Saturday, June 8, 2013

Sampai satu apa pun tak tau

Bagi yang dah dapat statement daripada bonuslink baru2 ini mungkin akan kecewa dengan perubahan loyalty untuk pengisian minyak dengan shell. Berbanding mendapat satu mata untuk setiap ringgit yang diisi dengan petrol shell, kini pengguna kad bonuslink hanya akan mendapat satu mata dengan setiap pembelian satu liter petrol shell. Ini bermakna kita dapat satu mata bagi setiap rm1.95 bagi yang mengisi ron95 dan rm2.70 bagi yang mengisi ron97. Perubahan ini amat mengecewakan bagi aku yang merupakan salah seorang pengguna yang kadang-kala terpaksa mengisi shell kalau tak ada petron atau petronas.
Dua malam lepas di salah satu stesen minyak shell berhampiran plaza tol senawang, aku gagal menebus 3000 mata untuk kupon rm30. Alasan yang diberi oleh juruwang di kaunter ialah tiada orang yang menjaga komputer di pejabatnya untuk check point. Ada seorang pekerja yang nampak macam manager stesen on duty kat tempat barang2 runcit yang macam tau2 aku tak puas hati dengan keengganan stesen mereka untuk bagi penebusan malam tu. Bila ditanya bila ada orang yang akan jaga komputer dalam pejabatnya, juruwang di kaunter juga jawab tak tau. Akhirnya aku cakap kalau tak boleh tak payah isi minyak dan aku belah macam tu saja. Masa aku nak exit aku bagi lampu tinggi suluh kedai dalam shell tu.
Jawapan tak tau adalah merupakan suatu kepantangan dalam meniaga. Masalah lain yang yang pernah aku alami dengan shell ialah di sebuah stesen yang berhampiran dengan pusat dakwah dekat stadium paroi. Salah satu terminal minyaknya asyik reject kad kredit aku. Kemudian aku beralih ke terminal lain boleh pulak pakai kad kredit aku. Tak puas hati, aku masuk mengadu kepada juruwang kat dalam akan masalah yang dihadapi. Selamba saja dia jawab, terminal tu memang ada masalah untuk pakai kad kredit. Kemudian bila aku tanya kenapa tak tulis sikit "tak boleh guna kad kredit di terminal ini" juruwang kata tak boleh. Kemudian dia tanya pulak kenapa encik marah tak boleh guna kad kredit di terminal tersebut aku cakap balik kerana terminal tersebut dah buang masa aku yang nak bergegas ke tempat lain. Aku demand nak jumpa manager stesen dan sama seperti seperti kes stesen shell kat plaza tol senawang, tak tau bila orang nak ada.
Shell harus mencontohi petronas yang memudahkan penebusan hanya dengan meleretkan kad loyalti di terminal pam. Kalau takut isu sekuriti mungkin shell boleh mencontohi petron yang membolehkan juruwang mengendalikan urusan tersebut di kaunter juruwang dan tidak memerlukan juruwang masuk pulak ke dalam pejabat untuk check point.
Aku dah tawar hati untuk menggunakan bonuslink di shell. Kalau nak menggunakannya pun mungkin kerana tak ada stesen minyak lain atau nak tebus reward harijadi di parkson. Emmm, mana pulak gunting nak potong kad bonuslink ni...

Monday, May 27, 2013

Posting pertama dari samsung galaxy tab 2 10.1

Ini merupakan posting pertama dengan menggunakan tab yg aku menangi dlm cabutan ssp bsn februari 2013 yg lalu. Baru dapat 2 minggu lepas melalui kurier ke sekolah. So far ok saja. Bila guna sebagai telefon tak ada privasi kerana ia menggunakan pembesar suara, semua orang kat tepi boleh dengar perbualan kita.

Ini pun tak abih migrate data dari telefon nokia c3 yang lama lagi. Mungkin akan buat time cuti sekolah ni kot. Telefon nokia c3 masih diguna untuk kalau travel jauh kerana payah sungguh nak jawab telefon dan tulis sms semasa semasa memandu. Heh heh heh, memandu sambil pakai telefon adalah salah dari segi undang2.

Minggu terakhir sebelum cuti sekolah aku menghadiri mesyuarat dengan bpkurikulum di hotel seri petaling kuala lumpur. Mungkin mesyuarat terakhir dengan mereka untuk tahun ini kerana mesyuarat akan datang pada penghujung jun aku akan terlibat sebagai ajk karnival permainan pendidikan khas kebangsaan yang akan berlangsung di port dickson. Sebagai penyelaras dokumentasi dan buku pertandingan, semua kerja hanya berlangsung dalam minggu sebelum dan minggu berlangsungnya karnival. Jadi pada kengkawan ahli mesyuarat sorry la den tak dapek la nak tolong kali ni.

Dalam cuti sekolah ni pun aku akan menghadiri satu mesyuarat dengan dbp.  Tarikh tak boleh la bagitau kerana kalau orang tau ia akan memberi ruang kepada penjenayah menganiayai kita. Walaupun ada security yang ronda rumah kita, penjenayah kerap study pattern pergerakan kita.  Dunia sekarang macam2 boleh berlaku dan kita harus berikhtiar dan berdoa memohon perlindungan kepada Allah. Kali ni katanya nak buat mesyuarat readers buku kaimal tahun 5. Alhamdulillah, baru saja rasanya semalam ditimpa hujan ketika pulang bermotosikal bermesyuarat untuk membuat kurikulum tahun satu pada tahun 2009 di putrajaya, dah nak terbit buku tahun 5. Kurikulum tahun 6 pula kurikulum dah siap tinggal lagi nak buat modul, untuk bahagian tmk daripada 3 bab, 2 dah siap dan tinggal bahagian powerpoint untuk dibuat pada mesyuarat akan datang. Penulis bahagian tmk tahun 6 kelak boleh ambil modul kami buat untuk buat buku teks. Untuk murid2 kita tak ada istilah berkira, jaws pun kami kongsi, ha ha ha!

Mesyuarat baru ni paling best buat part tmk.  Ada tiga pakar ict cacat penglihatan iaitu cikgu zakaria dari smpk setapak, cikgu yusuf dari smk vivekananda dan cikgu hafiz dari sjk jalan hamilton. Kejap saja 2 modul dapat disiapkan.

Menghadiri mesyuarat kali ini bermakna aku terpaksa tidak menyambut sambutan hari guru peringkat sekolah. Tahun ini grand sambutannya, pada pagi ada baca yassin, lepas tu ada sukan rakyat, lepas tu ada pula majlis sambutan persaraan 2 cikgu dan seorang cikgu cuti tanpa gaji dan diakhiri dengan majlis hi-tea di royal bintang. Huuu hebat sungguh.

Berbalik kepada cuti sekolah inilah timenya untuk cikgu2 berehat daripada datang ke sekolah. Tapi tak juga kerana ada juga yang kena datang ke sekolah siapkan pbs, buat kelas tambahan, latih budak olahraga dan seribu satu macam. Aku sendiri nak kena juga datang ke sekolah untuk hantar return pendidikan khas sekolah. Gitu la kerja cikgu2 zaman sekarang.

Hari jumaat cuti wesak baru ni kami bertiga serta ahli keluarga isteri ku telah konvoi 3 kereta ke desaru, jb dan jpo. Sorry la tak ada gambar untuk dishare kerana entah mengapa tak boleh pula upload gambar pakai tab ni (alasan malas buka netbook...). Air laut desaru sangat jernih. Anak aku dan abang2 sepupunya sangat seronok bermain di taman air hotel lotus desaru. Ramai sungguh orang singapura yang datang menginap, kuasa membeli mereka 1.5 kali lebih daripada kita. 10 dolar singapura dapat beli barang kita yang 25 ringgit. Kalau ekonomi kita tak terus improve kekal la kita sebagai traveller yang menempah tiket kapal terbang murah ke vietnam. Kenanya degil pula bawa anak yang sakit bawa berjalan (sayang duit tiket kapal yang dibeli murah daripada burn) apabila kena tahan tak boleh naik kapal terbang tak tau kat siapa nak mengadu. Bukan aku menghina atau mengeji tapi kasihan la pada anak kecil yang tak tahu apa2. Nasib baik ada mazidul, tapi bolehkah mazidul sentiasa berada hampir dengan masalah untuk dikongsi satu dunia?

