Tuesday, December 29, 2015

Himpunan Waghih Abdul Hamid dan Siti Amrah

Tarikh: 13 - 14 Disember 2015
Masa: 10.00 pagi 13 Disember 2015 (mula aktiviti)
Tempat: Aslah Chalet, Pengkalan Balak Melaka

Bermula daripada mesej whatsapp Pak Long Yunus akan cadangan Pak Andak Aziz untuk menghimpunkan wagih2 Abdul Hamid dan Siti Amrah untuk barbeque simple2 di Melaka (Melaka luas, Tebong pun Melaka juga :) , cadangan tersebut telah berkembang kepada usaha mencari takar ka tempayan ka asal 40 penyamun boleh masuk menyorok. Ehhh salah, itu cerita Ali Baba Bujang Lapok. Maksud den ialah usaha mencari chalet, homestay untuk ahli2 rombongan Cik Kiah bermalam (bagi yang nak bermalam la) di Pengkalan Balak.

Kerana agak lambat membuat tempahan, (orang lain tempah dari bulan Januari) maka dapatlah menempah sejumlah bilik di Aslah Chalet beserta dengan kemudahan dewan untuk melancarkan majlis. Itu pun check in Ahad dan check out Isnin, kena la ambil cuti tahun untuk sebilangan waghih. Untuk makluman, arwah Abdul Hamid dan Siti Amrah merupakan datuk dan nenek saya (ayah dan ibu kepada emak saya) yang mana rumah (kampung asal) waghih2 ialah di Sungai Ayer Jernih, Gemencheh.

 Hanan bergambar dengan bunting. Tahun depan kita tempah banner besar dan t-shirt pulak.

Lina sedang melakukan provokasi kepada waghih2 dengan memakan ketupat palas. Gambar ini dihantar kepada group whatsapp OlekKito pada malam sebelum berlangsungnya program.
 
Oppp, tiba2 dah sampai Pengkalan Balak anak dara den ni.
 
Sir Majidi sedang membacakan doa pembuka majlis dan doa makan.
 
Amin.
 
Makan dulu, dah mendidih perut ni.

Untuk jamuan makan, waghih2 telah bergotong-royong memasak makanan speciality di rumah masing2 untuk himpunan pada kali ini. Ada rendang maman, singgang, ketupat, rendang kerang, ketupat palas, kek, ayam goreng rempah, ubi kayu rebus, macam2 :)
 
Yang Berbahagia Pak Long Yunus sedang berucap.
 
Majlis mencincang kek hari lahir.
 
Hanan dah mandi laut.
 
Faris pun dah mandi laut.
 
Permainan rebut gula2.
 
Ada yang membawa beg plastik. Mengelat sungguh.
 
Acara minum air asam. Pemenangnya memang haus time tu. Ditambah lagi dengan panik kunci bilik hilang.

Pada petang itu juga diadakan perlawanan futsal pantai bagi kaum Adam. Tak menghiraukan hujan dan ribut (kaum wanita dan anak2 dah lama pindah ke dewan), perlawanan dalam suasana ribut tu berakhir dengan kemenangan 1-0. Tak kira la sapa menang, janji gembira.
 
Dah malam dah. Kanan sekali ialah Pak Busu Khairul, tauke BBQ kita. Ada ikan keli, ayam, daging. Best betul. Tahun depan punya olek Pak Long Yunus khabarnya nak sponsor kambing pulak.
 
 Orang kuat in door game, Along Zaman.

Semua aktif melibatkan diri.
 
Pertandingan dam haji sedang berlangsung sengit. Tahun depan saya cadangkan kita main dam ular pulak, jadi kurang la muka2 serius macam dua orang kat atas ni :)

Saya meminta maaf sekiranya ada komen2 atau kata2 dalam entri ini yang mengguris perasaan mana2 pihak. Maaf juga kalau tak ada gambar yang masuk dalam entri. Ini yang sempat den rakam dengan telefon den. Kalau ada waghih yang nak tambah cerita boleh karang cantik2 dalam format ms word, tampal gambar2 juga dalam fail tu dan emel kat den. Karangan dalam whatsapp atau telegram tak mau.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan OlekKito pada kali ini. Tahun depan kita ke Cameron Highland pula? Itu cadangan yang bagus tu, tapi den bagi kat orang lain pulak jadi AJK Penginapan ye :)

3 Hari 2 Malam Di Johor Bahru Bahagian 3

Plan kita pagi ini sesudah breakfast, kita check out hotel dan pi Angry Bird Activity Park (ABAP) di tengah2 JB. Ya, Angry Bird yang lastik dalam tab Abah tu pun rupanya ada taman temanya di negara kita. Menurut salah seorang Bangla cleaner yang sempat aku bersembang semasa nak ke toilet taman tema ni, "Hari biasa tarak ramai bang. Jumaat, Sabtu, Ahad penuh. Ramai bang."

Seperti Little Big Club (LBC), taman tema ini juga bayaran bermainnya adalah berpuluh2 ringgit juga. Tidak seperti LBC yang dibuka untuk bermain sepanjang masa, ABAP ni kita boleh bermain sepanjang hari selagi kita tak potong tagnya tetapi ada dua kali break selama sejam iaitu tengah hari dan petang, semua pengunjung kena keluar. Elok la tu, beri peluang kepada bukan saja pengunjung tetapi staf juga untuk rehat, makan, urus diri dan solat.

Dalam ABAP ni tak ada ruang solat atau surau tetapi kalau kita keluar dan turun ke tingkat bawah kompleks ni ada kemudahan surau yang besar dan selesa. Bagi yang percaya kepada anak2 untuk main sendiri, ada parent lounge/menara tinjau yang membolehkan mak bapak rehat seketika dan memerhatikan anak2 bermain dari jarak yang bersesuaian.

 Tolak tak terbalik.

 Lastik besar.

 Besar sungguh burung di belakang.

 Hanan bermain Angry Bird di tab besar bagak.

 Ooo, tahun depan bilik air PPKI SMKPZ nak cat macam ni pulak. Bilik air taman tema ni selain ada tandas biasa, ada juga bilik mandi dan tandas keluarga.

 Hanan suka bermain di maze selain menaiki basikal di trek khas.

 Hanan terjun ke dalam kolam bongkah span.

 Hanim nak pegang Abah tak dapat.

 Mencuba skuter. Tempatnya tersorok sikit.

 Tempat bermain futsal pun ada.

 Telur Angry Bird yang besar.

 Hanan menyambung bongkah2 span.

 Hanim gembira bermain bola2 kecil.

 Kat pintu masuk pun ada kereta2 mainan juga.

Ni gambar ni kira dah hujung2 dah. Dah malam. Semua dah penat main.

Kami memang mengunakan sepenuhnya tempoh lawatan di ABAP ni. Bila time rehat (ABAP tutup seketika) kami ke medan makan yang terletak berhampiran. Kemudian sambung lagi bermain di ABAP hingga ia tutup seketika pada waktu petang. Dalam sibuk2 main tu sempat juga aku dan anak2 mandi-manda di bilik air ABAP ni. Memang gred A la bilik airnya. Setelah ia dibuka semula untuk sesi lepas Maghrib, kami bermain lagi di situ sehingga jam 9.00 malam sebelum check out. Memang puas la petugas2 pagar tu scan tag kat tangan kami keluar dan masuk.

Oh ya, satu lagi yang penting semasa berjalan2 ni ialah kesihatan semua ahli keluarga kita. Kasihan melihatkan satu pasangan yang dua orang anaknya sebaya dengan anak2 kami tetapi salah seorang anak mereka meragam tak sihat. Memang melolong saja anak yang sebaya Hanim tu. Mungkin demam atau sakit perut tak tahu la. Mendengarkan pertuturan pasangan tersebut, macam dari Pantai Timur. Rasanya tak lama mereka melawat ABAP, puas juga ibu bapa memujuk adik yang tak nak diam dan lebih susah lagi ialah nak ajak anak sulung untuk keluar dari ABAP kerana masih tak puas bermain. 

Sentiasalah memohon untuk kesihatan dan kesejahteraan kepada Allah. Kalau ada ahli keluarga yang tak sihat, baik batalkan saja plan jalan2, nanti bertambah lagi yang tak sihat. Oh ya, bawa bersama sanitizer dan tisu basah ke mana2 semasa berjalan2 untuk pembasmian kuman. Salah kalau kita tak berikhtiar.

Setelah check out, kami ke Kampung Majidee pula untuk makan malam. Makan Yong Tau Fu Awang dan juga Air Batu Campur Ais Krim Coklat Hershey. Ini la check point terakhir sebelum isi minyak penuh ke dalam tangki Grand Livina sebelum menuju balik ke Seremban. Hmmm, ada rezeki nanti kena beli Starex atau Estima pula rasanya, semua nak tidur baring tak muat dah...

3 Hari 2 Malam Di Johor Bahru Bahagian 2

Lambat pula nak sambung bahagian 2 (hari kedua jalan2 di JB) ni. Maaflah, dah sibuk nak naik sekolah ni kena attend mesyuarat di sekolah, pagi sampai ke petang. Lagi macam hari ni kena pergi sekolah susun semua barang2, buat kerja2 berkaitan minggu orientasi bebudak baru dan tentu sekali tulis buku rekod (taip saja sekarang ni, print, tampal).

Baiklah, pada pagi hari kedua mula2 kami turun untuk bufet breakfast kat Hotel JB Sentral ni. Makanannya amat memuaskan. Ada nasi lemak, bubur nasi, roti, mee goreng, lontong, susu, bijirin, jus oren dan jus mangga sebenar (bukan kordial seperti yang dihidang oleh sesetengah hotel). Pendek kata boleh makan sekenyang-kenyangnya.

