Monday, July 1, 2019

Catatan Raya Minggu Keempat

Mathematically, patutnya ini merupakan minggu terakhir untuk sambutan raya posa tahun ini tapi kalau berdasarkan pandangan kasyaf seorang ustaz dalam Rancangan Forum Perdana di RTM TV1 semasa raya dulu katanya sambutan raya tahun ini akan melalut sehingga habisnya raya haji tahun ini. Pandangan ustaz tu ada kebenarannya kerana bagi mereka yang tinggal di area Petaling Jaya Selatan, depan jalan PJ City tu ada gerai2 lemang yang akan terus berasap boleh dikatakan setiap hari bermula daripada minggu nak raya puasa hari tu membawa sehingga ke landingnya kapal terbang terakhir jemaah haji balik ke Malaysia tahun ni.

SRI Seremban sekolah Hanan tahun ni telah mengadakan sambutan hari rayanya pada Khamis, 27 Jun 2019 yang lalu. Sebagai sekolah swasta mereka tidak terikat dengan peraturan wajib melaksanakan PdPc selama beberapa jam sebelum mengadakan sambutan hari raya seperti yang kita lihat di sekolah2 kerajaan. Tahun ni Uncle dan isteri berkesempatan menghadiri program sambutan hari raya di sekolah Hanan. Kami tiba lebih kurang jam 3.30 petang. Uncle datang terus selepas kena jadi ajk statistik pertandingan boling tenpin pendidikan khas negeri sembilan di mydin seremban 2 manakala isteri Uncle datang terus daripada sekolahnya.

Walaupun tiba di hujung2 majlis dah tetapi ternyata rezeki untuk Uncle dan isteri masih ada. Siap boleh tapau lagi makanan untuk dibawa pulang.

Wakaf2 yang baru siap dibina untuk kegunaan warga SRI Seremban.

Periuk kosong je tu.

Buluh2 pun kosong je tu. Ini semua nak bagi feel suasana hari raya.

Pada hari Sabtu, 29 Jun 2019 di sebelah paginya kami berempat ke Center Court Stadium Paroi. Ni untuk menghadiri Sukan Tahunan Tadika Little Caliph Ainul Hanim. Tahun ni mungkin yang terakhir kami hadiri kerana kalau ikut rancangan Uncle dan isteri, tahun hadapan Hanim kami nak masukkan ke Pra Bestari di SRI Seremban.


Tahun ni Hanim dalam Red Team.

Bergambar dahulu.

Hanim menangis tu masa kena duduk dengan kawan2 5 Years nya.

Muka sedih masih ada.

Acara bakal bermula.

Perarakan para peserta.

Acara Hanim dan rakan2 bakal bermula.

Dah boleh duduk dengan keluarga setelah acaranya tamat.

Hanan pun suka melihat acara pada hari ini.

Tiba acara untuk kaum ibu. Kupas kulit buah epon.

Kat belakang tu ada Hanan asyik dengan gajetnya :)

Huih, banyaknya tembikai nak kena makan. Ini kes naya nih.

Uncle dan kumpulan para bapa sedang bertanding acara makan tembikai. Patutnya 8 orang satu kumpulan tetapi kerana kurang penyertaan, satu kumpulan 6 orang. Acara ni dapat nombor tiga.

Ni Uncle dipimpin Hanim dalam acara suapan kurma madu. Ada 6 keluarga dalam satu kumpulan. Menang nombor satu ooo! 

Kenapa kurma bukan durian musang king?

Hanim teruja untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah acara Uminya. Kumpulan ni dapat nombor satu dalam acara kupas kulit buah epon.

Alhamdulillah.

Tamat acara di Center Court, kami ke Sikamat bagi menghadiri majlis walimatul urus kaunselor sekolah isteri Uncle.
Tahniah dan semoga kekal hingga ke Jannah.

Dengan berbantukan aplikasi Waze yang dibangunkan oleh syarikat Yahudi yang berpusat di Israel, kami menuju ke Taman Sri Watan di Ampang pula bagi menghadiri walimatul urus Nurul Afiqah yang merupakan anak kepada Abi Faizal iaitu adik kepada Mak Andak Uncle.


Sebelum ke rumah Abi Faizal, kami singgah di Masjid Bandar Baru Ampang untuk solat Zohor. Tahniah kepada jemaah masjid kerana mempunyai kemudahan yang sangat baik. Tandas dan tempat wudhunya sangat bersih dan cantik. Boleh dijadikan benchmark untuk masjid2 yang lain.
Tak tahu la apa yang didoakan Hanan :)

Maaf kami tak sempat jumpa pengantin. Pengantin dah keluar untuk photo shoot kat tasik berhampiran. Alah, masa hari kenduri kahwin Uncle dan isteri dulu pun time semua orang tengah sibuk di khemah kenduri, kami bawa camera woman pi photo shoot kat tasik juga :) 

Ahad, 30 Jun 2019.

Pagi ni tinggal Uncle, Hanan dan Hanim saja di rumah. Isteri Uncle pagi2 lagi dah keluar ke sekolah kerana jadi guru pengiring peserta sekolahnya untuk Kejohanan Larian Bukit Putus. Peserta dari sekolahnya saja dah 3 bas. Jumlah sebenar penyertaan Uncle tak tau tapi dikhabarkan ini pertandingan yang mahal sijil penyertaannya untuk penilaian PAJSK kerana bertaraf kebangsaan.

Dalam pukui 10.30 pagi Uncle, Hanan dan Hanim bertemu dengan isteri Uncle di Mc Donalds Tesco Seremban 2 untuk brunch. Selesai brunch kami balik ke rumah dan dalam pukul 2 petang, Uncle ke Taman Paroi Jaya untuk beraya dengan Abang Joe, salah seorang pakcik Uncle. Pangkatnya pakcik dengan Uncle tetapi sejak kecil lagi dah terbiasa panggil Abang Joe maka kekok pula nak panggil Pakcik Joe :)

Di rumah Abang Joe, Uncle dapat merasa rendang maman daging salai digandingkan dengan nasi Sarawak. Laksa Sarawak dan Kek Lapis Sarawak pun Uncle rasa juga. Untuk pengetahuan semua, Abang Joe ni orang rumahnya berasal dari Sarawak maka menu seperti laksa Sarawak dan Kek Lapis Sarawak adalah antara menu wajib open house rayanya setiap tahun.

Abang Joe ialah yang atas kepalanya ada botol sabun basuh pakaian tu :)

Selesai makan, Uncle pun pulang ke rumah. Menunggu ketibaan tetamu kehormat Pak Long Yunus dan keluarganya daripada Teluk Mas, Melaka. Kalau tak ada orang datang beraya sehingga ke hari terakhir Syawal tahun ini maka keluarga Pak Long menutup sambutan raya Aidilfitri tahun ini bagi rumah kami.

Pak Long (berkepiah putih) khabarnya nak buat korban kambing di Kampung Sungai Ayer Jernih Gemencheh untuk raya haji tahun ni. Tak tau la bertembung atau tidak dengan walimatul urus adik Uncle iaitu Amin Budin di Kedah.

Membawa Abang Ganteng ke kedai gunting rambut.

Abang Ganteng sedang bertungkus-lumus menyiapkan kerja rumah setelah sekian lama beraya :)

Pinjam bola petanque sekolah, malam2 hidupkan lampu, praktis pointing dan shooting kat laman rumah.

Adik Comel Pipi Merah cuti sport day pada hari ini (Isnin, 1 Julai 2019). Mengajak Umi ke Mydin Senawang untuk makan di Marry Bown. Time tulis blog ni, dia tengah demam. Bersamalah kita doakan dia cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment