Tuesday, September 12, 2023

Test...

Hello world!
Hello world!!!
Hello world!

Hello world!



Monday, July 25, 2022

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021

2.30 petang, Khamis, 21 Julai 2022, Pusat Dakwah Islam, Paroi.

Alhamdulillah tahun ni kami berdua direzekikan menerima APC untuk tahun 2021. APC ni sebenarnya kalau dapat sekali seperkhidmatan sebenarnya sudah beruntung benar. Bila suami dan isteri dapat pada tahun yang sama di dalam majlis yang sama, lagilah rare kata Pak Nujum Belalang :)

Kalau sorang2 saja yang naik terima mungkin Uncle tak balik daripada mesyuarat buku teks bersama DBP di Kuala Lumpur nuuu. Tetapi pasai girlpren Uncle pun dapat sama, Uncle pun mintak la excuse daripada pihak DBP. 

Dulu first time masa girlpren Uncle dapat APC, kat sini juga. Uncle jadi driver Grab saja. Ha, ha, ha! Nak keluar dari Pusat Dakwah tu pun makan berjam2 juga. In case of fire, Uncle tak boleh bayang. Mungkin pihak pentadbirannya boleh tambah pintu keluar masuk alternatif di masa akan datang kot?

Habis majlis Uncle balik rumah, mandi, solat dan sempat masuk mesyuarat untuk sesi malam. Sempat juga lepas mesyuarat tu sambung sorang2 'mencari kesalahan' di dalam buku teks. Kih, kih, kih! Berhenti setelah tiba2 minyak cap kapak yang disapu kat kepala terkena pada mata. Aduuu!

Terima kasih kepada semua rakan sekerja dan pihak pentadbir yang memberi sokongan kepada kami sehinggakan dikurniakan APC pada tahun ini. Kejayaan ini walaupun kami terima sebagai individu di atas pentas tetapi tak akan kami perolehi tanpa sokongan pihak pentadbir dan juga rakan2 sekerja.

Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Manalah tahu nanti di hari akhir perkhidmatan kami akan berguna pula untuk disisipkan sebagai salah satu imej montaj (powerpoint) majlis persaraan. Tak lama dah, dalam 15 tahun lagi. Ha ha ha!

Video 1 

Video 2 Tuan Haji Azam: Wah, tahniah dapat APC Cikgu Azlan!

Video 3 Tuan Haji Azam: Wah, tahniah Hajah Rasidah pun dapat APC juga!

Nasib baik shoot awai masa sampai. Yang nak shoot bila dah habis majlis dengan ramai yang beratur nak bergambar, lagi tambah panas matahari pukul 5 petang tengah turun.

Untung la dapat sorang seribu. Lepaih bayaq hutang ganti kompresor ekon X-Trail kedai Ayau Ekon Paroi yang berjumlah RM2100 tu. Jahanam bulan 6 2022, bila check kat SC waranti habih bulan 3 2022. Sampai lima riban yang baru baik buat downpayment Ford Ranger Mitsubishi Triton Toyota Hilux kereta baru. Tapi nak tunggu kereta baru keluar sama macam nak tunggu pengantin bunting pelamin dapat baby. Tipulah pengeluar2 kereta buat kereta lambat sampai makan bertahun.

Bukan betulkan blazer saja, rambut no 3 tu pun girlpren Uncle ni la yang potongkan. #dah3tahuntakmasukbarber

Nombor ke 506 daripada dekat2 700 penerima.



Gambar IPhone 12 manakan sama dengan Redme Note 9 atau pun Vivo S1.

Bersama rakan2 bertuah yang lain.

Tunggukan posting Uncle bermesyuarat di Hotel Ibis KL yang kebetulan bilik Uncle menginap bertentangan dengan flat yang menginspirasikan soap opera Melayu, 'Budak Tebong Tebing'!

Monday, January 24, 2022

Anak Sembilang Terbang Di Taman Dahlia, Pendang, Kedah

Tu dia, bila Uncle check rupanya dah setahun tak buat posting kat sini.

OK la, Uncle belanja satu muzik video Anak Sembilang terbang kat taman perumahan di mana Emak Uncle dan adik-adik Uncle tinggal iaitu di Taman Dahlia, Pendang, Kedah.

Video ni bermuzik latar Semakin Hari Semakin Sayang nyanyian Uji Rashid. Ni rakam masa Uncle dan keluarga balik ke sana semasa cuti sekolah bulan Disember 2021 baru-baru ini.

Enjoy naaa!

