Monday, February 10, 2014

Kerana malam ini aku gagal login SPS...

...maka aku kongsikan di sini cerita basi yang aku karang hujung tahun 2013 tapi tak sempat dipostingkan...



Cuti sekolah hampir di penghujungnya
Malam2 macam ni sejak ada tab, aku lebih suka layan game2 yang aku pasang dalamnya berbanding melayari internet dan tulis blog ni. Hmmm, kerana minggu depan dah start nak meeting maka malam ni terasa pulak nak tulis sikit kerana bila dah start sibuk dengan kerja sekolah nanti sibuk pulak dengan blog sekolah. Buat blog sekolah pun bukan ada hit beribu2, sikit sangat yang minat nak tengok tak macam katak dan video guru yang ada pemantau yang perhati kita login ka tak login.

> Grand livina 1.8 last batch
Mawar sejak minggu kedua cuti persekolahan merupakan seorang pemilik baru grand livina 1.8 yang last batch. Dapat la diskaun rm5000 untuk harga pendahuluan, full aerokit dan hutang kereta exora settle semua siap dapat duit sikit untuk bayar lebih sikit pendahuluan kereta baru.
Semenjak kejadian kebocoran fuel pipeline exora beberapa bulan lalu yang kalau disambar api mungkin aku tinggal sorang2 sekarang dalam rumah ni, kegusaran terus timbul apabila bau petrol agak kuat setelah isi minyak serta bunyi absorber, kerusi dan apa2 entah lagi akan kereta kebangsaan negara kita ni. Sayang nak jual, kerusi kulit masih belum terjejas, vcd player hanya baru beberapa kali saja tengok, tak lebih 3 cerita, ruang yang kargo yang luas. Mula2 tu pergi juga ke kedai proton, nak angkat exora cfe pulak tapi bila salesgirl lambat buat kerja, hutang tak boleh tutup maka ‘derhaka’ la sorang lagi terhadap jenama kereta nasional. Kat rumah aku la ni ada toyota, nissan dan honda. Honda wave 125cc yang aku bayar duit mukanya dengan gaji pertama aku terima masa mula2 jadi cikgu 8 tahun dulu.
Semasa cuti sekolah ni grand livina dah naik genting dan pergi kuala perlis (abang isa belanja melancong langkawi, tq!). 




Celaka sungguh ulat parking kat jeti kuala perlis tu, hari balik tak angkat telefon untuk mai ambik hantar ke tempat parking, nasib baik tak hilang kereta.


Tak macam exora yang mungkin berat sikit kerana enjin 1.6, bila bawa grand livina kaki ni gatal saja nak lari lebih 140km/s. Pi kuala perlis hari tak tau la kena saman ka tak pasai selalu lebih 120km/s.
Grand livina ni rasa bawa dia macam bawa kereta pasai dia rendah, kabin dia agak kecil. Tapi peduli apa, kereta enjin power, boleh bawa beg banyak juga kat belakang, muat basikal baru hanan. Down side mungkin tak ada aircond sampai baris belakang macam exora.


Anak bertuah tengah lap kereta uminya.


Tentang servis, agak ok juga. Kena booking dua tiga hari sebelum pi macam toyota. Ada customer lounge berhawa dingin, ada kerusi empuk, tv berAstro, bilik air, surau, ada mesin air kopi, coklat, teh, air panas, biskut serta yang ramai orang kita suka, wifi free. Makan dan minum la sampai kembung tak ada sapa nak marah.
Dari segi delivery hari tu agak lembab jugak, rasanya lambat dua minggu daripada tarikh yang dijanjikan. Katanya lori bermasalah kerana tak ada diesel dan tak ada driver. Hmmm, itu yang tcm (tan chong motors) harus baiki lagi di masa akan datang. Tak macam toyota di kedai sebelah yang deliver seperti yang dijanjikan. Kalau seminggu cakap seminggu, kalau sebulan cakap sebulan.
Harap2 masalah berakhir setakat itu sahaja.

> Lauk ambik satu saja, nanti orang belakang tak dak!
Aku kalau ada benda tak baik nak jadi kadang2 mesti ada mimpi dulu. Mimpi dalam beberapa minggu sebelum jadi nyata itu aku ialah masuk tinggal dalam bangunan macam asrama balik dan beratur makan macam budak2 sekolah yang tinggal di asrama.
Beberapa minggu sebelum cuti sekolah hari tu aku dipanggil untuk mengadiri satu mesorat (bermalam) di premis kerajaan di bandar T, pahang. Tempat mesorat tu aku drive saja sorang2 di jalan tepi sungai pahang, klunya tempat ada orang jual ikan patin tepi jalan. Bila sampai rupa2nya tempat tu merupakan kuarters yang diubah suai menjadi pusat latihan untuk pegawai2 kerajaan. Bila masuk bilik penginapan ia terdiri daripada satu ruang tamu yang lampu tak berapa nak cukup, suis aircond memang tak akan jumpa, tapi ada la peti ais satu dan kettle. Malang sikit hari tu rumah yang aku tinggal dengan kawan2 yang lain satu jamban saja boleh pakai manakala satu lagi rosak. Pagi2 tunggu giliran la jawapnya. Member yang sorang tu pukui 4.30 pagi dah bangun mandi. Kiranya aku la yang last pagi2 pasai aku memang lama dalam jamban pagi2. Ha ha ha!
Mungkin kerana apartment lain dah penuh maka kami menginap tingkat 3 minggu tu. Untuk mesyuarat kena naik tingkat 3 blok yang lain pula. Nasib baik bilik mesorat ada aircond, kalau tidak lama dah start kereta. Baik duduk sekolah saja lagi bagus.
Tentang makan, bukan aku tak bersyukur pada Tuhan, tapi tak patut sungguh satu pagi tu orang hidang nasi himpit dengan kuah kacang sahaja. Nak saja aku nyanyi lagu raya kat situ juga tapi kerana masih waras aku start kereta dengan bang cha dan najib ke medan makan stesen bas lama pekan T (depan petronas). Waktu makan tu nasib baik tak menyembang kutuk sarapan pagi yang dihidangkan katerer di pusat latihan tersebut kerana sembang punya sembang rupa2nya tokei kedai makan tu la juga rupanya tokei katering pusat latihan tersebut. Berapa banyak dia untung tak tau la kerana ada sekali tu untuk minum malam merasa juga minum hanya teh o dan roti krim. Kalau tokei katering nak tau, aku la yang koyak buang kertas amaran, “Lauk ambik satu saja, nanti orang belakang tak dak!” tu. Lapan tahun dah pi mesorat, kursus sana-sini tak dak orang buat label pelik2 macam tu. Tapi hati sejuk sikit bila cikgu rozaimi belanja sate kambing taman R pada malam kedua kalau tak salah. Rugi pak ya hang tak mai. Ha ha ha!
Bila ditanya kepada penyelaras mesyuarat kenapa mesyuarat diadakan di tempat sedemikian rupanya katanya dia pun tak boleh buat apa2 kerana arahan dari pihak atas untuk langkah penjimatan. Hmmm, aku dan kawan2 akur sahaja kerana saya yang menurut perintah. Tapi malam tu salah seorang kawan menung panjang. Dia berkongsi pendapat betapa jauhnya dia nak datang mesorat tersebut tidak seperti sebelumnya yang mudah iaitu di kuala lumpur. Mungkin kawan2 di putrajaya boleh mohon kelonggaran demi untuk kawan2 kita yang cacat penglihatan ni yang lebih mudah untuk kita laksanakan kursus, mesorat atau apa saja di kl kerana ia di tengah2 semenanjung. Aku ni pun dah terasa makin tua nak drive jauh2. Nak naik bas kederat nak usung beg sebelah tangan tak kuat sangat dah. Nanti bas tu berenti pulak tengah jalan, “Ha, yang nak pergi alor setar turun naik bas depan.” Kami tak minta banyak cuma berilah kami sedikit kemudahan supaya kami senang untuk membantu anda.
Dalam minggu kedua cuti sekolah, aku pi bermesorat lagi sekali di pusat latihan tu (Sapa berani kata cikgu hanya berjalan dan membuta saja time cuti sekolah? Cuti yang 7 hari setahun tu pun kadang2 sehari pun tak pernah pakai). Hasil borang komplen kami dalam mesorat pertama, kali ni ok banyak la, dapat apartment dan bilik dan tak setinggi sebelumnya. Tempat makan pun ok, tak ada lagi makcik bengkeng yang jaga lauk. Alah, yang mai mesorat ni semua dah tua2 dah, penyakit pun dah macam2, tak makan banyak mana pun macam budak2 asrama yang sentiasa lapar tu.
Oh ya, hasil mai mesorat ni baru aku tau lokasi sungai lui tu yang aizat nyanyi tu kat mana. Terngiang2 lagunya, “Selama ini...”

