Saturday, January 23, 2021

Membeli Mavic Mini

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedar tak sedar dah bersekolah semula kita tahun 2021. Start hari Rabu 20 Januari 2021. Murid2 KPKP Uncle masih lagi PDPR cuma Uncle yang melaksanakan pengajaran dari rumah dan hadir mengikut jadual bertugas sehari dalam seminggu ke sekolah.

Tahun lepas Uncle diberikan rezeki oleh Allah untuk memiliki dron Mavic Mini. Beli dalam bulan September 2020, menjelang Disember dah keluar Mavic Mini 2. Tak apalah, kalau nak kejar teknologi memang tak terkejar.

Sebelum beli Mavic Mini ni dah beli juga Elfie. Naik saja terbang, angin sepoi2 bahasa bertiup terus melayang. Terbang tiga kali langgar dinding rumah punah RM100. Beli pulak lagi satu dron dalam harga RM200 lebih pun tak tahan ditiup angin, langgar dinding rumah, aiii... habih.

Maka dengan itu kita kena beli sebuah dron yang proper. Study dalam Youtube nampak banyak video2 yang 'meracun' Uncle untuk membeli drone starter friendly keluaran DJI nih. RM2000++ kira tahap mampu la bagi Uncle. Tahun ni pun gara2 PKP banyak juga save duit. Maka beli la dengan niat untuk belajar benda baru.

Uncle beli dron ni kat DJI authorised store kat Paradigm Mall, Petaling Jaya. Oh ya time beli ni PKP yang sekat pergerakan antara negeri tu dah dihentikan. Tu la rezekikan, kalau tunggu, tunggu tengok dalam Youtube sampai ke sudah la.

Kat bawah ni Uncle kongsikan video masa unboxing tu.

Video Unboxing Mavic Mini Bahagian 1

Video Unboxing  Mavic Mini Bahagian 2

Di entri blog akan datang Uncle akan share video first flight.

No comments:

Post a Comment