Monday, October 11, 2010
Habih juga raya akhirnya...
Aku dan mawar walaubagaimanapun pi lambat sikit iaitu dalam pukul 8 malam setelah siap solat maghrib. Buruk sungguh habit orang2 malaysia (tak leh sebut nama kaum nanti kata aku racist pulak). VIP tengah sibuk berucap di depan dia sibuk beratur panjang dan makan terlebih dahulu sambil bersembang2. Ada yang memotong barisan untuk mengambil makanan. Time gotong-royong denggi dulu aku rasa tak sampai 10 peratus kehadiran orang yang datang untuk majlis makan2 nih.
Ada yang lagi BODOH (atau PALING BODOH!!!) bawak pulak anjing peliharaan masuk majlis! Dah berpuluh tahun merdeka tak reti2 menghormati perasaan orang lain. Aku cukup marah bila nak bukak pagar rumah samada baru nak pi kerja atau balik kerja tiba2 berketul2 taik anjing bersepah depan pagar.
Nanti ada duit aku nak pasang CCTV, baru boleh report majlis perbandaran seremban atau bunuh saja anjing tu.
Saturday, September 4, 2010
Raya datang lagi!
Datang hari last sekolah masa bulan posa = Dapat duit raya dari cikgu.
Dalam pada itu terasa kasihan pula kepada parent sesetengah murid OKU di N9 ini yang masih belum masuk elaun khas anaknya kerana berlaku keciciran peringkat pentadbiran kononnyalah yang saya dengar. Nampaknya terpaksalah parent dahulukan duit poket sendiri lagi untuk raya ni. Untuk makluman, elaun murid OKU masuk langsam bagi setahun. Kasihannya dah bulan 9 duit tak masuk lagi. Kalau parent kaya raya ada volvo 2 3 biji, rumah 2 3 biji, kerja bank yang dapat bonus 3 4 bulan gaji tak apalah tetapi bagi yang miskin, menoreh getah, buruh, kena VSS nampak gayanya tak berbaju raya barulah tambahan lagi ada yang baju, kasut, seluar sekolah dah reput dan berlubang. Harap2 hari baik bulan baik ni mana tahu Isnin esok ni duit elaun masuk dan boleh parent mengeluarkan duit elaun oku tu untuk membeli kelengkapan raya dan sekolah murid oku berkenaan.
Raya tahun saya dan isteri bersederhana saja. Baju baru ada la beli sepasang dua. Kuih raya buat sendiri saja. Pelita raya pakai pelita tahun lepas yang masih lagi elok cuma minyak diesel diisi bagi menggantikan minyak tanah. Mahal sungguh minyak tanah, satu liter RM4. Walaupun asap pembakaran minyak diesel hitam legam berjelaga ia tetap meriah.
Terima kasih kepada PM kita kerana memberikan bantuan khas hari raya sebanyak RM500. Bolehlah kita manfaatkan sebaiknya bantuan tersebut.
Di sini saya dan isteri mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin.
Monday, August 23, 2010
Tun Siti tak menyibuk
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jul 26, 10
12:17pm
Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah saya lihat ketika beliau memakai telekung untuk solat.
Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN). Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. Masya-Allah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah arwah nenek saya.
Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara, khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah.
Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi.
Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi 'menteri tambahan'. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara.
Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London.
Saya masih ingat jawapan Tun Siti: "Ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan".
Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.
Benci pemimpin 'pasal bini dia'
Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, sama ada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir.
Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap 'busy body' bagi negara ini ketika beliau menjadi perdana menteri.
Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.
Begitu lama Tun Mahathir di tampuk kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita 'kegarangannya' kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri.
Bahasanya tidak bongkak, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.
Seorang pemimpin memerlukan isteri yang 'tidak menyibuk' seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya.
Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin 'pasal bini dia'. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!
Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya. Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!
