Dulu masa aku kat SMPK Setapak selalunya aku la yang update website sekolah apa2 peristiwa yang berlaku kat sekolah seperti Hari Sukan, Pertandingan Goalball, lawatan makhluk asing dari entah dari mana tah datang nak tengok macam mana murid buta hidup di sekolah. Paling gila, time orang dah habih sekolah nak pi Jumaat tu la dia sampai. Solat la Jumaat ramai2 kat gelanggang goalball dengan orang putih tu. He he he.. Gambar jamban dengan taik pun ada aku pernah ambik. Ye lah nak buat laporan kepada jabatan nak mintak duit repair. Eeee, bersepah najis.
Bagi mengubat kerinduan kerana tak payah lagi buat report (dan jadi cameraman) semua tu maka kat sini aku tunjukkan sebahagian rakaman peristiwa hari sukan kat PZ ni yang berlangsung di Stadium Bola Paroi pada hari Selasa, 9 Februari 2010 antara jam 7 hingga 1 tengah hari yang panas menyirap, habis gelap muka. He he he..
Shot yang paling lawak candid aku sempat rakam ialah bila angin bertiup kencang kat stadium tu PK Tadbir dan PK HEM bergegas memegang kanopi VIP yang nyaris terbang ditiup angin. Kesiankan, budget sangat kurang tahun ini sampai tali pun kita tak mampu nak beli ikat kanopi. Ha ha ha jangan murka, gurau saja.
Tahun ni rumah Merak@Merah menang (lagi). Happy sungguh cikgu semua tak payah stayback lagi petang2.
No comments:
Post a Comment