Monday, April 22, 2013

Redeem minyak petrol dengan bonuslink di shell?

lepas entri baru tadi aku ingat nak pi tidur dah tapi sebelum tidur teringat satu benda nak kongsi kat sini. bagi yang guna bonuslink di shell mungkin tau bahawa bila cukup 3000 mata boleh tebus rm30. ada triknya kalau hangpa nak tau, rm30 tu kalau nak tebus petrol hanya boleh tebus rm30 untuk pembelian petrol ron97 v power racing shell, tak boleh guna untuk beli petrol ron95 shell.
time nak tebus korang tak boleh lagi pakai pincode 6 angka harijadi tu. jenuh bertekak dengan petugas kaunter stesen shell sg besi hari khamis minggu lepas. sudahnya kena call card centre yang ada kat belakang kad bonuslink tu. hangpa kena siap la pen dengan kertas, kena tau nombor akaun kad bonuslink, nama mak hangpa, nombor ic dan create pincode yang baru. habih la kredit prepaid nak melayan operator, melayan sistem, baru la boleh tebus minyak yang dapatnya tak seberapa liter tu.
jadi kepada tuan2 dan puan2 semua (ni kempen ni!) mari la kita pilih untuk gunakan petron dan petronas!

Blog Karnival Permainan Pendidikan Khas Kebangsaan 1 Malaysia 2013

Dalam ketidak sempatan aku untuk mengendalikan blog sendiri (serikinda.blogspot.com) dan blog ppki smkpz (ppkismkpz.blogspot.com) tambah lagi satu blog pulak nak dibangunkan, iaitu blog Karnival Permainan Pendidikan Khas Kebangsaan 1 Malaysia 2013 (kppkk1malaysia.blogspot.com).
Hari ni di sekolah jenuh nak create blog tu tak boleh2 pakai YES sekolah, sudahnya balik rumah pakai broadband maxis sendiri baru boleh. ghaplah jingga sungguh. Harap2 terjawab la misteri kenapa besiwaja asyik tengok cerita sammy vellu saja kat blog aku ni. ha ha ha!


Gambar: Besiwaja/Cikgu Zakaria (kiri sekali) bersama Cikgu Khasery dan Cikgu Hafiz sedang menikmati kuih dan minuman panas sewaktu tea break mesorat di klih tempoh hari. 
 
Esok pagi usung pa system lagi ke kompleks belia di paroi. cuih, cuih!

Terlalu banyak nak dibuat...

Terlalu banyak nak dibuat dalam masa singkat.jadi buat la mana yang sempat. tak sempat tak yah buat.  ha ha ha! sori kalau entri kali ni tak dak gambar. ini pakai notebook mawar. Gambar semua dalam netbook yang satu lagi (alasan malas bukak). Tuan notebook ni dah terlena sebelah hanan selepas tengok bintang mencari bintang, (raja lawak versi orang miskin). Aku tak mau langgan citra yang belum tentu aku tengok setiap kali buka tv. kalau njoi ada 104 sekali dengan 105 dah lama aku pakai njoi saja. alah,setakat tengok p ramlee dan hagemaru macam aku ni baik download dari internet saja dalam bentuk mp4 dari youtube dan pasang kat tv plasma besar aku tu. kata depa kalau langgan unifi, boleh pakai sky box dan tengok channel macam2 dari channel yang wanita berpurdah nampak hanya mata hingga la ke channel yang apa satu pun tak pakai. wah,macam pilihanraya pulak, pilihan di tangan anda.
Akhirnya aku dan mawar naik dg44. aku naik kuatkuasa 3 jan 2013. mawar tengah bulan dua.tolak cuti tanpa gaji pasai pi haji dulu. ada tunggakan nanti boleh la buat kenduri kesyukuran. Banyak tu naik tu. Bulan 7 nanti katanya naik lagi. Rezeki Allah untuk dikongsi bersama. kalau dg44 tu kira boleh jadi ketua unit dan gpk khas dah tu. kengkawan di putrajaya dah ramai mencuit aku pi sana. tapi aku lebih senang di sekolah mengejar budak hyper yang lari dari kelas, menepis tamparan ke muka dari budak autisme dan memekik minta tolong apabila budak tiba2 tumbang diserang sawan. yang menyorok bawah meja tak mau belajar toksah cerita la. yang kena heret pun ada,
Tahun ni ramai kengkawan di ppki aku pakat tukar kereta. ada beli pujot 408, ada beli alza, grandlivina, tucson pun ada.aku pun karan jugak tapi tengah menunggu jawapan senarai harga kereta dari mofinance berkaitan potongan duti eksais 100% harga kereta nasional untuk oku. lambat jawab hari tu aku ngadu kat biro pengaduan awam jpmenteri. dah dapat surat akuan terima aduan dalam bentuk pdf. kalau tak dapat response jugak tak tau la kat sapa lagi nak ngadu. bukan nak tukar sangat keta, saja cari penyakit nak tambah hutang. ha ha ha! gila ahhh, gaji 3000 lebih lepas tu duit keta bulan2 1000 lebih. keta tu kalau jalan pakai kuasa suria tak pa la, ni kena isi minyak. nanti duit penyelengaraan lagi. tak kan nak isi minyak sawit ganti minyak hitam?
sebulan ke belakangan ni tak banyak hari aku di sekolah. mesorat la, sukan la,usung pa la (nak saja aku hempuk pa tu, bukan main berat nak mengusungnya ke sana sini). ada budak ppki rindu sampai telefon tengah2 malam dan subuh pagi cari cikgu lan.bukan rindu rupanya tapi budak tu dah dapat nombor telefon cikgu2 dan ppm2 ppki pz. habih semua ditelefonnya. sudahnya kena tindakan disiplin.
hari sabtu baru ni kami dua kemas rumah, hanan tidur, kasi chance la tu. dia dah sampai batuk2, selsema dia, mungkin pasai rumah dah berabuk kot. ahad pagi bawa dia pi main kat kompleks belia paroi. sempat main air pancut sampai basah abih baju. petang ahad aku mesin rumput pakai mesin letrik bosch, yang pakai tali plastik single line tu. habih mesin, hujung line dia pun putus. leceh sungguh nak pebetui balik. gulung2 wayar, masuk mandi, semayang. ni duk layan keluarga 69. kalau2 ikutkan cerita ni yang untungnya si tompel saja la. tau apasal? dia dapat pucuk muda. ha ha ha! Tidur la wei esok sekolah...