Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman
a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang
ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat
yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang
mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang
paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di
perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai
rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu
kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari
siksa neraka..
No comments:
Post a Comment