Tuesday, December 29, 2015

3 Hari 2 Malam Di Johor Bahru Bahagian 2

Lambat pula nak sambung bahagian 2 (hari kedua jalan2 di JB) ni. Maaflah, dah sibuk nak naik sekolah ni kena attend mesyuarat di sekolah, pagi sampai ke petang. Lagi macam hari ni kena pergi sekolah susun semua barang2, buat kerja2 berkaitan minggu orientasi bebudak baru dan tentu sekali tulis buku rekod (taip saja sekarang ni, print, tampal).

Baiklah, pada pagi hari kedua mula2 kami turun untuk bufet breakfast kat Hotel JB Sentral ni. Makanannya amat memuaskan. Ada nasi lemak, bubur nasi, roti, mee goreng, lontong, susu, bijirin, jus oren dan jus mangga sebenar (bukan kordial seperti yang dihidang oleh sesetengah hotel). Pendek kata boleh makan sekenyang-kenyangnya.

Nasib baik ada wifi hotel, sambil makan Hanan boleh tengok Youtube.

Selesai makan, kami ke lobi (reception) hotel. Sambung menginap semalam lagi macam kami mula2 datang dulu. Rancangan menginap di Hotel Legoland dah kensel kerana bilik dah abih. Tapi keinginan untuk ke hotel berkenaan sedikit terubat kerana Hanan dan Hanim berpeluang untuk bermain2 dengan 'proksi' hotel/taman tema berkenaan di hotel ini.

Dapat raba patung dinausor lego ni pun jadi la.

Kemudian kami pun bergeraklah ke Little Big Club yang terletak di Nusajaya. Kami tiba di sana lebih kurang jam 10 pagi. Walaupun bukan hujung minggu ternyata ramai pengunjung yang datang pada hari berkenaan. Sebenarnya selain mengunjungi Little Big Club, pengunjung boleh membeli pakej tiket gabungan dengan lawatan ke Sanrio Hello Kitty yang terletak di tingkat yang lain di dalam bangunan yang sama tetapi masalahnya kedua-dua taman tema harus dilawati pada hari yang sama, tak boleh datang pada hari yang lain. Tak mesra pengunjung, kensel...

Lakonan pentas Thomas dan Leman, errr Thomas And Friends.

Anak dara den bermain di maze Bob The Builder.

Pagi itu juga kami sekeluarga berpeluang menyertai pertandingan menyusun jigsaw gergasi Bob The Builder. Dapat juga nombor dua daripada tiga pasukan yang bertanding tu. Dapatlah satu beg goodies. Dua topi Coca-Cola dalam beg goodies tu menjadi penghuni tetap di cermin belakang Toyota Vios J aku sekarang :) 

Hanan bermain ping pong di Bilik Pingu.

Selain mempunyai tempat bermain bertemakan Bob The Builder, ada juga Thomas And Friends, Pingu, dan Angelina. Paling best tak ada had masa berapa lama nak bermain dan berapa kali nak main di sini. Padanlah dengan bayaran yang dikenakan.
 
 Best naik helikopter ni. Hanan naik 3 ka 4 kali. Ada tombol untuk naik ke atas dan turun ke bawah.

Pertunjukkan drama pentas Barney And Friends. Kalau bebudak PPKI datang mesti penuh atas pentas tu dengan cikgu2 dan ppm2 sekali naik joget. Kepala Barney tu nanti bebudak PPKI cabut bawak lari.

Minum susu setelah berjam2 main. Ini Hanan minum di bawah salah satu wakaf kat area Barney.

Pertunjukkan drama pentas Bob The Builder sedang berlangsung.

Bukan senang nak ambil gambar dia ni. Ni dah tahap kepenatan la ni.
 
Little Big Club ni ada dua tingkat. Selain daripada gambar2 di atas ada beberapa lagi permainan ala funfair seperti naik keretapi berpusing2, feris wheel, bumper car dan bas. Pendek kata, kalau anak2 anda sanggup bermain dari check in pukui 10 pagi hingga la ke petang memang tak rugi datang.
 
Dalam pukui 4 lebih kami pun keluar dari Little Big Club. Tiba masanya untuk mencari Murtabak Singapore mana yang sedap nak dimakan pada petang ini? Cari dalam Internet katanya ada satu di Dataran JB. Tengok dalam Waze ni di Jalan Lingkaran berhampiran Hospital Sultanah Aminah. Harga bermula dari 6 ke 7 ringgit untuk murtabak yang biasa hinggalah hampir 20 ringgit untuk murtabak gergasi specialnya. Aku beli bungkus dua, satu yang biasa dan satu yang special. Yang special tu rupanya di kulit luar murtabak dipecahkan telur ayam dan ditaburkan serunding daging. Fuh, memang makanan berkolestrol tinggilah tuan2 dan puan2. Takpa, bukan selalu. Kalau tumbang pun hospital kat sebelah saja :)

No comments:

Post a Comment