Monday, July 25, 2022

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021

2.30 petang, Khamis, 21 Julai 2022, Pusat Dakwah Islam, Paroi.

Alhamdulillah tahun ni kami berdua direzekikan menerima APC untuk tahun 2021. APC ni sebenarnya kalau dapat sekali seperkhidmatan sebenarnya sudah beruntung benar. Bila suami dan isteri dapat pada tahun yang sama di dalam majlis yang sama, lagilah rare kata Pak Nujum Belalang :)

Kalau sorang2 saja yang naik terima mungkin Uncle tak balik daripada mesyuarat buku teks bersama DBP di Kuala Lumpur nuuu. Tetapi pasai girlpren Uncle pun dapat sama, Uncle pun mintak la excuse daripada pihak DBP. 

Dulu first time masa girlpren Uncle dapat APC, kat sini juga. Uncle jadi driver Grab saja. Ha, ha, ha! Nak keluar dari Pusat Dakwah tu pun makan berjam2 juga. In case of fire, Uncle tak boleh bayang. Mungkin pihak pentadbirannya boleh tambah pintu keluar masuk alternatif di masa akan datang kot?

Habis majlis Uncle balik rumah, mandi, solat dan sempat masuk mesyuarat untuk sesi malam. Sempat juga lepas mesyuarat tu sambung sorang2 'mencari kesalahan' di dalam buku teks. Kih, kih, kih! Berhenti setelah tiba2 minyak cap kapak yang disapu kat kepala terkena pada mata. Aduuu!

Terima kasih kepada semua rakan sekerja dan pihak pentadbir yang memberi sokongan kepada kami sehinggakan dikurniakan APC pada tahun ini. Kejayaan ini walaupun kami terima sebagai individu di atas pentas tetapi tak akan kami perolehi tanpa sokongan pihak pentadbir dan juga rakan2 sekerja.

Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Manalah tahu nanti di hari akhir perkhidmatan kami akan berguna pula untuk disisipkan sebagai salah satu imej montaj (powerpoint) majlis persaraan. Tak lama dah, dalam 15 tahun lagi. Ha ha ha!

Video 1 

Video 2 Tuan Haji Azam: Wah, tahniah dapat APC Cikgu Azlan!

Video 3 Tuan Haji Azam: Wah, tahniah Hajah Rasidah pun dapat APC juga!

Nasib baik shoot awai masa sampai. Yang nak shoot bila dah habis majlis dengan ramai yang beratur nak bergambar, lagi tambah panas matahari pukul 5 petang tengah turun.

Untung la dapat sorang seribu. Lepaih bayaq hutang ganti kompresor ekon X-Trail kedai Ayau Ekon Paroi yang berjumlah RM2100 tu. Jahanam bulan 6 2022, bila check kat SC waranti habih bulan 3 2022. Sampai lima riban yang baru baik buat downpayment Ford Ranger Mitsubishi Triton Toyota Hilux kereta baru. Tapi nak tunggu kereta baru keluar sama macam nak tunggu pengantin bunting pelamin dapat baby. Tipulah pengeluar2 kereta buat kereta lambat sampai makan bertahun.

Bukan betulkan blazer saja, rambut no 3 tu pun girlpren Uncle ni la yang potongkan. #dah3tahuntakmasukbarber

Nombor ke 506 daripada dekat2 700 penerima.



Gambar IPhone 12 manakan sama dengan Redme Note 9 atau pun Vivo S1.

Bersama rakan2 bertuah yang lain.

Tunggukan posting Uncle bermesyuarat di Hotel Ibis KL yang kebetulan bilik Uncle menginap bertentangan dengan flat yang menginspirasikan soap opera Melayu, 'Budak Tebong Tebing'!

No comments:

Post a Comment