Klik untuk melihat Anak Sembilang terbang di Taman Dahlia, Pendang, Kedah



Sunday, January 24, 2021

Anak Sembilang Terbang Di SMK Panchor

Terlupa pulak, sebelum cuti persekolahan akhir tahun 2020 Uncle ada naikkan Anak Sembilang kat sekolah Uncle. Rakam saja2 time tak ada orang / murid. Kalau hari sekolah tobat tak berani punya.


Bila balik rumah tiba2 tercetus idea nak masukkan ke dalam video aktiviti sepanjang tahun sekolah Uncle. Dan video di bawah adalah hasilnya.

Video Aktiviti KPKP SMK Panchor 2020

Anak Sembilang Terbang Di Pengkalan Balak

 Ke mana pun pergi memang takkan seseronok balik ke Padang Kemunting dan mandi laut bagi Hanan dan Hanim. Sebelum cuti Krismas tahun lepas kami berempat balik ke kampung Moyang Nenek Jemaah / Nek Mok kepada Hanan dan Hanim. Nek Mok ni Hanan saja yang sempat jumpa, Hanim tak sempat kerana dia lebih awal dijemput Ilahi.

Sambil Hanan dan Hanim main pasir Uncle pun apa lagi, naikkan la dron. Suasana panas memang orang tak ramai jadi memang puas la Hanan dan Hanim conquer pantai hari pertama tu.


Bagi yang tak suka baca karanagan Uncle boleh tonton video di bawah.

Video Jalan-Jalan Di Pengkalan Balak.

Makan tengah hari beli kat Kedai Makan Payung. Sambil lepak2 ada orang datang jual lemang periuk kera, hmmm, sedap be!


Kami bermalam di Chalet Seri Tanjong. Makan malam Uncle bungkus belangkas masak lemak dan belangkas masak merah yang Uncle beli di Citarasa Belangkas.


Besoknya setelah check out kami melawat Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu. Dapatlah Hanan dan Hanim melihat penyu karah hidup. 


Insya Allah tamat PKP kita jalan-jalan lagi.



Jalan-Jalan Ke Medini (Anak Sembilang terbang depan Hotel Lego!)


Medini? Mana tu? Kalau sebut Legoland kat Johor tau tak? Ha, ha, ha! Asalnya ambik cuti untuk ke Desaru untuk meraikan pengantin baru iaitu Abang Isa dan Kak Haine tetapi akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan hanya kami berempat yang free minggu tu. 

Video Resepsi Abang Isa dan Kak Haine

Hmmm, cuti hari Jumaat dah ambik. Nak kensel atau tidak? Nekad hari Selasa atau Rabu tu check kekosongan Lego Hotel... Wah, ada offer. Bayar untuk satu malam tapi dapat stay dua malam. Breakfast tak ada tapi tak kisah boleh bawa bekal. Kat Medini Mall tu pun ada kedai makan macam2.

Bagi yang tak suka baca karangan Uncle boleh tengok video kat bawah. Anak Sembilang pun ada ambik gambar juga :)

Video Jalan-Jalan Ke Medini Johor Bahagian 1

Bahagian 2 belum sempat buat lagi. Video Bahagian 1 tu tunjuk gambar makan di Restoren Kari Kambing 40 Hari, check in di hotel, mandi di pool hotel, makan malam di Chicken Rice Shop Medini, menonton show di lobi hotel dan suasana di lawatan ke Legoland Theme Park. 

Kalau tengok video tu, kesan Covid-19 begitu ketara kepada industri pelancongan negara. Memang sunyi Legoland. Ada sekali Hanan naik kereta tu sorang2 dia saja. Siap dua orang staf naik kereta lain untuk temankan dia drive. Dulu first time datang beberapa tahun dulu nak beli tiket masuk Legoland pun pikir panjang punya ramai manusia beratur nak beli tiket.

Dalam video bahagian 2 yang belum sempat Uncle buat ikutnya nak sambung dengan video masuk Water Park dan Sea Life Aquarium serta review Nasi Beriani Abah. Doakan Uncle diberi kesempatan untuk menyiapkannya ya?




Anak Sembilang Terbang Di Taman Bukit Galena

Terbang kat kawasan perumahan atau kat tepi rumah adalah sesuatu yang sukar dan juga terlarang. Jatuh atas orang susah nak jawab wehhh. Maafkanlah kalau ada yang marah dengan video yang Uncle share di bawah kot2 ganggu privasi. Ni buat time Uncle masih jahil lagi tentang flight safety. 

Tapi apa pun time terbang ni memang jauh daripada pihak2 ketiga.

Video senja di Taman Bukit Galena Fasa 4

Video praktis terbang tepi rumah

Satu lagi masalah yang menyebabkan terbang kat kawasan perumahan ni bahaya ialah gangguan gelombang. Kejap2 naik warning masalah sambungan. Mungkin gangguan dengan wifi hotspot yang banyak kot?