Dulu kecik2 selalu aku naik kereta Proton Saga 1.5S putih abah aku ke mana2 selalu dia pasang kaset wayang kulit Seri Asun ni. Pak Majid nama tukang karutnya. Memang layan habih lah. Lawak Etong dan Ekeng naik motor bila eksiden terlanggar anjing sampai tercabut tayarnya dalam misi mencari anak raja Serikinda yang dirindui bondanya. Anak raja yang bernama Serikinda itu diceritakan Pak Majid sebagai anak raja yang merantau jauh mencari pengalamannya untuk hidup sendiri. Serikinda turut berkenalan dengan Mak Iman yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Memakai nickname serikinda sememang reflect diri aku sendiri yang kerap berjauhan dengan keluarga sejak tingkatan dua lagi. Masa tingkatan dua tu duduk kat asrama Kolej Sultan Abdul Hamid, zaman pengetuanya Pak Hasan dan Pak Shuib.
Kemudian lepas PMR berjauhan lagi dari keluarga di Baling dan aku kat MRSM Taiping, zaman Cikgu Ahmad Roslan pengetuanya.
Lepas tu terus matrik dan menuntut di USM , Penang. Mengenal hakikat dunia sebenarnya. Apa itu assignment, apa itu ditiru meniru. Heh...
2nd year eksiden, huh, mencabar sungguh hidup dan sebagai oku. Tapi best, asrama senang dapat, tak yah aktif gila2 untuk dapatkan unit desa.
Habih mengaji, menganggur pulak. Pegi temuduga sana sini. PTD, KCS, UPSI semua pi.
Kendian, apply KPLI Teknologi Maklumat SM, belajaq di Maktab Perguruan Perlis. Di situ berjumpa dengan orang yang betul2 nak jadi cikgu dan orang yang tah macam tah tiba2 kena jadi cikgu. Well, jadi cikgu mungkin bukan pilihan pertama tetapi bila dah jadi cikgu, aku buat betul2 macam nak jadi cikgu.
Abih latihan kena posting ke SMPK (Buta) Setapak, lama juga terkial2 mencari tapak, mencari kaedah macam mana nak ajaq IT untuk oku penglihatan. Aku tak la terer tapi apa yang ada itu la yang aku cuba ajaq. Tak boleh lupa betapa susahnya nak baca kod Braille jawapan periksa budak2 dan bingitnya bunyi menatang Embosser tu, sampai sekarang kadang2 terngiang2 dan telinga aku pun kadang2 ada sikit pekak. Bila minta budak namakan 3 jenis mikroorganisma, memang nangislah bila budak tu jawab Ronaldo, Roberto Carlos, Zidane.
Pun tak boleh lupa bila kena kursus Braille, usung mesin Braille yang gedabak tu dari KL ke Langkawi, sampai Langkawi mesin Braille meragam. Dot tak timbul.
Tapi paling best jaga pameran untuk Jabatan Pendidikan Khas. Merata aku pi, Putrajaya, Mid Valley sampai la ke Labuan, Sabah. Boleh salam Menteri Pelajaran, Timbalan Menteri Pelajaran,.. Macam2..
Tahun 2008 sampailah timenya tamatkan zaman bujang. Memang best jadi orang bujang, tapi bila adik aku grad dan kerja kat sabah, tinggai sorang2 kat Taman Melati Kawasan 8, aku mula terpikiaq, there is more in life than work, than blind people, than JAWS, than DBT, than white cane, than school magazine, than school powerpoint show, than school, than money, than sleep, than Chelsea (that the fact that John Terry misses the damn penalty kick in the Champions League final against Manchester United, terminated my sport channel), than my Proton Wira 1.5 automatic so aku pun mencari cinta.
Sebelum Deepavali 2008 aku pun kawin. Bertambah tanggungjawab tapi hidup lebih bermakna dengan kasih sayang.
Kemudian menjelang sebelum buka sekolah 2009, kami (aku dan isteri) berpindah ke Seremban. Keluar dari 'sarang' kami yang selesa, mengurus rumah tangga sendiri. Enam bulan pertama masa berulang-alik Seremban-KL setiap hari sungguh mencabar fizikal dan kewangan. Hari2 bawa 130 km sejam ke atas pagi2. Bila tengok orang lain eksiden, terdetik pulak entah bila aku pulak.
Bila apply tukaq Seremban, Alhamdulillah dapat. Tak ada pakai 'kabel' letrik ka terowong ka, semua kuasa dan takdir Allah.
Bila mengajaq budak2 LD ni rasa kasihan pun ada. Aku ingat ada antaranya nanti bila kat Padang Mahsyar sana tak ada hisab2 dah, terus straight saja masuk syurga. Yang kita yang waras ni siap label2 lagi orang ni kafir lah, orang tu masuk neraka lah, pangkah parti kafirlah, lompat parti jatuh talak lah.
Tak nak mengarut dah serikinda ni..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment