Balik pendang hari tu aku bawa mawar, mak dan nurain pi padang besar. Apalagi cari baju baru la. Kat sini ada satu kedai baju untuk orang berbadan dinosaur yang menjadi pilihan aku. Sambar la baju dan seluar 3 4 helai. Nasib baik ada RM500 bantuan gomen bagi untuk belanja hujung tahun.
Lepas pusing2 kompleks tu kami pekena pulut ayam dengan ayaq kelapa. Bukan main sedap lagi. Aroi tin tin (sangat sedap dalam bahasa thai). Selesai makan cari kerepek labu dengan gajus goreng buat bekal masa driving.
Pasti ramai yang tengok cerita Jangan Pandang Belakang Congkak teringat satu scene nyanyian lagu di Gua Kelam, hah ke situ la kami tuju setelah selesai shopping di padang besar. Terngiang2 lirik, "Oh angin malam, oh angin malam" dalam cerita sepanjang nak sampai ke situ.
Tapi sebaik tiba kelam seribu kali kelam, gua kelam tidaklah boleh dikunjungi kerana keretapi untuk masuk ke dalamnya telah rosak. Nak berjalan sendiri dalam gua tak boleh pulak kerana perlu mengupah guide RM20 satu kepala. Kali 4 dah RM80, baik makan lagi kenyang. Maka kami menuju pula galeri gua kelam nak tengok gambar dan info berkenaan gua kelam tetapi berkunci rapat pintu galeri. Hmmm, cuti apanya, aku dah mai hari rabu dah ni.
Setelah bergambar lebih kurang di air terjun titi gantung yang berhampiran, agenda seterusnya ialah makan laksa kuala perlis di restoren nelayan yang lokasinya berhampiran kompleks kastam diraja malaysia kuala perlis. Makan laksanya yang memang terbest sehingga kini dan juga cucuq udang dan rojak (pasembur). Makan laksa kuala perlis ni kira salah satu agenda wajib aku kalau balik pendang. Masa mengaji di maktab perguruan perlis dulu, hujung minggu mesti mai.
No comments:
Post a Comment