Sebelum bermula, Uncle ingin menegaskan bahawa Uncle bukan anti kepada mana2 operator yang mengendalikan perkhidmatan penghantaran makanan malah jauh sekali ingin menjatuhkan imej syarikat yang berkaitan dalam kisah di bawah. Bagi Uncle, sesuatu perkara yang salah adalah tetap salah tak kira siapa pun yang melakukannya dari sebesar2 pangkat seorang raja hinggalah sehina2 seorang pecacal pengangkat najis.
Kalau sebelum ini mengikut pengalaman Uncle, didapati parkir OKU disalahguna oleh kenderaan2 mewah dan juga penjual pisang goreng (di depan Kedai Saaka Nilai 3), kali ini Uncle nak kongsi imej beberapa buah motorsikal yang diparkir di petak parkir kereta OKU di hadapan Starbucks Pasar Raya AEON Seremban 2.
Adakah tak nampak imej kerusi roda di tapak parkir dan juga papan tanda yang besar lagi jelas?
Bukankah telah disediakan petak khas parkir motorsikal di kawasan yang berhampiran?
Dalam bulatan kuning tu ialah operator2 (tuan2 motor yang parkir di petak OKU) yang sedang berbual sesama mereka. Senang je nak kenal mereka ni, t-shirt seragam warna pink.
Masa Uncle rakam gambar motorsikal2 mereka (dalam dua gambar di atas) memang mereka tak endah pun perlakuan Uncle merakam gambar. Kalau depa bangun confront Uncle, boleh la Uncle rakam video pulak untuk viralkan di Youtube :)
Kemudian Uncle terus ke kaunter informasi AEON kat tepi eskalator berhampiran Restoren Johnny's tu. Syukurlah kedua2 pegawai khidmat pelanggan mendengar aduan Uncle yang menunjukkan rakaman kedua2 gambar di atas.
Salah seorang pegawai khidmat pelanggan kemudiannya menghubungi pengawal keselamatan serta dia sendiri turut keluar meminta operator2 tersebut mengalihkan motorsikal2 mereka ke tempat lain.
Dari jauh Uncle memerhatikan muka2 tak puas hati operator2 tu yang kena alihkan motorsikal2 mereka. Pindah pun tak jauh, di tempat parkir kereta biasa pulak.
Untuk pemyelesaian jangka masa panjang, Uncle mohon pihak AEON menyediakan suatu tempat khas operator2 ini meletakkan motorsikal2 mereka di tempat yang lebih bersesuaian. Lebih molek lagi kalau betullah petak2 parkir OKU yang mereka gunakan sekarang bersesuaian untuk menjalankan operasi mereka, jadikanlah itu parkir khas untuk mereka. Pihak AEON bolehlah mengubahsuai petak2 parkir yang berhampiran sebagai parkir2 OKU yang baru.
Sehingga hari itu tiba, jangan parkir di petak parkir OKU.
No comments:
Post a Comment