Keadaan trafik yang masuk dan keluar dari tol seremban-labu, seremban-pd hinggalah ke senawang turut menyumbang kepada kesibukan. Lori2 pun banyak keluar kat Senawang tu.
Di zaman kegawatan ni pada pendapat aku banyak syarikat pengangkutan yang cuba untuk potong kos penyelenggaraan kenderaan milik mereka. Antara buktinya dua2 kemalangan yang berlaku akibat kereta melanggar lori yang rosak tepi jalan. Tauke2 semua mungkin cuba kurangkan kos dengan memanjangkan lagi tempoh antara penyelenggaraan. Tayar pun pakai yang koman punya. Kalau tak tayar second hand, mungkin tayar rethread.
Ada lagi satu faktor iaitu mungkin lori tu bawa barang lebih daripada berat maksimum yang ia boleh bawa, jangan lupa pemandu mengejar trip dan tauke pula akan memuatkan sebanyak mungkin muatan dan mengakibatkan lingkup tersadai lori itu kat tepi jalan.
Faktor "lembu2" bawa kereta perlahan di lorong memotong juga tidak boleh ditolak. Aku banyak jumpa "lembu2" ini masa berulang KL-Seremban dulu. Boleh "lembu2" tu bawa perlahan kat lorong memotong tu? Akibatnya kereta2 berkuasa tinggi akan memotong di lorong perlahan dan lorong kecemasan kerana tak sanggup tunggu di belakang "lembu2" perlahan. Aku tak kata memandu lebih 110 tu tak salah tetapi bagi yang boleh bawa laju biarkan mereka berlalu.
Sekali tu aku stuck belakang kereta VIP2 berlambang kerajaan yang diiringi oleh motorsikal polis2 peronda. Mereka blok lorong laju dan memotong. Sapa pun tak boleh memotong. Perlahannya..
Walaubagaimanapun besok aku cuti peristiwa (hari sukan) dan hari ni aku dah pasang ekzos baru kata keta. Sedap sikit bunyinya..
Hanya ucapan takziah daripada aku..
No comments:
Post a Comment