Petang tadi aku dan isteri bertolak balik ke rumah mak di PJ. Daripada atas jambatan dekat jpa3 labu tu tak nampak macam banyak keta di lebuh raya. Hujan yang kadang-kadang lebat selalunya banyak eksiden atas lebuh raya tu. Nak saja belok ke kanan guna jalan lama ke Nilai untuk masuk lebuh raya utara selatan kat tol Nilai tu.
Telahan aku memang kena, masuk saja lebuh raya tak sampai 2 km trafik tiba2 jadi perlahan. Sah mesti ada yang eksiden. Dalam kenderaan yang dah bergerak perlahan tu nampaklah di kiri jalan ada kereta yang pecah tayarnya, jalan depan sikit lagi ada kereta yang dah terbabas langgar kereta depannya. Dah nak sampai R&R seremban kelihatan sebuah Tucson di lorong kecemasan dengan bumper belakang yang dah pecah dan divider tengah lebuh raya yang menjadi galang ganti kena langgar.
Lepas saja kesesakan di situ, nampak lagi satu eksiden dari arah bertentangan, sebuah Kancil dah langgar belakang Grand Livina di lorong memotong. Ikut la lagi dekat2 pemandu hadapan anda.
Sebelum sampai tol NPE di Sunway, ada pula Kelisa yang dikejar Proton Wira Aeroback tiba2 memintas aku. Terkejut sungguh. Aku kemudian membayar tol dengan smart tag, tetapi yang lawaknya keta dua bijik tadi bayaq pakai cash. Ha ha ha! Setelah memandu lebih kurang 1 km aku dipintas lagi dua keta tu. Kah, kah, kah racer miskin dan bodoh!
Miskin kerana tak mampu pakai smart tag dan bodoh kerana kelisa tak sedar diri nak race dengan proton yang cc besar tu dan yang bawa proton tu pun bodoh jugak kerana memilih lawan yang cc nya kecik.
Kalau ikutkan hati memang nak kejar saja tapi kali ni balik bawak barang banyak, tayar rim 17 4 bijik, lagi ada kain langsir baru.
Lain kali boleh la...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment