Saturday, November 10, 2012

Selamat bercuti panjang



Akhirnya habih lagi satu tahun perkhidmatan aku sebagai cikgu. Ini tahun keempat berkhidmat sebagai cikgu ld. Macam baru saja semalam aku posting di smk buta setapak pada tahun 2005 dulu. Daripada gred dc41 ke dg 41 dan Insya Allah cukup tahun ni lapan tahun perkhidmatan dg41 maka tahun depan naik la pangkat ke dg44.
Time ni (sabtu 10 November) aku ada seminar kecemerlangan minda pendidikan khas di smk seremban jaya 2, sekolah Mawar. Penceramah2nya ada juga dari biro tatanegara membentangkan tentang negara bangsa, 1 malaysia. Slot pendidikan khas ada la satu kot. Ni saja aku keluar dewan kejap untuk menghirup udara segar. Ceramah yang diberikan sungguh berdegar2, nampak bersemangat semua yang mendengar. Khalayak juga ramai, nak penuh satu dewan. Mereka terdiri daripada guru besar, pengetua, gpk, guru pendidikan khas dan pembantu pengurusan murid seluruh negeri sembilan. Sapa tak datang nanti kena surat tunjuk sebab. Ha ha ha! No komen. Saya yang menurut perintah.
Yang lawaknya dengar satu ceramah tu bukan main lagi dia promote kereta buatan Malaysia dalam ceramahnya tapi dia sendiri aku tengok bawak toyota camry ka altis pagi ni. Ha ha ha! (Dengki la tu tak mampu pakai keta import)
Jumlah khlayak aku rasa ada la dalam 500 lebih. Kalau semua claim mileage rm20 ringgit untuk pergi balik dah rm10000 (yang mai dari simpang pertang jauh di jelebu tak tau la pulak aku berapa kadar teksi satu tempat duduknya). Makan kalau satu kepala rm10 (sarapan, minum pukui 10, makan tengah hari, minum petang) dah rm5000 untuk makan. Karan, air (tandas, basuh tangan), kertas buku program katakan dah rm300.
Bagi yang belum cukup kredit hours latihan dalam perkhidmatan untuk tahun ni untung la dapat satu hari lagi kursus. Kurang satu buku yang perlu dibaca untuk diisi di dalam laman web kursus. Aku? Tahun ni dah dekat 30 hari berbengkel. Ha ha ha!
Ahad esok pun masih ada satu program lagi di gelanggang petanque paroi. Jadi guru pengiring pulak untuk budak sekolah aku. Alah, dia daftar sendiri pun boleh, janji ada kad oku dan kad pengenalan. Harap2 lepas ahad boleh la main game plants vs zombie puas2. Ha ha ha!
 Gambar: Kesian kena tinggal. Bila tengok abah pakai baju kerja pagi tadi, dia dah sibuk nak ikut.
 Gambar: "Jadi bantuan br1m 2.0 yang saya pohon ni bila boleh dapat?" "Ini bukan lhdn la."
 Gambar: Setahu aku, orang beratur ramai2 untuk ambik cek br1m saja.
 Gambar: Harap2 yang datang ramai2 ni ikhlas nak timba ilmu, bukan takut kena surat tunjuk sebab.
 Gambar: "Sebut ramai2, 1 Malaysia!

Monday, November 5, 2012

Selamat Harijadi Abah!

Walaupun telah setahun lebih meninggalkan kami, kalau abah masih ada, pada 3 november yang lalu dia akan menyambut harijadinya yang ke 57. rupa2nya pengetua sekolah aku yang opsyen pencen awal tahun ni pun sama bulan dan tahun lahirnya.
Selamat harijadi abah, moga rohmu damai di sana. Al-Fatihah.

Tuesday, October 23, 2012

Tiga minggu yang ada mesyuarat



Minggu ni minggu pendek, isnin dan selasa bebudak periksa. Rabu bebudak pi lawatan kat lenggeng, khamis dan jumaat cuti bersempena dengan raya haji. Aiseh, mawar punya sekolah cuti hari isnin minggu depan tapi aku sekolah pulak isnin tu. Tak apalah, boleh dia kemas rumah nanti.

Agak sibuk dengan mesyuarat tiga minggu ke belakangan ni. Awal bulan mesorat di negeri hang tuah bertempat di hotel naza talyya. Malam2 habih mesorat terus balik ke seremban. Sampai rumah anak dah lena dan bila bangun pagi nak ke melaka anak masih lena lagi. Sempat lagi pagi isnin 1 haribulan tu pi servis kereta. Pomen siap warning tayar kereta dah botak, dah kena tukar tu bang. Duit lagi, ha ha ha! Mesorat macam biasa la boleh jumpa kengkawan dan kena buat benda2 yang lebih susah daripada pi sekolah. Petang hari pertama tu sempat melilau sekeliling hotel dan makan dekat kolej mara berhampiran hang tuah mall. Pekena kuetiau goreng sepinggan di arked mara di situ. Rasa muda balik makan dikelilingi bebudak kolej. Malam tu bila balik seremban, gps tak guna tu telah membawa aku balik ke seremban ikut jalan lama iaitu masuk lebuh raya plus di plaza tol simpang empat. Patut la tak jumpa pintu gerbang yang dekat plaza tol ayer keroh tu sampai sudah. Esoknya bila nak balik seremban ikut plaza tol ayer keroh, aku key in hotel kings baru la ikut jalan yang aku nak. Gps ni kadang2 dia cari jalan terdekat bawa jalan tah ke mana2.




 Hari ahad 7 Oktober pula kami bertiga memenuhi jemputan kenduri kawin adik pak busu khairul di muar, johor. Hanya berpandukan gps yang kadang2 boleh pakai, kadang2 tak boleh harap akhirnya sampai juga ke kampung parit amat kalau tak salah. Di rumah kenduri kami turut berjumpa dengan keluarga pak long yunus dan keluarga pakcik radhi. Time balik singgah di pekan muar mencari mee bandung yang sedap. Menurut kawan saya, cikgu talib yang dihubungi petang tu, yang sedap sekali ialah mee bandung abang sayang di stesen bas setempat. Mula2 tersesat ke stesen bas ekspres tetapi atas panduan penjual surat khabar di situ maka kami pun menuju ke stesen bas yang satu lagi satu tu iaitu dekat dengan balai polis. Mula2 order satu pinggan dulu, dah sedap tambah satu pinggan lagi dan bungkus dua untuk bawa balik makan kat rumah. Satu yang tak best di pekan muar tu ialah kat pekan dan stesen basnya dah penuh dengan warga asing nepal, bangla, indon dan tah apa2 lagi bersidai merata tempat hingga takut kami nak berjalan kaki. Time balik kami singgah tangkak sebentar melawat mak saudara mawar iaitu busu faridah. Kalau nak tau busu faridah ni meniaga nasi lemak berhadapan bank rhb tangkak. Punya suka dia berniaga, hari raya puasa ketiga dah buka balik meniaga. Sempat juga merasa sambal sotong yang dia masak petang tu sebelum balik. Paling best hanan la sebab sempat pegang tayar basikal mountain bike hingga terbalik petang tu. Nasib baik tak timpa dia. Dia sekarang dah lasak, tunggu masa nak boleh berjalan saja.


 9 hingga 10 Oktober pula aku berulang-alik ke dbp kuala lumpur. Kali ni jadi pembaca luar untuk buku kaimal tahun 3. Tahun 1 penulis, tahun 2 penilai, tahun 3 dah jadi pembaca luar. Tahun 4 mungkin tukar team masuk geng bbt pulak kot. Dalam bengkel kali ni salah seorang panelnya ialah cikgu siti zaiton yang merupakan ketua bidang teknik dan vokasional semasa aku mengajar di setapak dulu. Kini dia dah berjawatan guru cemerlang bahasa melayu dg48 di salah sebuah sekolah rendah di kuala lumpur. Sayang juga pengalaman bertahun2 di sekolah buta mungkin hilang begitu sahaja kerana dia turun ke sekolah rendah dan mengajar budak biasa. Jika bpkhas menyediakan peluang cikgu2nya naik ke jawatan guru cemerlang di sekolah atau program pendidikan khas mungkin kehilangan tenaga kerja yang berbakat tinggi sepertinya tidak hilang begitu saja. Buat kerja dengan dbp yang bestnya ialah kerjanya mencabar, kalau tak tahan sabar mungkin kita lompat naik atas meja lawan editor atau orang bbt sendiri bila kita bertelagah pendapat. Ha ha ha! Mesyuarat di dbp juga best pasai waktu makan tengah hari biasanya akan makan di kafenya dan dah siap terhidang makanan atas meja makan dan kita tak perlu beratur panjang2 makan bufet. Takat ni makan kalau mesyuarat di dbp tak pernah tak sedap. Bagi cikgu2 yang mengajar di sekolah atau program ppki buta, saya cabar cikgu2 untuk apply jadi penulis atau penilai buku kaimal bagi mempelbagai persembahan buku kaimal untuk tahun2 akan datang. Jangan hanya pandai kondem di facebook atau media2 sosial, buat sendiri baru tahu.

