Sunday, March 17, 2013

Samy Vellu bertanding di Sungai Siput

hanya spekulasi merupakan salah satu tajuk berita yang running kat ticker di salah sebuah televisyen swasta berbayar yang aku tengok beberapa hari yang lalu. Moga-moga tak ada lagi calon2 recyle seperti yang diusahakan oleh persatuan yb2 pencen bagi nama kat pm untuk bertanding semula di kerusi2 tertentu.
Sebut tentang calon pilihanraya aku percaya kadang2 bila letak winnable candidate adalah lebih baik daripada letak calon yang pucuk pimpinan suka. Sebagai contohnya untuk parlimen pendang kalau masih ingat setelah Datok Man Bedui tidak dipilih kembali untuk pilihanraya yang lalu maka itu dikatakan menjadi punca kekalahan BN di pendang. Entah betul atau tidak tapi dengar ceritanya masa dia mewakili pendang kalau ada yang datang minta tolong tak kira fahaman politik apa sekalipun akan ditolong.
Untuk pilihanraya akan datang kemungkinan besar aku tak mengundi. Nama masih untuk mengundi di pendang lagi. Gara-gara IC baru lambat siap tempoh hari (tiga bulan...) mengakibatkan calon kat seremban ni hilang satu undi yang berharga. Yelah tak sempat tukar tempat mengundi. Jangan main2, satu undi tak cukup tak boleh menang tau. Ada kes kerana menang terlalu sikit majoritinya telah mengakibatkan kena kira semula, macam yang berlaku di pendang jugak pada pilihanraya yang lalu.
Nikmatilah lawak samy vellu yang aku petik dari satu blog.
1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Sumber: http://rotibutter.blogspot.com/2012/01/11-ayat-lawak-sepanjang-zaman-oleh-samy.html#ixzz2NP7STMRZ