Di sini aku nak mengambil kesempatan untuk merendah diri menyatakan bahawa aku sebenarnya bukanlah mahir sangat dan ingin memohon maaf di atas segala kekurangan. Secara kebetulan semasa kurikulum (dokumen standard) mula digubal aku telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya dengan beberapa rakan dari SMPK Setapak dan beberapa sekolah lagi dari seluruh negara. Kalau tak salah mesorat pertamanya di BPKurikulum, Putrajaya tahun 2008.
Dengan pengetahuan yang sangat sedikit tentang ICT untuk individu masalah penglihatan yang dipelajari daripada Cikgu Zakaria (besiwaja.blogspot.com), Kak Siti Nur Shuhada, Mr Lim Wah Heng, Cikgu Jais dan Cikgu Rizal Tan, aku cuba buat yang terbaik untuk murid2 masalah penglihatan. Mungkin part bahagian ICT yang aku buat dengan kawan2 ada kelemahan tapi Insya Allah ruang untuk penambahbaikkan akan sentiasa diusahakan.
Semenjak bertukar ke sekolah baru di bawah program ld sedikit demi sedikit kemahiran untuk p&p murid bermasalah penglihatan kian luntur. Aku cuma mengajar matematik dan pjk. Mula-mula rasa agak kecewa jugak kerana ada isi pelajaran yang diajar minggu ini akan dilupai pada hari esok atau paling lama pun satu bulan sahaja tidak seperti mengajar ICTL untuk murid buta yang boleh dilihat perkembangannya. Mana tak bangga, murid yang buta matanya dari tak kenal keyboard boleh buka komputer, tutup komputer, buka ms word siap boleh buat table dan paste picture. Oppp, part pakai internet kena tanya Cikgu Zakaria.
Jika ada program integrasi bermasalah penglihatan dibuka di sini (Seremban) mungkin boleh aku sertai. For the time being i just can wait.
No comments:
Post a Comment