jam tanyalah kepada pasangan kekasih yang menanti untuk bertemu.

To realize the value of ONE MINUTE, ask a person who missed the train. Maknanya untuk mengetahui nilai satu minit tanyalah kepada seorang penumpang yang ketinggalan kapal terbang.

To realize the value of ONE SECOND, ask a person who just avoided an accident. Maknanya untuk mengetahui nilai satu saat tanyalah kepada pemandu yang terlepas daripada mengalami kemalangan.

To realize the value of ONE MILLISECOND, ask the person who won a silver medal in the Olympics. Maknanya untuk mengetahui nilai satu milisaat tanyalah kepada atlit yang memenangi hanya pingat perak di Olimpik.

Hargailah setiap saat yang anda miliki.
Sekian, terima kasih.

Friday, November 4, 2011

Selamat harijadi Abah!


 
Selamat harijadi Abah! We miss you so much. Semoga damai di sana.

Khabar dari hospital serdang

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari keempat Hanan berada di hospital serdang setelah menjalani pembedahan pda ligation pada hari rabu yang lalu. Alhamdulillah, cepat operation dibuat dan tak perlu menunggu giliran yang panjang.

Aku ingat tahun ni boleh la bawa hanan balik rumah untuk raya haji dulu setelah agak lama di wad nicu dan scn hospital seremban. Namun setelah hanan dibawa ke hospital serdang pada hari selasa (1.11.2011), pemeriksaan pakar jantung kanak2 mendapati lubang pada salur darah tidak mengecil dan tindakan segera harus diambil untuk mengatasinya.

Setelah admit ke wad nicu maka dr2 datanglah melakukan pemeriksaan dan tentunya memohon kebenaran pembedahan untuk dilakukan. Pembedahan ada risikonya tetapi kebaikkannya adalah lebih penting.

Pagi rabu maka pembedahan pun dijalankan. Menunggu la kami berdua ditemani nenek ita dan pakcik khairul. Tengah hari baru keluar bilik pembedahan. Bila tengok di wad, wayar2 penuh di badan.

Keadaan hanan stabil kata dr yang menangani kesnya. Kalau takdak apa2 boleh dipindahkan balik ke wad nicu di hospital seremban pada hari ini ataupun selasa nanti.

Tolong doakan kesihatan abdul hanan ye. Terima kasih semua terutama team pembedahan abdul hanan. Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Wednesday, October 26, 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ketiga


Sebelum terlupa, pada hari ini 26 Oktober 2011 ini genaplah 3 tahun perkahwinan kami. Sorry la gambar kami bertiga iaitu sekali dengan Abdul Hanan belum sempat shoot lagi. Insya Allah nanti kami nak snap gambar besar2 nak gantung dalam rumah kami untuk ganti gambar kat ruang tamu tu.

Umi dan Abdul Hanan di SCN


Malam ni saja2 aku bukak e-mel nak check kalau2 ada gambar2 dan bahan2 nak dibuat Buletin Za'ba yang katanya nak di e-mel oleh seseorang sebelum cuti sekolah dahulu. Nampaknya tak ada, kalau ada pun tak sempat nak sementelah lagi sibuk berulang-alik ke hospital.

Alhamdulillah, dah dua malam Abdul Hanan ditemani uminya setelah berpindah ke wad scn tingkat 6 di hospital tuanku jaafar. Sekarang dia dah seberat (jisim, berat unit Newton kan?) 1720 gram bila ditimbang beberapa hari yang lalu. Jantungnya masih berdegup pantas kerana keadaan medikal yang dipanggil Large PDA In Failure, senang cerita jantung berlubang kerana kelahiran pramatang menyebabkan dua salur darah yang membawa darah beroksigen dan tak beroksigen masing2 bercampur menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Baby Hanan sedang berusaha dengan gigih untuk menyusu badan uminya, makin lama makin kuat tapi dia masih memerlukan sedikit masa lagi. Yelah, apalah kederat yang ada baginya yang masih di bawah 2 kilo. Namun begitu dia tak ada masalah yang lain kerana boleh menyusu (ikut tiub dan sudu), kencing dan berak seperti bayi yang lain.

Setelah 6 minggu kelahiran, hari Isnin (kelmarin) merupakan kali pertama aku menimang Hanan. Hari ni pulak kali pertama neneknya (Nenek Ita) mencium Hanan dari celah2 grill wad hospital kerana seperti NICU hanya ibu dan bapa yang boleh masuk ke wad. Mungkin ada yang membantah peraturan ni tapi kalau dah ramai2 pakcik dan makcik masuk ke dalam keadaan baby yang dah sedia riuh rendah dengan tangisan akan meriah pula dengan pakcik, makcik, atuk, nenek. sepupu dan sepapat yang sibuk nak bergambar. Tak yah pergi jauh malam tadi budak2 kecik yang datang ke wad sibuk tekan2 butang2 lif kat depan wad.

Minggu lepas pada 20 oktober Hanan dah naik ambulan dengan ditemani umi, doktor dan nurse ke hospital serdang. Abah Hanan (aku la tu) bawa keta punya la laju dalam hujan tu dan tiba lebih awal, masa mana potong ambulan pun aku tak perasan.

Hmmm, kata doktor pakar yang mendiagnos Hanan, "Kita tengok lagi dalam masa sebulan, kalau imbasan berikut lubang pada jantung tak tertutup terpaksalah pembedahan dilakukan untuk menutup salur darah yang terbuka. Memang risikonya ada tetapi kalau tak ambil tindakan secepat mungkin lubang mungkin akan menjadi lebih besar dan keadaan menjadi lebih parah."

Dulu arwah abah pernah bergegas balik kursus di johor untuk pulang ke alor setar kerana arwah datuk mengalami pendarahan di usus. Dia terpaksa bergegas balik kerana arwah nenek dan emak2 saudara enggan sign kebenaran untuk pembedahan dilakukan. Kali ini mungkin tiba giliran aku dan mawar untuk sign kebenaran tersebut.

Kepada saudara-mara dan kawan2, kami mohon doakan kesejahteraan dan kesihatan anak kami. Hanya Alllah sahaja yang dapat membalas.

Friday, October 7, 2011

Doakan Kesihatan Abdul Hanan

Pagi ini aku mengambil kesempatan untuk mengupdate blog yang agak terbiar beberapa minggu kebelakang. Pada hari Selasa jam 7.03 pagi 15 Syawal / 13 September yang lalu kami telah menimang cahaya mata yang pertama yang dinamakan Abdul Hanan. Dengan berat 1040 gram dia lahir awal iaitu hanya 7 bulan lebih sedikit dikandung oleh Mawar.

Aku sepatutnya memulakan perjalanan untuk menghadiri satu mesyuarat di cherating pada pagi isnin 12 September namun aku tangguhkan kerana Mawar mengadu ada contraction dan pendarahan pada pagi tersebut. Setelah melakukan imbasan di Klinik Rekha, dr memberi mc dan menasihatkan ke hospital kerajaan sekiranya rasa sakit dan pendarahan berterusan ke pagi selasa.

Sewaktu tiba di rumah tidak beberapa lama emak Mawar menelefon dan kami menceritakan apa yang telah berlaku. Malam tersebut mak sampai dan menunjukkan bunga akar siti fatimah yang direndamnya di dalam air telah kembang menandakan Mawar hampir bersalin. Kalau ikut amalan perubatan barat masih lambat lagi kerana kalau mengandung 9 bulan, bulan 11 nanti baru bersalin ini baru 7 bulan.

Bimbang sekiranya apa2 berlaku, kami pun ke hospital kpj seremban. Setelah diperiksa beberapa ketika dr mencadangkan kami terus ke hospital tuanku jaafar. Sampai di sana kami terus ke wad bersalin di tingkat satu. Walaupun "tingkap" masih belum terbuka, kerana hari sudah dinihari dr mengadmitkan Mawar ke wad sambil menyakinkan bahawa besok boleh balik kerana lambat lagi katanya nak bersalin.

Aku dan mak dengan konfidennya balik malam tu. Aku siap dah kemas2 baju yang Mawar nak pakai esok balik rumah ke dalam beg. Pagi tu semasa sampai di wad, aku meletakkan beg pakaian di kabinet tepi katil Mawar. Masa tu Mawar tak ada di katil aku ingat dia pi mandi.

Aku pun drive pi seremban 2 dulu breakfast di kedai makan sebelah kedai tayar kawanku. Semasa aku drive balik ke hospital tiba2 Mawar telefon. Dah bersalin katanya.

Sampai di hospital aku terus ke tingkat 6 di mana Abdul Hanan ditempatkan di NICU. Yang boleh melawat hanya abah dan umi. Nenek, datuk, pak menakan, mak menakan semua tak boleh masuk. Boleh mengintai ikut tingkap saja. Nak masuk kena basuh tangan dengan sabun dulu bersih2 baru boleh pegang baby.

Dalam bilik Hanan ada 6 katil. Hanan diletakkan dalam inkubator. Badan sambung wayar macam2 dan bunyi alarm pun macam2. Briefing pertama oleh dr ialah Hanan dilahirkan dalam keadaan sangat pramatang dan paru2nya tidak kuat. Dia di dalam keadaan yang teruk dan ikthiar diusahakan agar tidak menjadi lebih teruk.

Susu badan yang dipam diberi melalui satu tiub. Bermula dari pemberian 1ml pada hari ketiga kelahiran hingga 17ml pada hari ini (7 oktober) setiap dua jam, hari ini berat Hanan telah mencapai 1350 gram.
Pada hari ini Hanan masih menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas dan jantungnya ada sedikit lubang. Dr ada cuba untuk mencabut oksigen untuk menguji kekuatan jantung dan paru2 Hanan tetapi dia masih memerlukan sedikit masa.

Gambar yang aku paparkan di atas ialah gambar Hanan yang dipangku kali pertama oleh Mawar setelah 21 hari kelahirannya. Gambar pun aku curi2 ambil di balik tirai kerana dalam NICU ni tak boleh guna telefon dan kamera.

Di sini aku dan Mawar memohon saudara-mara, rakan2 dan anda yang membaca blog ini supaya sama2 mendoakan supaya Hanan cepat sembuh dan dikurniakan kesejahteraan. Hanya Allah Taala saja yang dapat membalas jasa kalian semua.

Thursday, October 6, 2011

Hukum Menggantung Foto

dipetik dari http://pondokhabib.wordpress.com/2011/05/23/hukum-menggantung-foto/

Menggantung gambar-gambar foto adalah satu kelaziman dalam masyarakat kita. Barang mana tempat kita pergi, baik pejabat, sekolah maupun rumah kediaman, kita akan melihat foto-foto digantung atau diletak di sana sini, baik foto para pemimpin negara atau foto-foto ahli keluarga. Jadi perbuatan menggantungkan gambar-gambar fotografi ini telah diterima oleh masyarakat kita, tanpa menafikan wujudnya perselisihan pendapat mengenainya. Apa yang zahir bahawa kebanyakan umat Islam di negara ini menerima pendapat yang mengharuskan gambar-gambar fotografi yang munasabah dan yang tidak menimbulkan fitnah. Pendapat yang mengharamkan secara mutlak akan gambar-gambar fotografi nampaknya tidak diikuti oleh masyarakat kita.

Di antara ulama yang memfatwakan keharusan memotret atau merakam gambar-gambar fotografi adalah mantan mufti Mesir, al-'Alim al-'Allaamah Syaikh Muhammad Bakhit al-Muthi`ie rahimahUllah dan pandangan beliau ini diutarakannya dalam karyanya berjodol "al-Jawaabul Kaafi fi ibahaatit tashwiiril futughafi." Fatwa beliau juga diikuti oleh ramai ulama terbilang dahulu dan sekarang termasuklah Dr. Yusuf al-Qardhawi hafizahUllah. Sebaliknya, fatwa yang mengharamkannya pula juga didukung oleh sekelompok ulama dari berbagai aliran mazhab, baik dari benua kecil IndoPak maupun dari Timur Tengah. Setiap pihak mempunyai dalil dan hujjah masing-masing.

Oleh itu jika dihukumkan gambar foto itu harus dan bukannya haram, maka menggantungkannya pun diharuskan pada hukum asal. Namun jika ianya digantung untuk dipuja – umpamanya:- gantung pastu letak kalung bunga pastu kasi colok pastu mengadap simayang – pasti tiada kesangsian pada kejinya perbuatan tersebut dan haramnya, bahkan suatu kesyirikan atau yang menjurus kepada syirik. Namun kalau semata-mata menggantung, bukan dengan niat memuja atau memuliakannya, sebab yang menggantungnya itu orang Islam yang beriman, yang tidak sewajarnya kita berprasangka buruk kepadanya, kenapa harus ada prasangka jahat dalam benak kita untuk menuduh bahawa saudara kita yang beriman ini memuja gambar???? Jika begitu, apakah harus kita berprasangka bahawa setiap mukmin yang menggantung gambar pemimpin, baik pemimpin negara maupun parti, akan dianggap sebagai memuja-muja mereka melebihi Allah dan rasulNya? Sebenarnya, ia terpulanglah dengan niat dan tujuan masing-masing, jika baik niatnya maka baiklah balasannya dan jika jahat maka jahatlah pula jadinya, dengan mengambilkira keadaan foto tersebut juga.