 13 Oktober kami bertiga ke klang melawat mak lang lela dan pak lang nazrul hanan. Selain itu nak tukar tayar kereta wira aku yang dah botak. Bila dah masuk kedai tayar macam biasa la, itu rosak, ini rosak, itu kena tukar, ini kena tukar, ini senget, itu bengkok, ini pekak, itu badak, baik tukar saja kereta baru. Nasib baik pak lang hanan dapat rekemen kedai yang harganya lebih murah daripada kebanyakkan kedai di klang. Pak lang hanan juga sanggup meninggalkan sebentar kursus yang dihadirinya tengah hari tu dan datang ke kedai untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Dapat la aku pakai tayar baru cap yokohama dengan rim 15 yang baru. Takat ni berjalan ke ipoh untuk hadiri mesyuarat dan juga pi makan malam di port dickson baru ni semuanya kira ok. Balik petang tu sempat pulak singgah di pasaraya gm yang baru kat klang tu. Banyak sungguh barang yang dijual pada harga borong. Tapi yang paling best ialah kipas lapan bilah yang setiap satunya sepanjang bilah helikopter yang tergantung di siling pintu masuk pasaraya tu.

 15 hingga 18 oktober aku bermesyuarat lagi dengan bpkurikulum di hotel heritage ipoh. Kalau kira hari mesyuarat, dah 30 hari rasanya berada di luar sekolah. Yang program2 sukan atau ko-kurikulum tak kira lagi tu. Mesyuarat tu mulanya aku ingat tak payah pi dah pasai dari hari jumaat membawa ke habih time sekolah isnin tu tiada surat panggilan yang diterima. Petang isnin tu tengah melayan hanan main tiba2 sms diterima, “Hang mai tak mesyuarat ni? Aku dah register satu bilik dengan hang.” Maka petang tu baru la aku tau bahawa mesin faks sekolah aku dah rosak. Ish ish ish... Maka petang isnin tu pegawai berkenaan bertungkus-lumus memastikan surat panggilan mesyuarat sampai ke sekolah. Pagi selasa pi sekolah dulu menyetelkan kad jemputan barbeque ppki untuk diberi kepada pentadbir sekolah. Setel baru drive. Bila balik rumah nak ambil beg baju, mawar masih ada di rumah kerana dia jaga pmr di sekolah set pengambaran lagenda budak setan (syaitan) tahun ni dan giliran dia jaga paper ialah paper lewat sikit hari selasa tu. Setelah makan nasi lemak maka aku pun berangkat la dengan bekalan air beku, twisties dan buah limau, kiwi dan plum yang dipotong mawar. Time drive sekarang ni aku tak rasa macam dulu2 dah, mengantuk memanjang. Nasib baik ada bekal makanan dan minuman sambil drive. La ni nak bawa keta laju2 pun tak boleh dah ada speed trap aes 24 jam. Cerita pasal hotel heritage, aku rate dari segi layanan dan makanan agak baik. Hotel pertama yang menghidangkan quaker oat untuk sarapan pagi. Pilihan makanan juga banyak. Sayangnya semasa proses perkumuhan di jamban bilik penginapan hotel masalah akan timbul kerana tiada paip getah untuk digunakan semasa mencebuk. Ada kalangan kami mengambil jalan yang mudah menahan air dalam bath tub, lama juga tu nak penuh. Katanya biar melambung bil air hotel. Bila dah mesyuarat tak ada ke mana2 dah. Kalau ada sesi “kajian lapangan” pun biasanya aku berehat saja dalam bilik, jarang la cari ole2 dibawa balik kerana time mesyuarat jarang bawa duit banyak. Kalau yang ada beli ole2 bawa balik pun semasa mesyuarat di langkawi iaitu beli ceklat. Waktu drive balik ke seremban aku beruntung kerana ditemani dua orang member yang nak turun di putrajaya, tak la mengantuk semasa memandu kerana ada cerita nak dibualkan. Salah satu cerita yang dikongsikan ialah berkenaan salah seorang daripada mereka yang sedang menyiapkan tesis masternya berkaitan murid deaf blind. Rasa kasihan sahaja tak membantu mengisi perut yang lapar dan cerita member aku, murid yang menjadi subjek kajiannya telah mempelajari isyarat tangan deaf blind dan kini mempelajari refleksologi di salah sebuah institusi kerajaan. Dia berpengalaman ke negara matahari terbit dan bertemu sendiri dengan seorang professor yang deaf blind. Dengan teknologi semua orang boleh belajar. Teknologi pula pantas berkembang dan boleh mengakibatkan kita cepat obselete, baru aku nak pakai windows 7 dan office 10 dah keluar pulak windows 8 dan office 13.



Thursday, September 27, 2012

Perkenal istilah 'langcur'

kalau kita tengok dalam beberapa tahun kebelakangan ini didapati banyak pelancong asing yang menyalahgunakan visa pelancong ke negara kita yang akhirnya menjadi pelacur. pelancong2 yang menjadi pelacur daripada negara china, indonesia malahan daripada eropah pun ada kerap kali ditangkap oleh pihak berkuasa seperti yang ditunjukkan di dalam media perdana negara kita.
kasihan pulak rasanya pembaca berita terpaksa membaca panjang cerita iaitu, "pelancong asing yang ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk menjadi pelacur di ...." dalam berita setiap malam. jadi ada baiknya aku cadangkan kepada dbp untuk mengenalkan istilah baru iaitu 'langcur' iaitu perkahwinan di antara perkataan 'lancong' dan 'lacur'. setakat semakan di web dbp tadi belum ada perkataan tersebut.
maka 'langcur' akan bermaksud orang yang masuk ke sesebuah negara atas visa lawatan sosial tetapi bekerja sebagai pelacur di negara tersebut.
maka kalau istilah aku ni diterima bolehlah pembaca berita kita membaca berita, "Pihak polis telah menahan 15 pelangcur di sebuah pusat hiburan di Taman NST, Seremban pada malam tadi." automatik pendengar berita akan tahu yang ditangkap tu ialah pelancong yang menjadi pelacur.

Friday, September 21, 2012

Terima kasih dr dan misi unit kecemasan dan wad 8A HTJ!

Petang selasa hari tu hanan batuk lebih kuat daripada biasa. waktu aku ambik dia time balik sekolah petang tu dia siap berguling lagi dalam baby carrier dia sampai aku buka tali pinggang dan riba dia kat sebelah sambil memandu. bahaya sungguh oku yang sorang ni memandu, siap angkat hazard light sambil memandu. bila sampai rumah terus ajak mawar ke klinik untuk check batuk hanan.
Melilau cari klinik pakar dari seremban membawa ke senawang. ada klinik yang tutup, ada yang tengah tar jalan depan kliniknya, ada yang patient penuh hingga malam baru boleh jumpa dr. di senawang yang terdekat ialah hospital salam. bila check di emergency, dr kata kahak banyak, nak kena x-ray, check darah dan nak kena admit wad.
Kami tak masuk wad di situ tetapi terus ke unit kecemasan htj. selepas x-ray di unit kecemasan dr cakap sedangkan budak lahir cukup bulan kena admit wad apatah lagi budak lahir tak cukup bulan macam hanan lagi la kena tahan wad. dr pun tak tau samada kena jangkitan kuman yang macam mana di paru2 hanan samada bakteria, virus ataupun apa2 lagi. kena test dulu.
Maka admit la ke wad 8a maghrib tu. part nangis2 tak payah cakap la. bila masuk wad pulak duduk di bahagian isolasi di mana semua budak2 asyik batuk2 saja. dalam ramai2 tu semua nampak terjelepok tak bermaya. hanan antara yang batuk2 tapi aktif kerabat (panjat) pagar katilnya. untung hanan walaupun batuk tapi tak demam dan makan dan minum normal. dr cuma monitor dan hanan cuma perlu sedut gas untuk orang sakit asma tu.
Dua malam juga hanan dan umi tinggal di wad. aku pun dua malam juga la berulang-alik ke hospital naik awan guling (motor) aku. Alhamdulillah, tengah hari khamis semalam hanan dah dibenarkan keluar hospital. dah lega banyak nampaknya hanan. ubat cuma satu botol saja. salbutamol kot kalau tak silap untuk cairkan kahaknya.
untuk yang ada anak kecik, kurangkan aktiviti luar di kala cuaca tak menentu macam sekarang ni. ujian makmal htj untuk punca sakit hanan masih belum diketahui lagi sehingga hari ni. Insya Allah, tolong doakan anak kami sihat.
Terima kasih sekali lagi dr dan misi unit kecemasan dan wad 8A HTJ!


Tuesday, September 18, 2012

Karnival sukan dan kesenian pendidikan khas n9

Gambar: Pandangan aku sebagai ajk pa system dan buku program karnival permainan.

Gambar: Satu2nya kipas yang ada semasa karnival permainan, itu pun aku punya yang dibawa dari sekolah.

Gambar: Bergambar kenangan di depan banner karnival kesenian.

Terima kasih!!!

Kami sekeluarga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah datang bertamu di rumah kami bagi meraikan harijadi Abdul Hanan serta jamuan hari raya pada hari Ahad baru2 ini. Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan kenduri kali ini. Murah rezeki, panjang umur kita buat lagi tahun depan.