> Bestnya mesorat di NIOSH, Johor
Minggu pertama cuti sekolah hari tu aku mesorat (bermalam) di NIOSH, Johor. Tempatnya bila ikut waze yang aku pasang dalam tab tu senang saja, di taman teknologi sebelah utm. Bilik penginapan bukan main luas. Kalau hanan ikut, bagi dia main basikal dia dalam bilik saja. Luas macam tempat parking kereta rumah aku. Katil single sorang satu, kabinet baju sorang satu. Aircond dua bijik (kena buka satu, pi pasang di pusat latihan di pahang tu). Ada tv lcd, ruang jamban dan shower asing. Kalau bawa toto, boleh bentang dan tidur muat lagi sepuluh orang dalam bilik tu. BPKhas kalau nak buat sukan, karnival, tilawah tahun depan kat johor cepat2 deal dengan NIOSH. Tempat baru, boleh jimat duit hotel penginapan kontinjen.  
Bilik mesoratnya best. Ada wifi. Ada lampu kalimantang putih yang cerah yang kadang2 bila kita mesorat di hotel pun tak ada. Ada tandas oku. Ada lif. Walaupun tak ada warung nak pekena kopi malam2 macam kita mesorat di chow kit, kalau member2 sanggup belanja kawan yang drive kawan2 dia pi jb, aku ok saja. Ha ha ha! Hidup ni ada give and take. Besar ka kecik, bukan selalu. Itu la gunanya elaun keraian tu.
Tentang makan agak sedap. Tak banyak pilihan tapi sedap. Ada breakfast satu pagi tu dapat merasa nasi lemak bungkus daun pisang. Nasinya sedap, sambal pun sedap. Malam terakhir tu, merasa pula siakap tiga rasa. Katerer goreng dalam bentuk seekor2 (bukan kerat kecik2) bubuh dalam dish chaffing tu. Aku share dengan hafiz saja seekor. Bang cha makan seekor, siap cakap, “Kalau pasai tak naik bas malam ni, dua ekor pun boleh ratah ni.” Salah satu lauk makan tengah hari ka malam ka aku tak ingat ada pulak kupang berlada. Itu sedap. 


Mata anda tidak menipu anda, ya itulah label yang dibuat oleh pihak NIOSH, "Kementerian Perguruan Malaysia", ada macam2 spekulasi, 1. Mungkin kerajaan nak tubuh satu lagi kementerian untuk handle masalah cikgu2 saja seperti posting, pertukaran. Ada logiknya, cikgu kan ramai. 2. Orang yang print label tu pekerja import dari Bangladesh jadi dia tak tau "P" dalam KPM tu maksudnya apa. "Ini tengok nama guru banyak dalam ini list surat peserta, itu P ialah Perguruan." 3. Orang yang print label tu ada Allah bagi kasyaf macam Allahyarham Tok Guru Haji Daq yang Tun Mahathir selalu jumpa masa jadi PM dulu, dia tau satu hari nanti akan ada Kementerian Perguruan Malaysia maka dia buat siap2.

 
Mesyuarat kali ni yang kesian kat bang cha dan bang kas yang tak dak tiket nak balik alor setar. Rupanya hari nak balik semua tiket habis kerana cuti umum di johor. Terpaksa la balik awal kerana tak nak tumpang lori kontena ke siam. Ha ha ha! Walaupun mesorat kali ni buat benda susah sorang2, kerana hati senang, semua kerja siap.
Balik tengah hari Jumaat tu, aku ditemani oleh cikgu ikhram skpk seremban. Terima kasih belanja minum jang!

