Saturday, June 16, 2012
Rumah Merak menang lagi?
Lapan tahun jadi cikgu inilah kerja yang paling panas aku handle semasa jadi ajk sukan tahunan sekolah. Nak tau kena ajk apa? Tahun ni kena jadi ketua hakim lorong, pegang bendera merah dan putih.
Pagi jumaat 15 jun sukan tahunan smk pendeta za’ba telah berlangsung di stadium paroi. Pagi tu aku tak pi stadium dulu tapi pi sekolah punch kad dulu sebagai bukti kehadiran. Kerana budak2, cikgu2 dan staf2 semuanya dah pergi stadium terus pada pagi tu maka aku pun layan la dulu nasi lemak rm1 yang aku beli kat kedai runcit dengan nescafe o (bekal air mawar buat pagi2, save duit banyak tu) kat meja kantin sekolah.
Sambil makan aku pun memerhatikan ajk2 peralatan dan perabot memunggah barang2 ke dalam kereta, van atau pun lori masing2. Selagi benda semua tu tak sampai stadium aku tau sukan takkan bermula. So i take my time finishing my breakfast.
Mungkin ramai (budak sekolah) yang tak tahu bahawa hari sukan adalah salah satu cuti peristiwa dalam kalendar sekolah. Kalau tak mai sekolah atau pi stadium pada hari itu tidak menjadi kesalahan. Yang salah ialah membakar mercun semasa sukan sekolah anda sedang berlangsung di stadium. Akal tak ada, tak tau la anak sapa yang kurang asam bakar mercun sewaktu orang lain sibuk bersukan di stadium pagi tu. Aku petik ayat power satu ustaz kontrak yang pernah berkhidmat di smkpz beberapa tahun lalu, “Itu anak2 dia perangai buruk tu kira macam kifarah di atas kejahatan/dosa yang mak bapak dia buat dulu tu.” Aku bila dengar ustaz tu kata macam tu kira terkejut la jugak.
Selesai makan aku pun start la motor (awan guling) nak pi stadium. Tiba2 terserempak satu budak ppki aku pakai baju sekolah berdiri sorang2 depan sekolah rendah paroi jaya. Untuk pengetahuan, sebelum sampai smkpz, kita harus melalui sekolah rendah ni dulu sebelum sampai smkpz. Terkejut jugak aku kenapa budak tersebut datang ke sekolah sedangkan kelmarin dah bagitau dia tak perlu datang (cuti) secara lisan dan bertulis kepada penjaganya kerana dia tidak mengambil bahagian.
Tololnya penjaga tersebut ialah dia tidak menghantar anaknya terus ke stadium seperti dalam memo. Mungkin difahami tak ada siapa nak jaga anak di rumah maka harus hantar anak ke sekolah juga tetapi kalau aku tak ‘kutip’ anak dia tepi jalan pagi tu bawa pi stadium maka duduklah budak tu sorang2 sampai tengah hari kat sekolah. Kalau jadi apa2 seperti kena culik sapa nak disalahkan?
Sambung cerita pasai hakim lorong, penat sungguh berdiri tepi trek di bawah kepanasan matahari, tak ada tempat duduk berbumbung seperti pencatat masa. Maka berdirilah kat situ tanpa siapa yang ambil peduli. Yang ambik tau pun cuma pelepas yang nak tengok bendera putih diangkat bagi menandakan boleh memulakan acara 4 kali 100 meter. Air pun kena pi cari sendiri, nasib baik ada bekal air beku botol besar yang dibawa dari rumah. Kiranya habih acara2 balapan, air pun habih.
Habih acara balapan, maka macam kata p ramlee dalam cerita pendekar bujang lapok, “Seksa aku dah abih.” Jadi aku belah bersama2 kengkawan yang lain.
Waktu aku balik dulu tu, acara pegawai, tarik-tali dan perbarisan rumah belum bermula. Sapa menang pun tak apa, tidak membawa keuntungan atau kerugian pada aku atau seperti kata sorang kawan setugas aku pagi tu, “tidak merbahaya kepada perahu-perahu kecil.”
Subscribe to:
Posts (Atom)