Wednesday, August 18, 2010
Kalau kerja cikgu agaknya berapa ratus tahun kerja baru boleh beli rumah ni...
--- On Wed, 8/18/10, iProperty.com Malaysia <newsletter@iproperty.com> wrote:
|
Tuesday, August 17, 2010
Bangun Lan, kita dah lambat!
Hari ni client2 saya semuanya periksa Ujian Selaras 2. Tak banyak peristiwa yang menarik hari ni kecuali salah seorang client saya cirit masa di kelasnya.
Oh ya lupa nak ucap selamat berpuasa kepada semua, puasa jangan tak puasa kecuali yang tak boleh puasa tak apalah. Pejam celik pejam celik raya la kita.
Bulan puasa memang banyak dugaan. Client2 cikgu2 di atas tengah sibuk trial SPM hingga ke petang dengar ceritanya. Tak apa banyak pahala beribadat di bulan posa ni.
Masa saya bujang dan tinggal di Taman Melati Kawasan 8 bersama adik saya Onn dulu salah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah peristiwa kami terbangun lewat untuk sahur. Tidak la sampai habis waktu sahur tu, ada la 5 minit lebih kurang. "Bangun Lan kita dah lambat!" kejutnya pagi tu. Entah kenapa la saya sendiri pun tak dengar bunyi jam loceng pagi tu. Pagi tu kami makan lebihan nasi beriani yang kami beli untuk berbuka petang sebelumnya. Ha, ha, ha!
Itu kira ok la ada nasi jugak. Tapi setelah dia kerja kat Sabah, bangun sahur sorang lebih mencabar. Kalau tak makan nasi waktu sahur, bancuh la segelas Nestum 3 dalam 1 dan Ali Caffe segelas. Cukuplah tenaga untuk ke petang tetapi time sahur mesti minum air banyak2, cikgu modalnya air liur.
Alhamdulillah setelah berkahwin makan minum saya terjaga. Pagi2 isteri bangun masak, balik sekolah pun dia masih sempat masak. Hujung minggu masak macam2.
Tahun ni untuk raya baju semua dah siap beli sebelum puasa lagi. Langsuir ehhh silap langsir dah siap gantung seminggu sebelum posa. Rumput carpet yang penuh rumput asing pulak siap potong petang akhir Syaaban. Pokok pisang hutan dah siap tebang buang separuh. Kalau hangpa nak tau walaupun pisang hutan ni kecik sangat untuk dimakan, jantung pisang dia lemak dan sedap dicicah dengan sambal tempoyak.
Alhamdulillah projek buku teks dah siap walaupun tadi editor talipon tanya tentang sesuatu berkaitan buku berkenaan. Dah nak publish katanya. Kalau ada royalti harap2 boleh la simpan sikit nak pi haji, buat tile porch rumah, tukar absorber keta, pasang sayap kat belakang keta, beli kamera digital slr, beli notebook, beli... (macam2 nak beli, cukup ka?).
Projek dengan satu bahagian kpm pun dah habih awal penggal dua yang baru ni. Jadi sekaranglah masanya untuk mula studi kerana nak ambik PTK DG41 yang tahap 2 pulak bulan Oktober nanti.
Monday, August 9, 2010
Betapa aku benci menggunakan sistem online...
Walaupun aku ni graduan sains komputer dan juga diploma perguruan teknologi maklumat dan komunikasi aku tak pernah percaya kepada sistem online. Ianya amat fragile dan mudah menjadikan kita bertukar menjadi king kong bila trafik menjadi banyak dan kita tak boleh access website tersebut. Sistem yang dibangunkan juga ada yang tidak boleh digunakan jika kita tidak guna Internet Explorer sebagai contohnya EG Tukar. I wonder way?
Ni pagi isnin ni pun bila try bukak tak boleh jugak.. Heeee...
Thursday, August 5, 2010
INGATAN UNTUK YANG MASIH BERKHAYAL...
|


