Tak perlulah disebut agensi mana atau siapa VIP kehormatnya kerana orang sekarang memang tak boleh kena "ketuk" sikit, habih ditangkap dan dikenakan tindakan tatatertib.
Well, dalam tentative program telah ditulis majlis bermula pada sekian masa tetapi telah bermula lewat sejam daripada tentative asal. Ada yang dah tertidur di meja penat menunggu VIP tak kunjung tiba.
Setelah lewat sejam daripada tentative asal maka bermulalah majlis. Daripada ketiga-tiga ucapan yang disampaikan oleh penganjur, pengelola dan VIP tidak ada seorang pun daripada mereka yang meminta maaf kerana lewatnya mula majlis. Ada immunity kot?
Apabila bermula lewat maka majlis pun akan berakhir lewat. Setelah makan-makan dan minum-minum ada di kalangan yang hadir perlu keluar awal meninggalkan majlis kerana ada komitmen lain pula. Itu pun disekat pula oleh usher kerana takut habih orang balik tinggalkan VIP yang tak balik lagi. Ini bukanlah satu sikap yang professional kerana sudahlah bermula lambat, kita yang ada komitmen lain tidak dapat meninggalkan majlis tersebut. Tahun depan aku tak mau dah pi majlis tu kerana giliran yang berikutnya mungkin 10 tahun akan datang kerana ada 12 lagi cikgu yang mungkin belum pergi lagi. He he he…
"Teruklah macam ni, Ultraman tak dapat bertahan!"
"Ohhh, Musashi!"
No comments:
Post a Comment