Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan akhirnya akan tiba ke penghujungnya. Tahun depan belum tentu kita berjumpanya lagi. Sebelum talian internet menjadi sibuk dan tidak boleh diakses seperti tahun lepas, aku dan mawar ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua ahli keluarga dan rakan taulan. Maafkan sekiranya ada salah dan silap.

24 ramadhan yang lalu aku mengikuti satu mesorat dan juga jamuan berbuka puasa untuk urus setia mtaq pendidikan khas di restoren sri aden di warisan puteri. Hal2 mesorat tak payahlah komen kerana memang macam2 cerita. Tapi sapa2 yang mai beraya rumah aku tahun ni boleh la merasa kuih baulu yang dihadiahkan oleh unit. Jimat duit, he he he!

Kerana mesorat habih awai, aku balik rumah dulu menjemput mawar untuk kembali ke restoren berkenaan kerana dia pula ada majlis berbuka puasa bagi meraikan persaraan penolong kanannya. Sebenarnya majlis tersebut telah dirancang beberapa minggu lebih awal dan bayaran untuk kami menghadiri majlis tersebut telah pun dilangsaikan. Walaubagaimanapun petang tu terpaksa
mawar berbuka dengan cikgu2 sekolahnya dan aku dengan urus setia mtaq.

Petang tu aku berbuka semeja dengan ketua sektor pendidikan khas dan swasta. Malam tu makanan sedap2 jugak. Antaranya ada kupang, kambing bakar (aku suka tu), ayam bakar, tauhu telur, sup tulang (sedap wooo) dan abc. Setelah ks berlalu aku pun minta diri dari kumpulan urus setia dan pergi ke majlis sekolah mawar pulak.

Agak malang untuk majlis sekolah mawar kerana setengah daripada bilik tersebut lampunya tidak menyala (macam blok ppki aku pulak, ada sebahagian lampu kipas tak berfungsi). Sungguh suram suasananya. Majlis tersebut selesai jam 9.15 malam.

Tahun ni macam tahun2 lepas aku pasang lampu minyak diesel. Asapnya berkepul2 hitam legam. Ha ha ha! Nak isi minyak tanah ia lebih mahal dari minyak v power shell tu.

Kelmarin last day sekolah (jumaat), lepas rehat ada majlis perpisahan cikgu2 praktikal dan juga seorang budak rumah anak yatim yang dah cukup umur untuk berhenti sekolah (dipindahkan ke pusat latihan pulak). Hari2 lain kehadiran tak seramai macam kelmarin kerana mentaliti budak2 ni last day cikgu2 akan bagi duit raya telah menyebabkan kehadiran menjangkau 40 orang. Hmmm, nak duit raya mai la rumah cikgu.

Menjelang hari raya ni berhati2 la di jalan raya.

No comments:

Post a Comment