> Tetap ramai walaupun tengah renovate
“Hari tu hang cakap mesorat minggu pertama dan minggu kedua cuti sekolah saja, tak cakap pulak minggu depan mesorat lagi, aku dah janji nak bawa family pegi jenjalan minggu tiga cuti sekolah nanti,” merupakan dialog meminta simpati aku kepada member aku yang menyelaras mesorat yang aku ikuti di NIOSH, Johor. Walaupun dia agak keberatan tetapi memandangkan majoriti kerja semuanya aku dah siapkan di mesorat kedua di pahang di minggu berikunya, maka aku pun diexcusekan.
Kali ini destinasi cinta kita (ceh, ceh, ceh) ialah di genting highland. Walaupun berpuluh kali diajak onn ke genting masa kerja di smpk setapak dulu, aku tak terasa nak pergi kerana dia ajak pi kalau tak dengan bas, kita naik wave 125cc tu saja. Bila tengok orang naik motor cub panjat selekoh2 genting tu baru aku tau keputusan tak pi dengan motor wave tu adalah keputusan yang betul. Sampai satu peringkat mungkin motor mati kerana saiz badan kami yang besar tak mungkin mampu dibawa oleh jentera kecil tu. Sekarang onn yang dah pakai motor besar (superbike 750cc) yang dibeli dengan duit kwsp dan tunggakan 44 nya (aku kerja 8 tahun baru naik gred dg44 tahun ni, dia kerja 4 tahun dah naik ls44 sama dengan aku dah, hmmm)  boleh consider konvoi dengan kawan2 motor besarnya naik genting.
Keputusan nak ke genting merupakan satu keputusan 50 50 saja. Dengan seluruh negara hujan sampai banjir, takut juga. Alhamdulillah, pagi selasa tu cuma berkabus sahaja. Rupanya jalan naik ke genting jauh lebih baik dari ke cameron highland. Selekohnya lebar, jalan lebih luas, boleh memotong dengan mudah. Masa naik dengan grand livina bawa slow saja, maklum la kereta belum first servis lagi berani pulak awak bawak naik genting. Dia punya characteristic pun awak belum tahu habis lagi. Maka, naik la pelan2 dalam suasana berkabus tu.
Bila nak sampai ke atas tu kabus sangat tebal, jarak penglihatan setengah tiang letrik pun tak ada. Tempat pertama dituju ialah nak cari hotel. Ambik yang paling murah time tu ialah first world hotel ka tak salah nama dia. Murah2 pun dekat rm300 juga la. Tak apa, duit umi banyak. He he he!


Ooo, ini ghupanya genting highlands. Mana pokok strawberi? Itu cameron highlands la dol!


Parking agak mudah kerana dia buat tempat letak kereta yang bertingkat. Snap gambar tiang lokasi parking, punggah beg ke bilik. Beg baju, beg susu, beg keropok, macam2 beg, cerek air panas pun ada, ye la orang dah berfamily la katakan. Bilik dia pun agak ok. Ada kipas, ada tv lcd, ada jamban dan shower yang asing, tapi tak ada kopi, teh dan kettle. Mesin air panas dia letak laluan di luar bilik. Bilik saiz kecil sahaja tetapi muat kita nak letak sejadah di tepi katil untuk solat.
Maka kerana kami bermusafir, kami turun ronda2 dulu. Ooo, ini la rupanya kota keriangan yang ada kasino tu. Walaupun tempat main2 kat luar tu tutup untuk renovasi dan kami datang tengah minggu, ramai sungguh manusia. Harga makanan toksah cerita la memang mahai pasai naik bukit yang tinggi. Nasi putih lauk ayam, sayur kobis, nescafe panas dah dekat rm20, dua orang makan dengan rm40. Bayar saja, bukan selalu.
Selesai makan, kami pun mula pusing2 dalam bangunan resort yang dikatakan sebagai terbesar di dunia tu. Kuat sungguh aircond, oppps mana ada aircond, memang sejuk semulajadi.

Wednesday, January 29, 2014

Kolaborasi? Apa rancangan jahat yang kita nak laksanakan?

