Akhirnya kami pun check in di Hotel Lego. Nak check in hari ni, sebulan yang lalu dah kena cas RM1080, maklum la kerana tempah melalui online. Untung la pihak yang cas kita, duit tu kalau simpan dalam bank dah boleh dapat faedah dah dulu. Walaupun dia dapat faedah 1 sen sahaja pun, 1 sen kalau dah banyak, boleh bikin rumah batu kata Haji Bakhil.
Proses check in agak lancar. Kerana tempat parking kereta di bawah hotel dah penuh maka dalam lawatan kali ni aku parking saja SUV aku tu kat depan hotel berhampiran dengan pencawang letrik TNB.
"Kalau encik nak parking kat bawah, lepas pukul 5 nanti mungkin baru kosong," merupakan cadangan bell boy yang menjaga parking petang tu. Oh itu strategi penginap hotel yang check out bilik awal2 pagi lepas breakfast tetapi hanya balik setelah puas main air di taman teman air Lego atau berkunjung taman tema Lego la tu. Errr, kalau nak tengok suasana dalam taman tema memang kami tak masuk dalam jalan2 kali ni. Rugi pula bayar mahal2 tetapi Hanan dan Hanim masih kecil untuk enjoy semua tu. Mungkin Hanim darjah satu nanti baru berbaloi bayar mahal2 tu.
Walaupun polisi Hotel Lego ialah check in pukul 4 petang tetapi kerana bilik dah ada maka kami dapat check in pukul 2 petang pada hari tu. Seperti hotel kami inapi sebelum ini, kami dapat dua keping kad akses bilik. Ok la tu, satu tinggal untuk pastikan kuasa letrik tetap ada, satu lagi bawa semasa keluar tinggalkan bilik.
Seperti yang diketahui, bilik yang ditempah adalah bertema Pirate. Ada dua bilik/ruang iaitu bilik yang master bedroom (ada satu katil besar) dan bilik kanak2 (ada satu katil dua tingkat dan satu tilam yang boleh ditarik keluar di bawah katil tu). Kedua2 bilik ada tv. Lagi ada peti ais, peti keselamatan, gula, kopi, teh, baju mandi (yang macam P Ramlee pakai keluar dari bilik air dalam cerita Madu Tiga tu), toiletteries (Cap Lego) dan lain2 lagi.
Ini merupakan paparan di tv masa mula2 masuk ke dalam bilik. Ada banyak channel tv yang boleh ditonton.
Depa claim ada 7 hingga 8 benda digantung dalam bilik ni dibuat daripada Lego. Tengkorak yang gigit pisau tu salah satunya.
Kanak2 yang kepenatan bermain2 di Hello Kitty pagi tadi.
Tiga benda yang berjaya dirompak daripada kotak berkunci. Cari jawapan kat Internet. Kih, kih, kih! Tak kuasa nak membilang itu dan ini.
Hanan memasang Lego berdasarkan panduan yang diberi. Dua benda yang perlu dipasang ialah Lego Pergi Camping dan Robot Lego. Satu lagi ialah key chain Ninja Go Putih.
Kiri ialah Lego Pergi Camping yang dipasang Hanan. Kanan ialah Blogger Berkhemah Secara Moden Di Pedas beberapa bulan lalu.
Rugi kalau datang Hotel Lego tetapi tak ke kolam freenya (tingkat 4 ka 6? Dah lupa). Oh ya, nak naik lif hotel ni kena pakai kad akses bilik tadi. Jadi pergerakan kita terbatas ke paras parking, paras bawah ke taman tema, paras kolam renang dan lobi. Jadi tak berlaku situasi macam budak2 bermain lif dan juga peluang untuk jenayah berlaku. Dalam lif ada hiasan Lego, lampu disko pusing2 dan muzik latar.
Tiba di paras kolam renang, tak boleh mandi pula petang tu. Ditutup untuk penyelenggaraan. Besok pukul 10 pagi baru boleh mandi. Hanan dan Hanim memang dah marah tak dapat mandi kolam. Nasib baik belum pakai baju mandi, kalau tak entah apa yang diamuk nanti.
So, pujuk la dua kanak2 ni turun ke lobi untuk bermain Lego di kolam2 Lego tu. Memang ramai kanak2, yang tua bangka pun nampaknya main sama mungkin dulu kecik2 tak berpeluang kot.
Bergambar bersama Ninja Go di lobi lif. Key chain yang kami dapat tadi yang rupa macam ni la.
Bersama figurine Pirate Perempuan.
Hanan leka bermain.
Hanim bersama figurine apa ntah.
Bagi mereka yang anak2 dah pandai makan, boleh juga menempah untuk makan malam (dinner) di restoren hotel ni. Kalau tak salah RM100 lebih sorang. kalau 4 orang dah RM400 lebih. Tak tau la makan apa sampai RM100 lebih sorang tu. Lain kali la kot.
Bagi mereka yang dinner di sini ada pelapik meja diperbuat daripada kertas. Gambar2 di atas kertas tu boleh diwarna oleh anak2 semasa dinner.
Merasa kesedapan aiskrim Lego.
Esok paginya baru tau ini merupakan ruang menunggu giliran untuk sarapan pagi.
Model bangunan diperbuat daripada Lego.
Bermain di kolam Lego.
Peh, kalau tandas PPKI macam ni, budak2 lepak kat tandas je la.
Kapal lanun.
Istana Inggeris.
Pedang yang dibuat daripada Lego. Selain pedang, yang banyak dibuat oleh para pengunjung ialah pistol dan senapang.
Hanim cuba membuat rumah.
Semasa mengambil barangan daripada SUV.
Perkataan Legoland kelihatan di lereng bukit ala Hollywood.
Ini pula mengambil barang pada waktu malam. Sebenarnya Abah merayau sorang2. Depa bertiga dah tidur.
Ini kat paras ke taman tema. Ada patung2 Lego besar Knight, Cowboy dan Pirate.
Berhampiran pintu masuk taman tema. Malam2 taman tema dah tutup. Ini bukan Zoo Taiping, ada Night Safari.
Malam2 sunyi di sini.
Nampak tak tempat parking di latar belakang?
Oh ya mungkin ada yang bertanya kalau tak makan di restoren hotel atau menempah room service, makan di mana? Bawa mee segera? Masak sardin dalam kettle hotel? Masak nasi impit dalam kettle hotel? Beli makanan sebelum check in? Bawa roti? Bagi kami, kami ke KFC Medini Mall untuk makan malam. Harganya standard macam KFC2 lain.
Selain KFC ada Subway, Chicken Rice Shop, makanan Thai, Burger King. Tak la sampai RM100 makan untuk 4 orang. Nak drive keluar ke restoren2 berhampiran tak kuasa dah malam2 ni. Kewarasan adalah berkadar songsang dengan masa. Kih, kih, kih! Bedal je apa yang ada. Nak makan sedap balik makan kat rumah Nenek atau Tok la.
Medini Mall ni bersebelahan saja dengan hotel ni. Dari lif hotel, kita turun ke paras untuk ke taman tema. Dengan berjalan kaki, ada satu susur kanan ke Medini Mall. Tak sampai lima minit. Cuma jangan lupa bawa kad akses bilik untuk keluar dan masuk pintu hotel di paras tu. Di Medini Mall juga ada kereta bateri yang budak2 suka naik tu.
Kalau malas nak ke hotel ni, saya cadangkan anda tempah saja banner Lego macam ni di kedai yang boleh print banner tu. Design sendiri dengan perisian penyunting grafik untuk lebih murah (ye la, cheapskate la katakan). Kemudian pasang di dinding macam pasang Korean Wallpaper tu.
Ini pintu masuk untuk ke bilik2 bertema Pirate yang lebih mahal (kot?).
Ini pula bilik bertema Pirate yang kami inap, yang lebih murah (kot?).
Kalau tengok gambar kedua2 bilik di atas, secara luarannya saya terdapat sedikit perbezaan iaitu gambar kartun pada pintu masuk dan obor api. Tak apa, kita bersangka baik. Mungkin pihak hotel belum abih pasang kot?