Nasib baik ada wifi hotel, sambil makan Hanan boleh tengok Youtube.

Selesai makan, kami ke lobi (reception) hotel. Sambung menginap semalam lagi macam kami mula2 datang dulu. Rancangan menginap di Hotel Legoland dah kensel kerana bilik dah abih. Tapi keinginan untuk ke hotel berkenaan sedikit terubat kerana Hanan dan Hanim berpeluang untuk bermain2 dengan 'proksi' hotel/taman tema berkenaan di hotel ini.

Dapat raba patung dinausor lego ni pun jadi la.

Kemudian kami pun bergeraklah ke Little Big Club yang terletak di Nusajaya. Kami tiba di sana lebih kurang jam 10 pagi. Walaupun bukan hujung minggu ternyata ramai pengunjung yang datang pada hari berkenaan. Sebenarnya selain mengunjungi Little Big Club, pengunjung boleh membeli pakej tiket gabungan dengan lawatan ke Sanrio Hello Kitty yang terletak di tingkat yang lain di dalam bangunan yang sama tetapi masalahnya kedua-dua taman tema harus dilawati pada hari yang sama, tak boleh datang pada hari yang lain. Tak mesra pengunjung, kensel...

Lakonan pentas Thomas dan Leman, errr Thomas And Friends.

Anak dara den bermain di maze Bob The Builder.

Pagi itu juga kami sekeluarga berpeluang menyertai pertandingan menyusun jigsaw gergasi Bob The Builder. Dapat juga nombor dua daripada tiga pasukan yang bertanding tu. Dapatlah satu beg goodies. Dua topi Coca-Cola dalam beg goodies tu menjadi penghuni tetap di cermin belakang Toyota Vios J aku sekarang :) 

Hanan bermain ping pong di Bilik Pingu.

Selain mempunyai tempat bermain bertemakan Bob The Builder, ada juga Thomas And Friends, Pingu, dan Angelina. Paling best tak ada had masa berapa lama nak bermain dan berapa kali nak main di sini. Padanlah dengan bayaran yang dikenakan.
 
 Best naik helikopter ni. Hanan naik 3 ka 4 kali. Ada tombol untuk naik ke atas dan turun ke bawah.

Pertunjukkan drama pentas Barney And Friends. Kalau bebudak PPKI datang mesti penuh atas pentas tu dengan cikgu2 dan ppm2 sekali naik joget. Kepala Barney tu nanti bebudak PPKI cabut bawak lari.

Minum susu setelah berjam2 main. Ini Hanan minum di bawah salah satu wakaf kat area Barney.

Pertunjukkan drama pentas Bob The Builder sedang berlangsung.

Bukan senang nak ambil gambar dia ni. Ni dah tahap kepenatan la ni.
 
Little Big Club ni ada dua tingkat. Selain daripada gambar2 di atas ada beberapa lagi permainan ala funfair seperti naik keretapi berpusing2, feris wheel, bumper car dan bas. Pendek kata, kalau anak2 anda sanggup bermain dari check in pukui 10 pagi hingga la ke petang memang tak rugi datang.
 
Dalam pukui 4 lebih kami pun keluar dari Little Big Club. Tiba masanya untuk mencari Murtabak Singapore mana yang sedap nak dimakan pada petang ini? Cari dalam Internet katanya ada satu di Dataran JB. Tengok dalam Waze ni di Jalan Lingkaran berhampiran Hospital Sultanah Aminah. Harga bermula dari 6 ke 7 ringgit untuk murtabak yang biasa hinggalah hampir 20 ringgit untuk murtabak gergasi specialnya. Aku beli bungkus dua, satu yang biasa dan satu yang special. Yang special tu rupanya di kulit luar murtabak dipecahkan telur ayam dan ditaburkan serunding daging. Fuh, memang makanan berkolestrol tinggilah tuan2 dan puan2. Takpa, bukan selalu. Kalau tumbang pun hospital kat sebelah saja :)

Friday, December 18, 2015

3 Hari 2 Malam Di Johor Bahru Bahagian 1

Cuti sekolah kali ini lain macam sikit, tak seperti cuti sekolah yang sebelumnya, kali ini orang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk berjalan-jalan bagi membalas dendam terperap di dalam rumah semasa bencana jerebu yang lalu. Tauke-tauke hotel dan taman tema tersenyum kerana bilik-bilik penginapan penuh sepanjang bulan dan permainan-permainan bergerak tak henti-henti. Ada tauke hotel dan taman tema yang mengambil peluang menaikkan harga kononnya musim cuti dan juga kerana kejatuhan nilai ringgit. Aku nyaris jatuh terduduk mendengar kenaikkan harga di reception sebuah hotel ikonik dan kaunter tiket taman tema permainan di Nusa Jaya. :(

