Monday, July 25, 2016

Berkunjung Dan Dikunjungi

Raya dan rumah terbuka masih ada lagi. Aku berani jamin dah abih raya pun nanti akan ada lagi yang akan buat rumah terbuka. Alah, macam lagu raya tu kata kita beraya sampai berbulan2.
Kelmarin (23 Julai, Sabtu) paginya kami beraya di sekolah Hanan. Wah, sungguh meriah. Selain ada makanan yang sekolahnya sediakan, ada pelbagai makanan yang turut disumbang oleh para penjaga. Tak ada pulak penjaga sumbangkan air gas macam yang budak2 PPKI aku bawa masa program hari raya di sekolah beberapa hari yang lalu. Keh keh keh!

Tertinggal pulak galah selfie.
 
Kemudian kami ke Senawang pulak, beraya di rumah Mak Busu Nor. Kira makan pangkallah, tuan rumah tengah baru nak susun2 barang. Dapatlah makan laksa dan bakso.
 
Kalau kat kampung di Gemencheh dah sah main pasir ni.

Kemudian kami balik beraya di PJ. Beraya dengan nenek, pakcik dan keluarga Abang Farhan. Malamnya balik ke Seremban kerana pagi Ahad, sekolah Mawar mengadakan sukan tahunan.

Pada Maghrib hari Ahad tiba pula kunjungan keluarga Mak Ngah. Hanya cucur udang dan kuah kacang menjadi hidangan utama. Lain kali kita golek kambing pulak ya! Terima kasih kerana sudi berkunjung.

Hanan dan Hanim bersama kakak-kakak sepupu mereka.

No comments:

Post a Comment