Kalau korang buka di youtube tentu korang perasan tentang satu janji pakatan rakyat untuk kurangkan harga kereta. Melaluinya kalau duti eksais dihapuskan harga kereta boleh kurang hingga tinggal dekat2 setengah harga kereta. Untuk oku dah ada pekeliling bahawa boleh dapat 100 peratus pengurangan duti eksais.  Senang cerita kalau nak beli inspira tu boleh dapat harga dalam 60 ribu saja. Bila aku tanya kepada mof (berdasar alamat emel dalam pekeliling format pdf) untuk harga jualan kereta nasional tak dapat jawapan, aku adu pula kepada bahagian pengaduan awam jabatan perdana menteri barulah dapat jawapan daripada mof. Jawapan yang diterima sangat mengecewakan. "Harga setiap model tertakluk kepada pengedar."

Apa salahnya keluarkan satu senarai harga untuk rujukan kami para oku? Aku lepas mesyuarat di hotel seri petaling berpeluang merayau di kedai kereta perodua dan proton. Bila ditanya kepada salesman perodua, "Tak banyak loo bos, 2 3 ratus saja," itu untuk myvi. Manakala bila ditanya kepada salesman proton, "Kalau inspira saya boleh kasi dalam 3 ribu." Isunya di sini adakah pengiraan oleh pakar ekonomi pkr dalam youtube itu satu penipuan atau memang tak ada penguatkuasaan pelaksanaan pengecualian duti eksais untuk oku bagi pembelian kereta nasional? Duti eksais boleh dirujuk di web maa.

Bagi yang boring2 boleh baca http://uncyclopedia.wikia.com/wiki/Proton_(cars) dan http://uncyclopedia.wikia.com/wiki/Perodua

Payah2 tak payah pakai kereta, tumpang kereta orang kah kah kah!




Monday, April 22, 2013

Redeem minyak petrol dengan bonuslink di shell?

lepas entri baru tadi aku ingat nak pi tidur dah tapi sebelum tidur teringat satu benda nak kongsi kat sini. bagi yang guna bonuslink di shell mungkin tau bahawa bila cukup 3000 mata boleh tebus rm30. ada triknya kalau hangpa nak tau, rm30 tu kalau nak tebus petrol hanya boleh tebus rm30 untuk pembelian petrol ron97 v power racing shell, tak boleh guna untuk beli petrol ron95 shell.
time nak tebus korang tak boleh lagi pakai pincode 6 angka harijadi tu. jenuh bertekak dengan petugas kaunter stesen shell sg besi hari khamis minggu lepas. sudahnya kena call card centre yang ada kat belakang kad bonuslink tu. hangpa kena siap la pen dengan kertas, kena tau nombor akaun kad bonuslink, nama mak hangpa, nombor ic dan create pincode yang baru. habih la kredit prepaid nak melayan operator, melayan sistem, baru la boleh tebus minyak yang dapatnya tak seberapa liter tu.
jadi kepada tuan2 dan puan2 semua (ni kempen ni!) mari la kita pilih untuk gunakan petron dan petronas!

Blog Karnival Permainan Pendidikan Khas Kebangsaan 1 Malaysia 2013

Dalam ketidak sempatan aku untuk mengendalikan blog sendiri (serikinda.blogspot.com) dan blog ppki smkpz (ppkismkpz.blogspot.com) tambah lagi satu blog pulak nak dibangunkan, iaitu blog Karnival Permainan Pendidikan Khas Kebangsaan 1 Malaysia 2013 (kppkk1malaysia.blogspot.com).
Hari ni di sekolah jenuh nak create blog tu tak boleh2 pakai YES sekolah, sudahnya balik rumah pakai broadband maxis sendiri baru boleh. ghaplah jingga sungguh. Harap2 terjawab la misteri kenapa besiwaja asyik tengok cerita sammy vellu saja kat blog aku ni. ha ha ha!


Gambar: Besiwaja/Cikgu Zakaria (kiri sekali) bersama Cikgu Khasery dan Cikgu Hafiz sedang menikmati kuih dan minuman panas sewaktu tea break mesorat di klih tempoh hari. 
 
Esok pagi usung pa system lagi ke kompleks belia di paroi. cuih, cuih!

Terlalu banyak nak dibuat...

Terlalu banyak nak dibuat dalam masa singkat.jadi buat la mana yang sempat. tak sempat tak yah buat.  ha ha ha! sori kalau entri kali ni tak dak gambar. ini pakai notebook mawar. Gambar semua dalam netbook yang satu lagi (alasan malas bukak). Tuan notebook ni dah terlena sebelah hanan selepas tengok bintang mencari bintang, (raja lawak versi orang miskin). Aku tak mau langgan citra yang belum tentu aku tengok setiap kali buka tv. kalau njoi ada 104 sekali dengan 105 dah lama aku pakai njoi saja. alah,setakat tengok p ramlee dan hagemaru macam aku ni baik download dari internet saja dalam bentuk mp4 dari youtube dan pasang kat tv plasma besar aku tu. kata depa kalau langgan unifi, boleh pakai sky box dan tengok channel macam2 dari channel yang wanita berpurdah nampak hanya mata hingga la ke channel yang apa satu pun tak pakai. wah,macam pilihanraya pulak, pilihan di tangan anda.
Akhirnya aku dan mawar naik dg44. aku naik kuatkuasa 3 jan 2013. mawar tengah bulan dua.tolak cuti tanpa gaji pasai pi haji dulu. ada tunggakan nanti boleh la buat kenduri kesyukuran. Banyak tu naik tu. Bulan 7 nanti katanya naik lagi. Rezeki Allah untuk dikongsi bersama. kalau dg44 tu kira boleh jadi ketua unit dan gpk khas dah tu. kengkawan di putrajaya dah ramai mencuit aku pi sana. tapi aku lebih senang di sekolah mengejar budak hyper yang lari dari kelas, menepis tamparan ke muka dari budak autisme dan memekik minta tolong apabila budak tiba2 tumbang diserang sawan. yang menyorok bawah meja tak mau belajar toksah cerita la. yang kena heret pun ada,
Tahun ni ramai kengkawan di ppki aku pakat tukar kereta. ada beli pujot 408, ada beli alza, grandlivina, tucson pun ada.aku pun karan jugak tapi tengah menunggu jawapan senarai harga kereta dari mofinance berkaitan potongan duti eksais 100% harga kereta nasional untuk oku. lambat jawab hari tu aku ngadu kat biro pengaduan awam jpmenteri. dah dapat surat akuan terima aduan dalam bentuk pdf. kalau tak dapat response jugak tak tau la kat sapa lagi nak ngadu. bukan nak tukar sangat keta, saja cari penyakit nak tambah hutang. ha ha ha! gila ahhh, gaji 3000 lebih lepas tu duit keta bulan2 1000 lebih. keta tu kalau jalan pakai kuasa suria tak pa la, ni kena isi minyak. nanti duit penyelengaraan lagi. tak kan nak isi minyak sawit ganti minyak hitam?
sebulan ke belakangan ni tak banyak hari aku di sekolah. mesorat la, sukan la,usung pa la (nak saja aku hempuk pa tu, bukan main berat nak mengusungnya ke sana sini). ada budak ppki rindu sampai telefon tengah2 malam dan subuh pagi cari cikgu lan.bukan rindu rupanya tapi budak tu dah dapat nombor telefon cikgu2 dan ppm2 ppki pz. habih semua ditelefonnya. sudahnya kena tindakan disiplin.
hari sabtu baru ni kami dua kemas rumah, hanan tidur, kasi chance la tu. dia dah sampai batuk2, selsema dia, mungkin pasai rumah dah berabuk kot. ahad pagi bawa dia pi main kat kompleks belia paroi. sempat main air pancut sampai basah abih baju. petang ahad aku mesin rumput pakai mesin letrik bosch, yang pakai tali plastik single line tu. habih mesin, hujung line dia pun putus. leceh sungguh nak pebetui balik. gulung2 wayar, masuk mandi, semayang. ni duk layan keluarga 69. kalau2 ikutkan cerita ni yang untungnya si tompel saja la. tau apasal? dia dapat pucuk muda. ha ha ha! Tidur la wei esok sekolah...

Sunday, March 17, 2013

Samy Vellu bertanding di Sungai Siput

hanya spekulasi merupakan salah satu tajuk berita yang running kat ticker di salah sebuah televisyen swasta berbayar yang aku tengok beberapa hari yang lalu. Moga-moga tak ada lagi calon2 recyle seperti yang diusahakan oleh persatuan yb2 pencen bagi nama kat pm untuk bertanding semula di kerusi2 tertentu.
Sebut tentang calon pilihanraya aku percaya kadang2 bila letak winnable candidate adalah lebih baik daripada letak calon yang pucuk pimpinan suka. Sebagai contohnya untuk parlimen pendang kalau masih ingat setelah Datok Man Bedui tidak dipilih kembali untuk pilihanraya yang lalu maka itu dikatakan menjadi punca kekalahan BN di pendang. Entah betul atau tidak tapi dengar ceritanya masa dia mewakili pendang kalau ada yang datang minta tolong tak kira fahaman politik apa sekalipun akan ditolong.
Untuk pilihanraya akan datang kemungkinan besar aku tak mengundi. Nama masih untuk mengundi di pendang lagi. Gara-gara IC baru lambat siap tempoh hari (tiga bulan...) mengakibatkan calon kat seremban ni hilang satu undi yang berharga. Yelah tak sempat tukar tempat mengundi. Jangan main2, satu undi tak cukup tak boleh menang tau. Ada kes kerana menang terlalu sikit majoritinya telah mengakibatkan kena kira semula, macam yang berlaku di pendang jugak pada pilihanraya yang lalu.
Nikmatilah lawak samy vellu yang aku petik dari satu blog.
1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Sumber: http://rotibutter.blogspot.com/2012/01/11-ayat-lawak-sepanjang-zaman-oleh-samy.html#ixzz2NP7STMRZ

Wednesday, February 13, 2013

Minyak oh minyak...

Sewaktu aku balik pj masa raya cina baru ni aku telah tebus loyalty point yang aku himpun dari dua syarikat minyak yang berbeza. Waktu aku balik aku tebus yang petronas punya iaitu melalui kad mesra. Cara himpun mata dia ialah kalau nak tau setiap kali kita isi minyak, setiap satu ringgit dikira satu point. Kalau isi rm50 kita dapat 50 point. Aku himpun ada la 1332 point. Jadi hari tu masa nak tebus, di pam petrol tu mula2 swipe masuk kad mesra dan lepas lulus aku pun isi la minyak sampai habis 1332 point tu. Dapat la petrol rm13.32.

Sewaktu nak balik ke seremban, aku singgah pulak di petron. Kalau nak tau petron ni loyalty cardnya iaitu smiles turut boleh dihimpun di esso dan mobil. Mula nak tebus 1000 mata untuk rm10 petrol tapi cashier kat kaunter tu cadangkan, "Lebih baik encik tukar 1600 mata untuk rm20 petrol." Jadi aku pun tukar la 1600 mata untuk rm20 petrol. Kalau tak silap, kalau dihimpun sampai 3000 mata boleh tukar kepada rm45 petrol.

Kalau banding antara kedua2 program loyalti tu nampaknya lebih untung kita isi minyak jenama luar berbanding isi minyak jenama negara kita sendiri. Untuk yang pakai bonuslink (isi minyak di shell), kalau kita ada 3000 mata boleh tukar kepada baucer rm30 yang kemudiannya boleh diguna untuk isi minyak shell.

Untuk syarikat minyak caltex dan bhp sememangnya tak ada loyalty card kecuali yang dibuat oleh operator2nya secara individu. Sebagai contoh, caltex depan tanah perkuburan haji mohd said di seremban ni ada sistem kumpul point setiap kali isi minyak iaitu setiap rm 1 bersamaan 1 mata. Bila kumpul sekian jumlah dapat la tukar kepada mug, air mineral, beras, minyak masak dan lain2. Leceh la pulak pagi2 time pi sekolah aku nak u-turn isi minyak kat situ.

Bila dah makin berusia ni aku makin malas nak duduk depan trafik light lama2 samada time pergi atau balik sekolah. Aku selalunya pergi dan balik ikut lebuh raya lekas saja. Biar la keluar duit lebih sikit asalkan hati tak sakit. Bila sampai awal boleh la breakfast dulu sebelum naik perhimpunan pagi. Ahhh, lega minggu ni dua hari saja jadi guru bertugas ppki.