Hanim merupakan antara anak Uncle yang paling marah sekali bila tau Abahnya naik bas rombongan ke Penang baru2 ni tapi tak bawak dia pi sama dalam program budak sekolah Uncle ni. Melalui pesanan video wassap Uminya siap cakap nanti dia, Hanan dan Umi akan ke Genting Highland dan Jepun tetapi Abah akan ditinggalkan sorang kat rumah :)
Sesungguhnya bawa OKU pergi rombongan naik bas bukanlah sama seperti kita bawa keluarga pi jalan2. Kalau kita bawa keluarga pi berjalan2 kita boleh tumpu kepada ahli keluarga kita sahaja tetapi bila bawa budak2 sekolah kita pi berjalan dalam program seperti ini, kita perlu beri tumpuan yang sepenuhnya kepada budak2 tambahan lagi OKU.
Rombongan Cik Kiah kali ini mencatat sejarah apabila sorang budak lelaki yang tahun ni dah final year of school (19 tahun) pun boleh terkencing di dalam bas. Bukan tak ditanya nak kencing atau tidak, berkali2 tanya tak pula dicakapknya akan perihal nak kencing. Bila sampai di RNR Sungai Perak terkejut kami akan budak lelaki tersebut bergegas nak turun bas sambil memegang 'burung'nya yang memancut2 air kencing. Nyaris kena najis mutawassitah :)
Memang basah habis lencun la seluar dan kasutnya. Nasib baik ada membernya yang bawa selipar, boleh la pinjam dulu. Awang (orang Kedah budak lelaki kami bahasakan Awang seperti mana orang Nismilan bahasakan budak lelaki Ujang) tu pun masuk la sama ke dalam tandas OKU dimandikan oleh guru pengiringnya. Nasib baik juga penjaganya membekalkan wang yang beratus jumlah untuk Awang sorang ni. Dapat la merasa kasut baru yang dibelikan oleh guru pengiringnya.
Tujuan rombongan sebegini dibuat bukanlah untuk seronok2 sebenarnya. Time ni la nak beri peluang anak2 OKU dilatih berdikari, dilatih berinteraksi dengan dunia luar jauh daripada 'payung' pelindung penjaganya. Rupa2nya ada lagi yang masih dimandikan, dipakaikan spender, baju oleh penjaga di usia dah hampir 19 tahun.
Dalam rombongan tiga hari dua malam ni antara tempat yang dilawati ialah 3D Trick Art Museum, Wonderfood Museum, Bukit Bendera, Escape Theme Park, Medan Makan Padang Kota Lama dan Kedai Jeruk Madu Pak Ali (cawangan di Wisma Seetee Aisah). Penginapan pula di Arte S, Bukit Gambir (dekat dengan salah satu pintu USM).
Pada malam kedua dalam pukul 10 malam tu Uncle turun sorang2 nak minam di Restoren Khaleel. Nak pekena nasi kandar dia juga. Mana la tau kot2 sedap pasai nampak dari jauh nampak happening. Dari Arte S nak sampai ke Restoren Khaleel, Uncle kena tempuh (lalu) barisan kedai2 makanan dan kedai2 runcit. Sampai depan kedai2 di dalam gambar di atas (ditag sebagai Halaman Bukit Gambir oleh Google Street) pehhh, penuh manusia jantan, betina, tua, muda, budak universiti, budak sekolah, pelbagai bangsa sedang hisap shisha. Ada tak kurang dalam 30 meja yang Uncle nampak semuanya sedang asyik menghisap benda alah tersebut. Hmmm, toksah sibuk2 la pasai budak sekolah asyik dengan gula2 ghost lah, benda ini pun nampak macam tak terkawal.
Ni gambar Uncle di Desasiswa Bakti. Rumah kelamin yang nampak atas kepala botak Uncle tu la merupakan rumah yang keluarga Uncle menginap pada tahun 1986 semasa abah Uncle sambung mengaji Master di USM.
Ada juga gerai roti canai di Kafe Desasiswa Bakti.
Belakang tu School Teknologi Industri dan juga kompleks dewan kuliah.
Ahhh, kali kedua sampai di puncak Bukit Bendera / Penang Hill. Untung la OKU, tiket keretapi Bukit Bendera free lepas tu fast lane :)
Di Little People Village. Akai orang meniaga, cepat sungguh depa pasang nama sekolah kat papan tu :)
Ni pulak kat luar pintu masuk Escape Theme Park.
Baring2 di salah satu buaian yang ada di dalam Escape Theme Park.
Ahhh, lenguh kaki, kebas kaki Uncle berjalan ke sana sini.
Ohhh, kecewa kerana breakfast last day di Kafe Desasiswa Bakti masih tak ada kuetiau sup Thng yang popular tu. Makan sajalah dengan bihun. Lain kali insya Allah ada kot?
Kalau ada yang terasa hati dengan kepedasan kata2 Uncle untuk entri kali ini maaflah. Seorang member Uncle pernah berkata, "Katakanlah yang benar, walaupun ia pahit untuk didengar"