Serba sederhana.
Solat sunat Aidiladha di Surau Al-Hukummiah. Abang Farhan iaitu sepupu kepada Hanan sedang bertakbir raya.
Sempat lagi berposing.
Ehhh, ni dah balik ke rumah dah :)
Ini testing setting makro kamera dslr Canon EOS. Ini gambar bunga pokok mangun.
Ada labah-labah buat sarang di antara pokok mangun dan pokok cili bara fertikasi.
Hanim main kamera telefon Abah. Ini dalam perjalanan balik ke Pendang dah ni.
Berhenti rehat di RNR Tapah. "Kurang ajar sungguh, sapa parking kereta Civic kat parking khas OKU tu haaa?" Apa ingat OKU miskin sangat ka? Kami pun mampu pakai kereta mahal la.
Minum coconut shake dan makan putu bambu.
Dah sampai Pendang. Hanan tengah tidur di kerusi Tuk.
Uncle pergi mana2 selalu bawa sleeping bag ni. Senang nak tidur. Mengurangkan kesan susah tidur beralih tempat.
Walaupun cuti pendek, kami berempat balik juga ke Pendang untuk menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki Uncle iaitu Amin Budin. Amin telah berkahwin dengan pilihan hatinya yang bernama Nurshapika Adila pada pagi Khamis 15 Ogos 2019 di Masjid Al-Hasanah, Mergong. Pagi tu 3 pasang diakad nikahkan serentak. Selesai akad nikah, kami berempat menghadiri pula kenduri sebelah rumah pengantin perempuan.
Nak pi makan kenduri check darah dulu. Ni pakai tester Tuk. Kalut nak berjalan, ubat dan tester semua habih tertinggal kat rumah :)
Di dewan serbaguna Masjid Al-Hasanah.
I have two mums, two brothers and eight sisters :) Anak buah? I lost count heh heh heh...
Sempat juga merakam gambar si Hanim ni.
Tab penghubung silaturahim.
Wah, kat luar hujan lebat. Best la pengantin malam ni sejuk.
Semoga berbahagia hingga ke Jannah.
Fuh, mana depa tau kuih apam lenggang ni feveret arwah Tuk Wan Ahmad ha?
Semoga berbahagia!!!
Hanim bergambar dengan Mak Su Ain sebelum pulang ke Seremban.
Dalam perjalanan pulang ke Seremban, kami singgah bermalam di Swiss Garden Lumut. Sori la, tak sempat susun pulak gambarnya. Hanan dan Hanim kalau nak buat assignment Kajian Tempatan ka apa ka, pandai2 la hangpa pilih nooo.
Makan aiskrim setelah penat mandi.
Turun mandi pantai.
Ooo ada obor2.
Sunset di Lumut.
Sarapan pagi. Makan siap bersudu garpu bagai :)
Mandi kolam lagi.
Ni gambar di balkoni bilik.
Di lobi hotel.
Malam2 pun pakai topi koboi lagi ka?
Ada wayang pacak waktu malam.
Roti bakar arang.
Check out. Ada rezeki kita datang lagi.
Setelah check out, kami terus ke Prince Court Medical Center untuk melawat Kak Yati iaitu biras Uncle yang merupakan isteri kepada Abang Isa iaitu abang kepada Mawar.
Dari Swiss Garden ke Prince Court Medical Center
Hanan minum air di ruang legar hospital.
Dah sampai rumah kena la pergi dobi, basuh toto. Mesin basuh rumah tak muat.
Peh, kedai dobi ada sijil halal JAKIM.
Kerusi roda baru Tuk :)
Pada minggu selepas cuti sekolah, kami kehilangan Kak Yati yang telah menyambut panggilan Ilahi. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment