Tahun ni aku beraya di rumah mak di pj. Bestnya rumah mak aku ni surau depan rumah saja. Suraunya nama Surau Al Hukumiah kot kalau tak salah. Kalau nak dengaq ceramah tak payah pi surau, dari rumah boleh dengaq dah. Sebelum bang (azan) subuh dan tiap2 bang ada pasang kaset bacaan al-Quran. Ada subuh sekali tu lama sungguh dia pasang kaset tu dan aku ingat lambat lagi subuh maka terlepas la waktu subuh pagi tu kerana dia pasang kaset tu pasai ada orang meninggal kat taman tu. Ye la bila aku tengok luaq tingkap dah terang benderang dah.
Tahun ni mawar, mak dan aku buat ketupat palas. Orang melaka selalunya buat ketupat yang anyam dengan daun nyok (kelapa) tu, tapi pasai mawar dah belajaq buat ketupat tu dari mak aku masa raya posa hari tu maka raya kali ni eksperimen la buat ketupat palas. Daun palas yang dibeli kurang berkualiti maka terpaksa la beli tambah lagi. Budak yang jual daun palas tu pun rasanya tau jual saja daun tu pasai suruh dia anyam tak reti pulak dia. Ketupat palas ni ghenyah (leceh) sikit nak buat, pasai tu la sedap. Tak macam ketupat nasi peket adabi tu campak masuk dalam ayaq, rebuih teruih siap boleh potong makan.
Ghenyah nak buat ketupat palaih ni mula2 kita kena buka daun dia dulu dan anyam dia jadi bentuk segitiga tu dulu. Sementara tu kita masak pulut dengan santan sehingga separuh masak. Bila dah separuh masak, buka balik daun palaih tu dan kita masukkan ke dalam daun dan lilit balik. Kena balut kemas2 dan tak boleh ada lubang nanti pulut keluaq masa merebus ketupat. Dah rebus ketupat sampai kering baru la boleh makan.
Tahun ni jugak mak dan mawar buat kuah kacang, rendang dagin, sambal ayam, kuah lodeh, pendek kata semuanya sedap2 cuma aku saja yang sakit perut hari raya tu. Cerita tentang sakit perut, malam raya tu lepas semayang isyak aku ikut rombongan / lawatan takbir raya dan doa selamat dari rumah ke rumah sekitar taman rumah mak aku tu. Ada la dalam 6 ka 7 rumah kot kalau tak silap sekali dengan rumah mak aku yang turut dilawati malam itu.
Teringat sekali dulu masa aku kecik2 pernah sekali aku ikut atuk Hamid (belah mak) di Kampung Sungai Ayer Jernih, Gemencheh pun melawat macam ni la malam raya tu. Sambung balik pasai lawatan di taman rumah mak aku ni, macam2 aku makan. Lemang, nasi impit, sate, ayam goreng, agaq2, nuget, sosej, sup tulang, macam2. Tak la makan banyak2, makan sikit2 mengambil hati tuan rumah. Dan bila balik rumah tragedi pun bermula sampai ke cerah. Nasib baik time nak pi semayang raya perut tak meragam lagi. Tapi bila semayang cerita bersambung semula. Aiyeee...
No comments:
Post a Comment