Kita biarkan tauke-tauke seronok menghitung laba yang dikutip. Apa yang aku nak ceritakan di sini ialah pengalaman membawa keluargaku yang seramai empat orang ni berjalan-jalan di Johor Bahru baru-baru ini, awal Disember setelah tamatnya Mawar menjaga SPM tahun ini. Mmm, planningnya ialah:
Hari pertama: Bertolak pagi. Masuk Zoo Johor. Menginap Hotel Sentral.
Hari kedua: Menginap Hotel Lego Land.
Hari ketiga: Check out hotel tengah hari. Pergi Little Big Club dan Sanrio Hello Kitty. Menginap Hotel Sentral
Hari keempat: Check out hotel. Pergi Angry Bird Theme Park. Balik Seremban.

Kita merancang tetapi Allah juga yang menentukan. Hari pertama perjalanan kami pun sampailah ke Zoo Johor. Best zoo ni. Parking kereta kat luar zoo tu free saja. Tiket masuk dewasa cuma RM2 dan kanak-kanak RM1.






Dalam gambar di atas, Hanan sedang makan di salah sebuah gerai makan yang ada di dalam Zoo Johor. Makanan yang best di sini ialah rojak buahnya. Harga makanan adalah berpatutan.





Zoo ni aku tengok koleksi haiwannya ada banyak juga. Janganlah mengharapkan yang bukan-bukan seperti penguin atau panda dengan bayaran RM2 sekali masuk. Yang bestnya zoo ni ada kolam yang mana kita boleh naik bot kayuh. RM5 kot kalau tak salah untuk 15 minit. Hanan tak melepaskan peluang untuk naik bot tu. Mana boleh tak naik, dari masuk zoo lagi dah tarik tangan aku ke arah bot tersebut. Maka naik la kami berdua. Hanim dan Mawar tunggu kat tepi.





Hanan nak kayuh kaki tak sampai, abah la yang penat kayuh bot. Kalau tengok betul2 dalam gambar di atas boleh nampak Hanim dan Mawar duduk kat bawah pondok tu.





Hanan dalam gambar di atas bergambar dengan burung kakak tua.Sebut tentang bergambar, di pintu masuk zoo ini ada perkhidmatan jurugambar profesional yang akan merakam gambar anda apabila mula-mula masuk ke dalam zoo. Kerana harganya amat berpatutan (mungkin hari biasa, klien tak ramai, tak boleh la letak harga yang bukan2) maka kami beli saja gambarnya pada hari itu.

Hanan selesai main bot, hujan pun turun dengan lebat. Petang itu patutnya nak round zoo dengan lebih lama lagi tetapi apa yang berlaku ialah Hanan main hujan dalam zoo tu sambil abah, umi dan Hanim berteduh bawah wakaf. Orang-orang Johor dan pengunjung zoo menjadi saksi melihat betapa gembiranya seorang budak lelaki berusia empat tahun mandi hujan dengan girangnya. Mana la mak bapaknya biar anak main hujan. He he he!

Memandangkan masa masih panjang kerana nak pusing-pusing zoo pun dah tak boleh kerana hujan yang turun lebat maka kami pun keluar daripada zoo. Apa kata kita drive ke Nusa Jaya, tengok tempat nak main nanti iaitu Little Big Club dan juga Hotel Lego Land.

Oh ya, sebelum cerita lebih panjang lagi, nak bagi kredit sikit kepada Waze. Kali ni semua destinasi disimpan siap-siap dalam Waze di bahagian Favourites. Alhamdulillah, walaupun kadang-kala menda ni jadi mengong kerana tiada isyarat satelit kerana hujan, dia tetap berjaya guide kami ke destinasi yang dituju walaupun tiba-tiba lalu di belakang lorong rumah kedai dan tempat yang sunyi. Sekurang-kurangnya tak ada la dia suruh kami masuk ke jalan trafik bertentangan seperti Lookato beberapa tahun dulu.

Bila sampai di depan bangunan berwarna merah Sanrio Hello Kitty dan Little Big Club, hati berkata ooo ini la tempatnya yang PPKI SMKPZ nak pi hari tu tapi tak jadi kerana jerebu. Sekeliling kawasan nampak eksklusif. Tak ada kelihatan warung-warung kecil di tepi-tepi bangunan-bangunan besarnya seperti di Kuala Lumpur. Memang kawasan pembangunan terancang sementelah lagi pusat pentadbiran kerajaannya turut ditempatkan di sini.

Dalam pada itu kami mencuba nasib kot-kot ada bilik kosong di kedua-dua hotel yang ada bersebelahan dengan Sanrio Hello Kitty dan Little Big Club pada petang hari Selasa tu. Tau apa jawapannya. Semua bilik habis puan. Selain faktor cuti sekolah, kemungkinan bilik habis dihuni oleh operator-operator Karnival Iskandar yang bakal berlangsung di lokasi berhampiran. Melepas...

Dari situ kami dipandu Waze ke Hotel Lego. Ooo ini rupanya hotel yang gah diiklankan dalam tv dan menjadi idaman Hanan untuk dilawati. Kalau ikut perancangan awal, hotel ni hanya akan kami check in pada hari kedua, tapi saja cuba nasib nak tengok bilik apa yang ada. Ruang lobi hotel memang penuh dengan guest. Budak-budak yang main lego di kolam-kolam lego toksah cerita la, memang meriah. Tu yang sampai ada guest curi bawa balik patung-patung lego nak buat kenangan.

"Bilik yang tinggal cuma yang RM1300 lebih saja encik untuk hari ini. Mulai esok, bilik semua penuh sampai hujung bulan 12," merupakan jawapan receptionist. Tu dia aih, habih semua bilik. Kalau ikut kemampuan memang boleh saja bayar RM1300 tu dan check in petang tu tapi rasa rugi pula kerana melihatkan jam sudah 5.00 petang maka sudah rugi 3 jam tempoh penginapan. 3 jam nilainya amat besar kerana di situ ada masa yang sepatutnya Hanan mandi-manda di kolam renang hotel dan juga bermain di kolam-kolam lego kat lobi hotel tu.

Konsep aku, kalau bermalam di hotel mahal ialah kita guna kemudahannya sepenuhnya dari seawal-awal check in sampai la ke hujung check outnya seperti kami buat di Grand Lexis dulu. Sorilah Hanan, tahun depan kita cuba masuk tepat2 waktu check in. Bilik dah abih pun untuk kali ini. :( 

Dengan rasa sedikit kekecewaan, Waze kemudian memandu kami ke Hotel Sentral JB. Dengan bayaran sewa RM150 satu malam siap dengan breakfast buffet, aku dapati hotel ini adalah yang terbaik setakat ini di JB. Ada kolam kecil di tingkat dua untuk mandi-manda.

Thursday, October 15, 2015

Teringin Nak beli,sambil 2 anta anak Sekolah,anak duk depan boleh ke?

Oh, kalau saudara nak menggunakan skuter dengan salah seorang anak saudara duduk di bahagian hadapan, pada pendapat saya ia agak merbahaya kerana tidak seperti Suzuki V100 atau SYM200, binaan kerangka PCX 150 berbonggol dan ada tempat mengisi minyak petrol di situ.
Setakat ini kalau saya membawa Hanan di bahagian hadapan tu, hanya ronda2 dalam taman perumahan sahaja. Kalau membawa dia keluar ke jalan besar, dia akan duduk di belakang dan memakai topi keledar. Kerana diri sendiri pun dah cacat tangan kiri kerana accident motor dalam dekad 90an dulu maka saya tak boleh memaafkan diri sendiri sekiranya mengakibatkan kecederaan kepada anak sendiri pula.
Honda menyatakan bahawa rekaan kerangka berbentuk tiub adalah kukuh semasa menghadapi kemalangan secara pertembungan secara berhadapan namun saya sendiri tidak berani untuk membuktikan apa yang Honda kata itu betul dengan PCX saya.
Ha ha ha! Semoga dapat menjawab pertanyaan saudara.

Sunday, September 13, 2015

Waktu ni 4 tahun lalu...

Waktu tengah malam ini empat tahun yang lalu (13 September 2011) seorang bakal abah sedang mundar-mandir di luar wad bersalin HTJ. Mati akal tak tahu apa yang bakal berlaku kepada isteri dan anak yang dikandungnya yang baru berusia 7 bulan.
Pada awal pagi 12 September 2011, dia dikejutkan dengan pemberitahuan oleh isterinya bahawa berlaku pendarahan di 'bawah sana' seperti yang lazim berlaku beberapa kali sebelum ini.
Dia pada awal pagi 12 September 2011 sepatutnya telah bertolak dengan kereta Wira legendnya ke Cherating bagi menghadiri satu mesyuarat. Beg dah siap masuk kereta dah pun. Beg dikeluarkan semula. Katil di dalam bilik bawah tepi dapur tu diheret ke ruang tamu kerana instinct bakal abah tahu sesuatu yang besar bakal berlaku tak lama lagi.
Dia pada petang 12 September 2011 tu telah membawa isterinya ke Klinik Bersalin Rekha, Seremban. Bila diimbas imej bayi dalam kandungan, doktor berkata wajahnya 'sejibik' macam abahnya. Salah satu tapak tangan bayi di bawah dagu, persis orang sedang memikirkan sesuatu. Doktor berpesan kalau pagi esok tak berhenti pendarahan cepat-cepat pergi hospital.
Dan Isyak malam itu seorang bakal nenek tiba ke rumah mereka, dibawa oleh seorang bakal pakcik. Bakal nenek sangat susah hati kerana telahan bunga siti fatimah yang direndamnya telah kembang, menyatakan bahawa anak perempuannya bakal bersalin tak lama lagi.
Dalam nak ikut tak ikut kata bakal nenek yang susah hati, pergilah mereka semua ke Hospital KPJ malam tu. Doktor di wad kecemasan check lebih kurang, terus menasihatkan pergilah ke hospital besar. Kalau apa-apa berlaku kami pun akan pindahkan puan ke sana juga. Nak naik ambulan atau pergi sendiri? Kalau hantar dengan ambulan RM300.   
Maka bakal abah yang merupakan driver OKU tu menekan pedal minyak serapat yang mungkin malam tu. Bila sampai di depan wad bersalin, setelah beberapa ketika diperiksa oleh doktor, bakal umi kemudian menyatakan kepada bakal abah. Nak balik ke tak? Katanya tak ada apa2. Tapi doktor kata boleh bermalam untuk pemantauan kerana dah tengah malam. Besok pagilah balik.
Bakal abah dan bakal nenek pun baliklah ke Taman Bukit Galena. Dalam hati bakal abah sedikit gembira kerana doktor kata tak ada apa2, pagi besok atau tengah hari discaj la tu.
Jam 8.00 pagi 13 September 2011, bakal abah menghantar satu beg mengandungi pakaian untuk bakal umi pakai semasa discaj tengah hari nanti. Menurut kata sekuriti, letak beg sahaja lepas tu keluar, bakal abah tak syak apa2 pun yang berlaku bila melihat katil bakal umi kosong. Pergi bilik air la tu.
Bakal abah kemudian pergilah bersarapan pagi. Tiba-tiba bakal abah dah menjadi abah lebih awal rupanya apabila umi menelefon memberitahu dia telah pun bersalin jam 7.05 pagi tadi.
Selamat harijadi Abdul Hanan. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah. Moga menjadi insan yang berguna.

Abdul Hanan dan abah bergambar kenangan di hadapan bendera Malaysia yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Rumah kami menang tempat ketiga Pertandingan Mengibar Jalur Gemilang peringkat KRT Taman Bukit Galena Fasa 4 Tahun 2015. Nak tengok datanglah rumah. 16 September ni last day, lepas tu semua bendera akan disimpan.

Sunday, August 30, 2015

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 58

Den dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 58 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga Malaysia kekal aman, sejahtera dan merdeka.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Thursday, July 30, 2015

Siapa yang harus jadi perdana menteri?



Tentang tan sri muhyiddin yasin disingkirkan sebagai timbalan perdana menteri bukan menjadi satu isu yang ingin aku sebelahi sesiapa di blog ini. Di sini aku cuma ingin berkongsi salah satu aktiviti latihan dalam kumpulan (ldk) yang aku ikuti semasa kursus kenegaraan anjuran biro tatanegara pada penghujung bulan September 1999 di kampung gajah, perak iaitu salah satu kursus yang wajib diikuti oleh penuntut2 universiti untuk grad pada ketika itu.

Di dalam ldk tersebut (kumpulan2 kecil yang terdiri daripada 10 orang kalau tak silap), kami diberi sekeping kertas a4 kosong setiap orang. Arahan fasilitator ialah, “Kalau kamu diberikan kuasa untuk memilih dan membentuk kabinet kerajaan negara ini, agihkan di kalangan ahli-ahli kumpulan kamu ini siapa yang harus jadi perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri kewangan, menteri pertahanan sehinggalah habis jawatan2 itu diagihkan. Kamu diberi masa 10 minit dan tidak boleh berbincang sesama ahli2 kumpulan.”

Maka kami pun ditinggalkan oleh fasilitator untuk memilih kabinet masing2. Dalam kumpulan kami ada seorang ahli lelaki Melayu (oh, tak perlu sebut kaum, memang pada masa itu semua yang pergi kursus dengan aku ni orang kita semuanya, tak ada kaum lain) pelajar kejuruteraan yang memang kami lantik dia jadi ketua kumpulan, aku tulis/assign sebagai perdana menteri (PM). Penolong ketua kumpulan kami iaitu seorang wanita pula aku tulis sebagai timbalan perdana menteri (TPM). Aku sendiri aku tulis jadi menteri pertahanan (time tu gila main red alert, sungguh naif akal budak universiti...). Ahli-ahli yang lain aku tulis sebagai menteri ikut kemahiran atau sifat apa yang aku kenal dalam masa beberapa hari tu.

