Monday, March 30, 2020

Tugasan 1 Matapelajaran Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan Kelas Permata Barakah

Tarikh: Rabu, 1.4.2020

Tugasan 1: Pergerakan Berirama Tarian Joget & Tarian Sumazau

Fahaman bahawa waktu PJ adalah waktu untuk bermain bola sepak sudah pun lapuk ditelan zaman. Untuk pengetahuan para penjaga, di dalam mata pelajaran PJPK Kefungsian Sederhana KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 1 turut menyelitkan apresiasi terhadap seni budaya rakyat negara kita iaitu mempelajari Tarian Joget dan Tarian Sumazau.

Melalui tugasan ini, murid dikehendaki berlatih menari berdasarkan dua pautan seperti di bawah.

1. Contoh Tarian Joget

2. Contoh Tarian Sumazau

Satu ujian penguasaan kemahiran menarikan Tarian Joget dan Tari Sumazau akan diadakan apabila sekolah dibuka nanti.

Terima kasih di atas kerjasama para penjaga.

Cikgu Noor Azlan

No comments:

Post a Comment