Thursday, January 2, 2020

Hari Pertama Persekolahan 2020

Khamis, 2 Januari 2020, SRI Seremban

Hari ni merupakan hari pertama persekolahan 2020. Tahun ni Hanan dah tahun tiga manakala Hanim pula dah pra sekolah enam tahun. Tahun ni Hanan dan Hanim ke sekolah yang sama dengan kereta yang sama :)

Pagi ni depa pi sekolah Umi yang hantar. Hanan kini menggalas tugas untuk menghantar Hanim ke kelasnya setiap pagi. Petang pula Hanim akan jaga beg dan kasut Hanan masa dia ke surau. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah.

Subuh gelap dah sampai.

Hanan menghantar Hanim ke kelas pra sekolah. Umi cakap yang nangis Hanan, Hanim gembira je :)

Shopping di koperasi sekolah.

No comments:

Post a Comment