Selesai 10 minit, fasilitator pun datang balik dan menyuruh kami membentang pilihan masing2. Masing2 pun bentanglah kenapa kabinet mereka dibentuk dengan sekian, sekian ahli kumpulan dilantik menjadi menteri2 tertentu dengan alasan2 masing2. Yang bestnya tu boleh dikatakan hampir semua ahli kumpulan melantik ketua kumpulan menjadi PM dan penolong ketua kumpulan menjadi TPM. Alasannya macam2, berbakatlah, prihatinlah, berpandang jauhlah, yelah dah boleh diharap.

Selesai semua pembentangan, maka fasilitator pun memulakan ulasan. Yang patut jadi PM itu ialah kamu sendiri. Kenapa kamu nak serahkan kuasa memerintah kepada orang lain? Kalau kamu serah kuasa kepada orang lain apa yang kamu boleh lakukan apabila orang yang kamu serahkan kuasa itu menindas kamu?

Aku ingat lagi penolong ketua kumpulan bangkit menjawab, “Saya lantik dia (ketua kumpulan) sebagai PM kerana saya rasa dia yang paling layak. Saya lantik diri saya sebagai menteri kewangan kerana sebagai penuntut jurusan kewangan, saya lebih mahir menjalankan tugas tersebut.”

Kemudian fasilitator menangkis balik hujah penolong ketua kumpulan dengan menyatakan bahawa bukan masalah kemahiran yang timbul di sini, yang utama sekali ialah kita mempertahankan kuasa yang diberi kepada kita selagi terdaya dan selagi kita hidup.

Dalam kes PM kita, apa yang beliau buat untuk mempertahankan jawatannya sebagai PM adalah contoh aplikasi ldk di atas. Walau apa pun isu yang timbul (beliau salah atau betul, saya tidak tahu dan tidak berani ulas) dengan jangka masa pilihan raya yang masih lagi jauh iaitu 2016 atau 2017, apa2 tindakan yang betul dan wajar bagi mempertahankan kuasa sehingga tibanya pilihanraya umum perlulah diambil atau ditangani sebaiknya.

Nak tahu siapa yang tulis diri sendiri jadi PM? Hanya ketua kumpulan kami...
 
Fasilitator tu lupa nak beritahu kami satu benda pagi tu, sebagai PM, ketua kumpulan boleh pecat kami semua daripada kabinetnya untuk digantikan dengan menteri2 baru dan bukan sebaliknya.

Monday, July 27, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di kesempatan ini aku, mawar, hanan dan hanim ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua yang mengenali kami.
Semoga bulan syawal yang mulia ini memberikan peluang kepada kita untuk terus semangat beribadat seperti di bulan ramadhan yang lalu.
Raya selama sebulan, ambillah peluang untuk saling berkunjung sanak saudara yang masih ada, tahun depan belum tentu kita dapat berjumpa lagi.
Kurangkan minum minuman berais, sakit tekak, tonsil, demam dan macam2 komplikasi mungkin timbul.
Kurangkan makanan manis dan berlemak, bila dah sakit semua orang akan susah.


Raya kali ni kami beraya di taman indah jaya, petaling jaya dulu. Kemudian sambung raya di padang kemunting, melaka pula melawat saudara mara sebelah mawar.
Malam ahad sambung beraya di pendang pula melawat satu2nya mak saudara yang tinggal dan sepupu2 ku pula.
Raya haji belum tentu beraya di mana lagi. Tengok tahap kesihatan dan juga budget yang ada.

Friday, June 19, 2015

Gigi Hanim sudah dua



Apa khabar semua? Bagi cikgu2 dan budak2 sekolah apa yang anda telah buat sepanjang cuti dua minggu ni? Harap2 benda yang berguna. Ada yang pada mula cuti terlibat dengan perkampungan ilmu, ada juga yang terlibat dengan sukan mssm. Kalau kat center court berhampiran dengan stadium paroi ada pertandingan bola tampar mssm. Seminggu juga berkampung dari 5 jun hingga 12 jun tu.

Bagi aku pulak masa awal cuti iaitu hari sabtu mula cuti tu terlibat bawa bebudak ppki ni pi program jati diri di rantau agro park. Tak mau cerita panjang, kalau nak tau lebih lanjut boleh pi di ppkismkpz.blogspot.com . Best la jugak program tu. Ada ice breaking, alah program kenal2 nama tu, “Nama saya Azlan, nama saya masa zaman budak sekolah dulu Lan, saya lahir bulan Februari. Nama kawan sebelah saya ni dot dot, nama dia masa zaman budak sekolah dulu dot dot, dia ni lahir bulan dot dot. Nama kawan sebelah dia pula...” Begitulah program ice breaking, sejak dulu time sekolah pun memang ada sesi macam tu.

Hari isnin, selasa dan rabu pula terlibat jadi panel pembaca luar untuk salah satu buku teks keluaran tahun 2016 dewan bahasa dan pustaka. Merasa la tidur hotel. Kesian juga yang di rumah tu tinggal bertiga tetapi leceh pula bawa balik manuskrip buku teks tu ke rumah, nak baca, nak tulis report, besok pagi subuh2 lagi dah nak ke kl pula lagi. Tinggal la tiga orang kesayangan tu di rumah.