Shohibus Samahah, Dr. 'Ali Jum`ah hafizahUllah, mufti Mesir ditanyai mengenai hukum bagi seseorang menggantung foto ayah ibunya yang sudah wafat di tempat masuk apartment kediamannya agar sesiapa memasuki kediamannya dan melihat gambar tersebut akan mendoakan kedua mereka. Untuk melihat kepada pertanyaan dan fatwa tersebut silalah layari Darul Ifta` Mishriyyah di mana ianya telah dijawab oleh Shahibus Samahah Mufti dengan:-

Tidak mengapa (yakni HARUS) hukumnya mengedar gambar-gambar fotografi atau menggantungkannya, samada gambar manusia maupun haiwan. Ini adalah kerana gambar fotografi hanyalah suatu upaya penahanan atau perakaman imej (yakni imej sesuatu itu ditangkap atau hanya dirakam dengan sejenis alat seperti kamera umpamanya). Maka tidaklah ada padanya usaha untuk menyaingi penciptaan Allah yang mana warid amaran bagi orang yang membuat lukisan (yakni imej yang ditahan atau dirakam itu tetap imej ciptaan Allah dan bukannya sesuatu yang dibuat oleh seseorang. Maka tidak timbul rekayasa si pelukis untuk mencipta sesuatu seolah-olah hendak menyaingi ciptaan Allah SWT). Ini adalah apabila foto tersebut bukannya foto bogel atau foto yang boleh menimbulkan fitnah. Yang dimaksudkan dengan "tashwir @ membuat gambar" yang diancam dalam hadits adalah pembuatan patung-patung yang sempurna bentuknya, di mana terdapat padanya upaya untuk seolah-olah menyaingi ciptaan Allah ta`ala. Oleh itu merakam gambar secara fotografi walaupun juga dinamakan sebagai "tashwir" tidaklah haram kerana tidak wujud `illah tersebut padanya dan sesuatu hukum itu bersama dengan illahnya sama ada wujud atau tidak. Merakam gambar fotografi pada hakikatnya hanyalah penahanan @ rakaman imej dan ianya tidaklah dinamakan sebagai "tashwir" melainkan secara majaz sahaja. Ketetapan bagi sesuatu hukum adalah berdasarkan kepada yang dinamakan dan bukannya pada namanya.

Dibina atas yang sedemikian dan sebagaimana yang ditanya, maka sesungguhnya perbuatan menggantung foto ayah dan ibumu tersebut menurut Hukum Syarak adalah HARUS kerana tujuan yang murni tersebut selagi mana foto ibumu itu layak dan sopan (yakni tidak mendedahkan aurat). Tidak menjadi masalah sama ada foto tersebut, foto imej yang sempurna ataupun tidak. Yang sedemikian itu bukanlah sesuatu yang diharamkan, jadi ianya tidaklah sebagaimana dikhabarkan sebahagian orang kepadamu.

Mudah-mudahan kita dapat faedah daripada fatwa Shohibus Samahah Mufti hafizahUllah. Kepada yang merasakan ianya tidak sebagaimana difatwakan, maka mereka berhak dengan pendapat mereka sebagaimana kita juga berhak untuk mengikut pendapat mana yang hendak kita jadikan pegangan kerana persoalan ini hanyalah berkaitan isu furu` fiqhiyyah yang tidak lepas daripada khilaf. Berlapang dadalah wahai saudara-saudara seagama, moga kita semua dirahmatiNya dan dapat beramal sholeh dengan aman tanpa gangguan suara-suara sumbang.

Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah

dipetik dari http://www.ustaznoramin.com/2010/04/hukum-meletakkan-gambar-bernyawa-di.html

Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?

Jawapannya

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :

Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi :
Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku
Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.
"

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.