Bagi pengguna YES (kontrak kementerian pendidikan) yang melayari internet sama ada melalui wifi atau pun dongle mungkin terkejut apabila capaian ke facebook telah disekat dengan paparan yang berbunyi lebih kurang seperti berikut,

"Sorry, the website you have requested is not available.
Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan bahawa pengguna 1BestariNet tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan laman sosial seperti "FaceBook" untuk tujuan kolaborasi antara guru-guru dan murid-murid. KPM ingin memaklumkan bahawa setiap murid, guru dan ibu bapa telah disediakan ID pengguna untuk mengakses Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE). Bagi kolaborasi untuk tujuan pendidikan, pengguna 1BestariNet boleh menggunakan kemudahan Frog Pond dan Frog Community yang disediakan dalam VLE."

Dasar tidak boleh guna facebook tu aku tak ada la membantah tetapi penggunaan perkataan "kolaborasi" tu tidak kena pada tempatnya kerana menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kolaborasi" ditakrifkan sebagai, "subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb." Maka dalam konteks pengumuman tersebut ia membawa maksud ada kemungkinan guru-guru dan murid-murid mungkin sedang bekerjasama untuk menjatuhkan seseorang atau pun sesuatu.

Perkataan kolaborasi memang sedap disebut, dari pemuzik2 sampailah ke pengetua. "Jadi untuk album terbaru kami ini, kami telah berkolaborasi dengan Kumpulan Boria Anak Mami untuk menghasilkan lagu2 K-Pop berkonsepkan boria." "Kita harus berkolaborasi dengan pihak2 swasta untuk memberi peluang pekerjaan kepada murid2 kita setelah mereka tamat persekolahan kelak." Yang harunya dalam ramai2 cikgu bm dalam mesorat tu tak ada seorang pun yang bangun bagitau kesalahan tersebut.

Ini satu situasi yang aku mampu pikirkan untuk penggunaan perkataan kolaborasi.
Bagi yang minat liga inggeris katakan arsenal di tangga pertama, man city di tangga kedua dan Liverpool di tangga ketiga. Last day match. Man city lawan Liverpool. Man city boleh menjadi juara liga sekiranya menewaskan Liverpool dalam perlawanan terakhir liga tersebut. Liverpool tidak kisah sekiranya man city menjadi juara liga asalkan bukan arsenal yang menjadi juara liga. Liverpool sengaja tewas dalam perlawanan tersebut. Maka, "Bagi memastikan Arsenal tidak menjadi Juara Liga Inggeris pada tahun ini, Liverpool telah berkolaborasi dengan Manchester City di mana Liverpool telah dengan sengaja tewas kepada Manchester City dalam perlawanan terakhir liga pagi tadi. Menjelang minit-minit terakhir permainan, Steven Gerard telah dengan sengaja menyepak bola ke dalam gawangnya sendiri. Apa yang penting, The Gunners tidak menjadi juara pada musim ini. Dengan kemenangan tersebut, Manchester City memintas Arsenal dengan kelebihan satu mata. Liverpool yang ketinggalan sebelas mata di belakang Manchester City serta berkelebihan tujuh mata daripada pasukan berkedudukan keempat liga telah menurunkan pemain-pemain remaja bagi membolehkan mereka menimba pengalaman. Sebagai balasan kolaborasi tersebut, Manchester City dikhabarkan akan meminjamkan beberapa pemain bintang yang jarang diturunkan pada musim ini kepada Liverpool pada musim hadapan."

Kredit kepada Cik Lah (Haji Abdullah), pensyarah ipg penang yang berkongsi ilmu tentang penyalahgunaan perkataan kolaborasi ini dengan saya dalam salah satu mesorat dengan bpk.   

Thursday, November 14, 2013

Huru-hara itu online dan ini online



Sewaktu drive balik daripada menghadiri suatu mesyuarat di Pahang beberapa minggu yang lalu, aku sempat bertukar-tukar pandangan dengan seorang guru yang tumpang kereta aku tentang pembayaran bil-bil secara online yang katanya sangat mudah berbanding beratur di kaunter pos. Tidak dinafikan sangat mudah menggunakan kaedah tersebut. Aku dulu pernah seketika menggunakan kaedah pembayaran online dengan salah sebuah bank terkemuka di negara kita.
Kaedah keselamatan yang mana setiap transaksi akan memerlukan kita menggunakan kod keselamatan pengesahan yang dihantar ke telefon bimbit merupakan suatu ciri yang baik. Namun aku akhirnya berhenti menggunakan kaedah tersebut kerana jika kita tidak login untuk sekian tempoh (berapa minggu tah, tak ingat), kita perlu pulak telefon center dia untuk mengaktifkan balik akaun. Biarlah aku bayar bil kat kaunter pandu lalu pejabat pos saja, senang.
Beberapa minggu lalu juga kecoh cikgu2 sekolah aku (dan aku jugak) pergi ke bank, mengeluarkan semua wang yang ada dalam akaun, menutup akaun dan membuat akaun gaji yang baru. Semuanya gara2 pihak pentadbiran tertipu dengan suatu emel yang meminta pihak sekolah menghantar nama, nombor gaji, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank di mana gaji dimasukkan. 
Modus operandi pihak berkenaan juga bijak kerana menyasarkan sekolah-sekolah gred A dan sekolah-sekolah kampung yang takut kepada pihak atasan dan pantas respond bila sesuatu benda diminta. Tertanya-tanya juga saya kenapa tidak terdetik di hati pihak pentadbiran untuk menelefon “pegawai yang sebenar” adakah betul maklumat berkenaan diminta sebelum respond?
Daripada emel penipuan tersebut yang sempat saya lihat memang ia adalah terang2 nampak seperti satu penipuan. Tapi penipu pun bijak jugak, dia telefon sekolah2 untuk mohon hantar maklumat secepat mungkin. Hmmm, tip untuk para pentadbir, yang boleh kita respond melalui e-mel selepas ini mungkin hanya jika orang minta laporan ko-kurikulum, program sarana pibg, program repair tandas. Yang membabitkan nombor2 yang sensitif, kita perlu telefon “pegawai yang sebenar” dahulu sebelum kita reply. Berapa banyak bank untung minggu itu kerana ada bank bila nak buat akaun baru kena siap rm200 untuk buka akaun baru.
Sewaktu memandu balik ke rumah dari sekolah petang kelmarin pula, aku dihubungi oleh seorang rakan yang menjadi guru penolong kanan pendidikan khas di salah sebuah sekolah menengah di seremban berkaitan suatu sistem online berkaitan prestasi guru. Dia minta tolong aku untuk login akaun dia kerana setelah dia berjaya key-in markah beberapa cikgu, untuk cikgu yang keenam untuk diisi markah, tiba2 komputernya hang. Bila dia login semula, pilih nama cikgu yang belum habis markah untuk dikey-in tadi, dah naik pula mesej 500-internal server error. Jadi bila aku login, aku pun tak boleh tolong apa2 dan minta dia hubungi orang jabatan atau ppd untuk settle masalah tersebut.
Pada pendapat aku sistem online sekarang perlu diubah sedikit ikut macam sistem emis dulu. Sistem emis dulu kalau sebilangan otai-otai guru data masih ingat, kita key-in di pc atau notebook kita akan data-data sekolah secara offline/stand alone system, lepas tu kita eksport ke disket dan dicantum oleh ju data. Jadi apa kata sistem2 yang online tu, kita adakan versi software stand alone yang kita boleh download, isi data secara offline, kemudian setelah selesai key-in baru kita eksport ke sistem online. Aku tetap tak percaya kepada sistem online yang kita kena key-in secara live kerana kegagalan boleh berlaku samada line internet slow atau server tak mampu menangani oramg yang login secara beramai2 serentak. Dengar cerita ada satu negeri tu cikgu2 dia dah tak key-in lagi sistem2 online ni kerana asyik tak ada line sahaja. Wallahualam.

Kadang2 rasanya lebih mudah untuk tukar tayar kereta yang bocor berbanding menggunakan sistem online.

Tuesday, November 12, 2013

Sudahkah aircond anda diservis?


Hujung minggu lalu masa nak keluar pi makan pagi tiba2 terjumpa orang tengah servis ekon berhampiran rumah kami. Teringat ekon rumah yang dah berbunyi bising (tak pernah servis semenjak masuk rumah, 4 tahun kot), maka aku minta orang tersebut datang ke rumah pada hari itu juga. Bila diperiksa katanya ada kerosakkan getah pada kompresor. Maka repair la apa yang patut.
Pada hari itu ketiga-tiga ekon pun diservis. Habih la jugak RM500, ok la servis setelah beberapa tahun. Lepas diservis, ekon tak lagi berbunyi bising, suhu 25 darjah celsius pun dah kira sejuk banyak dah. Harap2 bil letrik pun turun jugak.

Bercuti di Rose Chalet, Cameron Highlands


Sabtu dan Ahad beberapa minggu lalu kami sekeluarga ke Cameron Highlands. Test vios melayan selekoh2 tajam kerana kami naik ikut Tapah. Kalau pakai tayar lebar mungkin lagi best. Hujan menemani perjalanan sampai ke tahap tak nampak jalan.
Kali ini kami ke sana kerana sekolah mawar melaksanakan program perkhemahan badan beruniform di sana. Rose Chalet yang kami sewa di Taman Kampung Setia (ya la kot) kira best la jugak. Chalet ni berdekatan dengan tapak perkhemahan, jalan kaki dalam 5 minit sampai la. Tepi chalet ni ada sungai, malam2 dengan bunyi air. Ada tempat barbeque dan ada tapak tanaman strawberi.
Aku macam biasa la mesti bawa kipas angin ke bilik penginapan. Bilik penginapan pun ada astro, shower air panas. Satu malam RM80.
Lain kali kalau mai cameron lagi mesti nak sewa kat sini.     

Menikmati bercawan2 nescafe sambil menunggu vios diservis

 
Kunjungan ke pusat servis toyota kali ini merupakan servis untuk 5000km.Kali pertama servis dulu masa bulan posa tak leh merasa minum air free kat kaunter kopi dia. Tekan je air sendiri dan minum. Ada pulak pelayan, "Encik nak tengok TV ka?" Aku cuma cakap tak payah kerana nak baca buku di kerusi yang empuk dalam ekon. Nak juga tanya, biskut, kuih, nasi tak ada ka? Heh, heh, heh!
Aku sambung baca buku A Doctor In The House dalam bab tiga ka kalau tak salah. Dalam tu Tun ada ceritakan tentang kehidupan kanak-kanak dia. Tentang ayahnya, tentang emaknya, tentang suasana kampungnya. Bila baca macam mana bapa Tun didik anaknya, rasanya tak ada lagi mak bapak sekarang yang strict macam tu. Bayangkan bila terdengar bapa dia nak sampai rumah saja, semua adik-beradik Tun akan berhimpun baca buku di meja. Tak seperti sekarang ni, kita sibuk dengan gajet. Kelmarin masa aku order lauk untuk bungkus di sebuah restoran, memang aku tengok keluarga empat orang tu makan bersama tapi si bapa dengan telefonnya, si ibu sibuk dengan telefonnya, anak2 sibuk dengan tab atau ipad masing2.
Aku kecik2 dulu kalau time makan dengan keluarga, tv pun tak boleh buka. Makan dulu kata abah. Tak ada yang akan cakap2 dan makan sampai habih. Lepas tu la baru boleh tengok tv.
Tentang servis toyota, bagi aku ok la, tak seramai di proton kerana sistem toyota yang blok temujanji. Tentang vios setakat ni Alhamdulillah ok la, tak ada masalah.

A Doctor In The House


Kali pertama aku membaca buku ini ialah di rumah mak saudara aku. Buku yang dipinjamkan kepada sepupuku oleh arwah abah yang meninggal sebelum sempat buku itu dipulangkan kepadanya ternyata mengandungi gaya bahasa Inggeris yang mudah untuk difahami.
Kerana kesukaran untuk diambil untuk aku baca kerana ada tolak dan tarik daripada pelbagai pihak, aku mengambil keputusan untuk membeli sendiri buku tersebut daripada MPH Book Store, AEON Seremban 2 beberapa minggu yang lalu.
Dengan menggunakan kad OKU aku dapat diskaun 10%, jadi daripada harga asal RM100 aku hanya perlu bayar RM90. Sapa-sapa nak beli buku cakap la kat den, boleh pakai kad OKU den. Alah, kalau dapat diskaun RM10 apa salahnya bagi RM5 kat den. Ha ha ha!
Buku ni sekarang hari2 aku angkut dalam vios aku tu. Buku aku, aku punya suka.
Kata Tun dalam buku tu, "In real world, a perfect person never existed"