Boleh tahan gigitan gigi dua batang Hanim.


Selesai mesorat, esoknya tu kami berempat ke bandar raya melaka. Ini kali ketiga dah pi tahun ni setelah kali pertama pi bawa bebudak ppki ‘membuat lawatan kerja’ ke bandar raya melaka dan kali kedua pula mesyuarat dengan salah satu agensi kerajaan (syukur, dah lama tidak bermesyuarat di gudang petai yang dah bangkrap seperti ujar arwah mahmud june di dalam cerita masam2 manis).

Masa sampai pagi tu kami singgah di taman rama2 dulu. Nama saja taman rama2 tetapi ada banyak menatang lain juga untuk di tengok seperti buaya, burung unta dan ular. Aku pakai kad oku aku, dapat la diskaun sikit untuk tiket. Hanan bukan main suka lagi dapat bagi makan kat ikan koi tu, alah macam satu gambar yang dato najib kita gembira bagi makan ikan koi tu. Lebih kurang sama la kegembiraannya, Cuma aku tak tau Hanan tu masa depannya jadi PM Malaysia ka tidak. Takdir Allah kita tak tahu. Macam kata Master Yoda, “The future is hard to see. Always changing.”


Ini gambar rama-rama kat rumah.

  
Hotel pilihan untuk menginap kali ini ialah Hotel Swiss Garden. Setakat ini ia adalah bangunan tertinggi di bandar raya melaka tu. Nak minta diskaun pakai kad vle frog smk seremban jaya 2 memang tak laku, pakai kad oku nak minta diskaun pun tak laku, bayar la rm300 lebih sekali dengan breakfast. Bilik hotel kira memang padan la dengan harga yang dibayar. Ada pelbagai kemudahan standard yang kita jangkakan dengan bayaran sedemikian tapi tak boleh lawan la hotel grand lexis port dickson hari tu yang aku bayar rm700 lebih.

Hotel swiss garden ni yang bestnya di tingkat 9 tu ada kolam mandi yang sesuai untuk kanak2. Ada gelongsor air, meriam air, jakuzi dan sesapa yang nak ke jimnasium, ada jimnasium di tengah2 kolam. Hanan macam biasa mula2 takut dengan air terjun yang ada di kolam tu tetapi bila dah lama nak ajak naik bilik pun tak mau. Hanim yang bergigi dua batang tu bukan main suka lagi tengok abangnya main air.

Hotel ni juga ada beberapa tingkat di bawahnya kalau tak salah tingkat dua, satu dan ground floor adalah merupakan shopping compleks. Tingkat dua ada medan makan gerai2 makanan cina. Tingkat satu ada akuarium ikan (kena bayar tapi ada diskaun tiket untuk oku) dan tingkat bawah sekali ada Tangs, nandos, korea steamboat dan beberapa kedai lagi la.

Parking hotel ni free, iaitu di dalam bangunan maka tak perlu risau kena hujan. Bagi kereta aku yang ada emblem kurniaan Sultan Kedah (lambang oku) ada parking khas di depan lobi hotel siap ada guard lagi keh, keh, keh! “Barangkali kamu tidak suka akan sesuatu tetapi ia baik untuk kamu.” Syukur mudah dapat parking walaupun oku.   

Waktu malam pula di depan lobi hotel ada pertunjukkan air pancut berwarna-warni diiringi muzik. Banyak kereta yang berhenti dan ambik gambar kat situ. Berdekatan dengan hotel ini juga ialah sungai melaka. Ada tempat pejalan kaki khas di tepi sungai dan kita boleh lihat bot2 river cruise yang membelah sungai ini. Ada juga mini fun fair tepi sungai tu tetapi memandangkan hanan dah mengantuk dan hanim dah lama tidur dalam dukungan aku maka jalan2 malam tu sekejap saja.

Breakfast pagi esoknya ialah di garden terrace. Memang mewah la makanan dan padan dengan bayaran rm50 untuk seorang dewasa tu. Nak masuk makan sampai kena beratur la kerana nak pastikan semua tetamu dapat tempat duduk.

Selesai breakfast, aku bawa hanan pi mandi kolam lagi di tingkat 9 hotel. Bila dah checkout waktu tengah hari, kami berempat pi tengok ikan pulak di akuarium di tingkat satu tu. Kalau nak banding dengan akuaria di klcc tu memang apa yang boleh dilihat di sini adalah sedikit tetapi ada aktiviti tambahan iaitu mengumpul cop2 dari satu stesen ke stesen yang lain. Dapat la dua key chain tengah hari tu.

Apa lagi be, datang le ke melaka.