Sunday, January 24, 2021

Anak Sembilang Terbang Di Pengkalan Balak

 Ke mana pun pergi memang takkan seseronok balik ke Padang Kemunting dan mandi laut bagi Hanan dan Hanim. Sebelum cuti Krismas tahun lepas kami berempat balik ke kampung Moyang Nenek Jemaah / Nek Mok kepada Hanan dan Hanim. Nek Mok ni Hanan saja yang sempat jumpa, Hanim tak sempat kerana dia lebih awal dijemput Ilahi.

Sambil Hanan dan Hanim main pasir Uncle pun apa lagi, naikkan la dron. Suasana panas memang orang tak ramai jadi memang puas la Hanan dan Hanim conquer pantai hari pertama tu.


Bagi yang tak suka baca karanagan Uncle boleh tonton video di bawah.

Video Jalan-Jalan Di Pengkalan Balak.

Makan tengah hari beli kat Kedai Makan Payung. Sambil lepak2 ada orang datang jual lemang periuk kera, hmmm, sedap be!


Kami bermalam di Chalet Seri Tanjong. Makan malam Uncle bungkus belangkas masak lemak dan belangkas masak merah yang Uncle beli di Citarasa Belangkas.


Besoknya setelah check out kami melawat Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu. Dapatlah Hanan dan Hanim melihat penyu karah hidup. 


Insya Allah tamat PKP kita jalan-jalan lagi.



No comments:

Post a Comment