Selesai lawatan di Pusat Sains, kami ke Restoren Mee Abu yang terletak di Jalan Sultanah. Yang ni kalau ikutkan papan iklan kat depan restoren, dibuka semenjak 1966. Jalan Sultanah ni kalau tak salah dulu2 nama dia Jalan Day. Dinamakan semula pada dekad 90an kalau tak salah. Jalan Sultanah ni ada dua buah sekolah menengah. SMK Dato Syed Omar (SMKDSO) dan SMK Sultanah Bahiyah (SMKSB).
SMKDSO merupakan sekolah tempat arwah Abah Uncle menerima pendidikan menengahnya. Tahun berapa tak ingat dah, tahun 70an kot pasai dia grad USM pun hujung 70an. Nama dia kalau tak salah ada tertulis pada papan senarai nama ketua2 asrama di asrama tersebut. Ni Uncle lihat masa orientasi nak masuk sekolah tersebut pada tahun 90an tetapi rezeki masuk Kolej Sultan Abdul Hamid masa tingkatan satu. Tak tau papan nama tu gantung lagi ka atau dah buang. Yang masuk belajar di sekolah ni masa tingkatan satu adalah adik aku Onn, lari balik daripada sekolah berasrama di Seberang Perai :)
Hidup berasrama bukan untuk semua. Uncle pernah tinggal asrama di KSAH semasa tingkatan dua bila keluarga Uncle pindah ke Baling. Uuu, time ni la belajar naik Bas MARA kat Stesen Bas MARA dekat stesen keretapi tu untuk ulang-alik sekolah pada time cuti hujung minggu. Bas tak dak aircond, pakai sejuk angin masuk ikut tingkap. Tingkap pula kadang2 jamn. Tak boleh tarik turun atau tak boleh tarik naik. Kalau hujan basah, kalau tak boleh turunkan tingkap panas la pulak.
Asrama sekolah di KSAH tahun 1993 tu nyamuk banyak, construction buat parit ka apa tah kat luar tu. Bila semayang kat surau asrama time malam ingat lagi Uncle ada satu PK HEM tu bila jadi imam baca surah panjang2. Menari kita nyamuk masuk dalam kain :)
Tak pasang kelambu tobat tak boleh tiduq. Malam2 bila roll call pakai seluar pendek hitam saja tak berbaju di halaman depan asrama, beratur ramai2 dengar abang2 senior pengawas asrama tot tet tot tet. Barang hilang la, duit hilang la, baju hilang la, radio hilang la, spender hilang la. Benda2 buang masa faktor penolak daripada hidup di asrama :)
Minggu last nak buka sekolah, Uncle surrender. Bagitau kat Abah dan Mak tak mau lagi sekolah kat KSAH. Pindah la ke SMK Tunku Putera Baling. Tapi bab ni Uncle cerita time lain, pagi besok ada mesorat kat sekolah :)
Senarai video:
Parking kat depan restoren.
Suasana dalam kedai lebih kemas berbanding tahun 90an dulu, Dulu roti canai kedai ni punya popular, pernah satu pagi tu Uncle mai kayuh basikal daripada rumah kat Taman PKNK, order roti canai sepuluh keping sejam lebih baru siap. Marah orang kat rumah lambat dapat makan :) Tanak Maggi 5 minit dah siap...
Ni la rupanya mee rebus tu. Yang beragama Hindu tak boleh makan ni, ada daging lembu dan paru lembu dalam kuahnya. Dulu baris hujung rumah kedai ni ada Mee Pak Tuan, pun sedap juga tapi tu dulu, tak dak dah.
Mawar tengah makan popia. Selain popia dan mee rebus, kami turut order mee goreng.
Habih makan kami ke tanah perkuburan Masjid Lahar Budi. Melawat kubur arwah Abah, Tuk dan Wan. Hanan turut turun SUV dan ikut Uncle. Hanim dah tidur jadi Mawar tunggu dia di dalam SUV saja. Balik kali ni tak singgah pun rumah2 saudara di Alor Belat kerana hari dah mulai senja. Lain kali la nooo.
Kalau Wan ada lagi mungkin Hanan sibuk ikut dia pi tembak burung, telaga ikan atau pasang pukat.
Ada orang teringin nak pegang pokok padi di bendang sebenar. Hmmm, sebenarnya nak main ayaq tu. Belum kena gigit lintah, pacat berani la :)
Harap balik raya nanti musim kerat padi pulak. Tapi kalau ikutkan mungkin dah mula cycle baru kot time raya tu.
No comments:
Post a Comment