Alhamdulillah, akhirnya permohonan pertukaran saya mengikut isteri telah diluluskan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pertukaran tersebut. Terima kasih kepada warga SMPK (Cacat Penglihatan) Setapak yang selama ini telah memberikan kerjasama dan berkongsi ilmu.
Tempoh 3 Januari 2005 hingga akhir Jun 2009 memang suatu tempoh yang singkat tetapi banyak memberikan kenangan manis dan pahit yang akan saya ingat sepanjang hayat saya.
Di SMK Pendeta Za'ba saya menjadi guru di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Cabaran yang dihadapi berbeza sedikit daripada yang dihadapi di SMPK (Cacat Penglihatan) Setapak tetapi misinya tetap sama iaitu mendidik anak-anak istimewa agar menjadi warga negara yang berguna.
Perjalanan dari rumah ke sekolah tidak lagi sejauh dahulu dan saya lebih fokus terhadap tugas saya berbanding perlu fokus adakah ada kereta yang telah rosak di lorong laju atau ada kereta gila yang nak potong dari lorong kecemasan atau ada kereta Kancil tak nak pi ke tepi walaupun bawak macam siput di lorong laju.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment