Friday, April 29, 2011

Makang khephok losong di teganu

Hari isnin baru ni aku pergi kuala terengganu untuk menghadiri satu mesorat dengan sebuah bahagian kpm di sumai suite hotel. Tahun ni boleh kata tiap2 bulan mesti ada satu mesorat di luar lah.

Penerbangan yang ku claim balik tambang teksi berlepas dari klia pada waktu pagi. Walaupun takut naik kapai terbang kerana takut waktu naik dan turunnya yang menggoncang jiwa, aku lebih takut lagi kena saman polis yang menyorok di belakang pokok getah yang nak menyaman ku kerana bawa keta laju atau potong lori babi di garisan berkembar. Aku rasa kerajaan kita hanya buat jalan cuma dua lorong supaya dia boleh saman orang yang memotong di garisan berkembar, ada la hasil nak buat projek2 mega. Heh...

Sampai di hotel aku check in duduk apartmen dengan member yang datang dari utara dan selatan. Semuanya masih mamai kerana tiba dengan bas ekspres jam 4 pagi tadi. Bila ditanya dah makan ka belum semuanya dah makan di warung berhampiran masjid muktafibillah, pekena pulut ayam. Aku pulak kerana lapar turunlah berjalan mencari warung yang dikatakan.

Nasi lemak sambal ikan kayu/aya, kuih pau inti nyok dan karipap inti ikan kayu menjadi santapan aku tengah hari tu. Aku kemudian berjalan ke kedai shell cari prepaid, membeli keropok losong di warung kuih makcik yang dah nak tutup kedainya kerana meniaga sampai tengah hari saja katanya.

Aku kemudian balik apartmen untuk rehat2 sementara menunggu taklimat jam 3 petang. Tak ada pun rupanya taklimat. Kemudiannya aku bersama2 member yang lain ke stesen bas, member nak beli tiket balik.

Malamnya mesorat pun bermula. Takleh cerita kerana semuanya sulit dan menyulitkan. Hari2 berikutnya ada la pi pasar payang cari keropok keping dan pi losong beli keropok losong. Duit nak beli banyak2 memang ada tapi kederat nak membawanya tak cukup. Ada dalam peti beku belum bergoreng lagi.

Harap2 tak ada mesorat jauh2 dah kot lepas ni.

Saturday, April 23, 2011

Makan laksa restoren mama

Cuti sekolah hari tu semasa menghantar nurain balik pendang aku teringin nak makan laksa. Selalunya aku pi makan laksa kuala perlis di sebuah kedai berhampiran pejabat kastam. Tetapi kerana kekangan masa maka laksa restoren mama di jalan day pun jadilah.

Melayan bujang nenek

Hari tu teman mak mawar ke imigresen untuk buat pasport. Esok ni nak pi buat umrah. Sementara buat pasport tu aku layan la bujang nenek kat luar imigresen tu. Heh, heh, heh macam2 ragam bebudak.

Menghantar mak untuk menunaikan umrah

Gambar mak nak pi umrah beberapa minggu yang lalu. La ni pi medan pulak. Murah sungguh rezeki datin kita ni, pi jalan2 pun orang sponsor.

...dan baby!!!

Lama jugak tak menconteng kat blog nih. Macam2 komitmen sekarang. Mawar sekarang dah 9 minggu kandungannya. Alhamdulillah, setelah mencuba pelbagai ikhtiar dan dikurniakan juga oleh Allah.
Well, kalau nak tanya ikhtiarnya salah satunya ialah dengan menggunakan debunga kurma. Ini import dari luar negara, kebetulan diberi oleh ibu saudara Mawar yang memperolehinya daripada seorang ustaz yang membelinya dari Makkah. Debunga kurma tu dibancuh satu sudu kecil dengan air masak dan diminum tiap2 malam sebelum tidur. Part tidur itu masing2 pandai2 sendirilah.
Takat ni dah pi scan dah baby di salah sebuah klinik swasta di seremban. Sungguh canggih teknologi sekarang ni, baby umur 9 minggu pun dah nampak dah denyutan jantungnya. Bukan main gembira lagi kami melihat baby dengan degupan jantungnya yang amat pantas. Tak sabar nak menunggu dia lahir ke dunia.
Barang2 baby sekarang ni tengah survey. Takat ni dah beli satu kabinet bajunya, siap pasang sendiri tau. Beli satu raga nak bubuh bekas bajunya dan juga bekas mandinya. Yang bestnya beli tiga2 benda tu kaler pink. Boleh jadi anak pompuan la kot nanti. Tengok Mawar pun tak mabuk teruk sangat, cuma malam2 saja nampak tak larat betul. Orang kata kalau baby duduk diam2 dalam perut maknya dan tak banyak hal selalunya baby perempuan. Lelaki ka perempuan ka kami terima saja dari Allah.
Nanti dah ada baby tak leh la lagi nak meeting jauh2 dan pada hari minggu, sekurang2nya untuk tahun2 awal baby.