KOTA BHARU 10 Dis. - Kereta jenis Ford Laser TX3 yang terjunam dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall Ahad lalu sehingga meragut dua nyawa telah dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di sini untuk pemeriksaan lanjut.
Pemeriksaan tersebut dibuat bagi memastikan sama ada kereta tersebut mengalami masalah teknikal atau sebaliknya.
Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan kereta itu akan diketahui dalam tempoh tiga hari bagi membantu siasatan pihak polis.
Menurut beliau, pemeriksaan teliti perlu bagi mengetahui kerosakan yang dialami kenderaan itu sebelum berlaku kemalangan.
''Ini hanya prosedur biasa kerana kita mengesyaki kereta tersebut telah dilakukan beberapa pengubahsuaian selain hasil siasatan awal yang mendapati enjinnya telah ditukar.
''Pemeriksaan lanjut ini adalah sebahagian daripada proses siasatan yang dijalankan oleh polis dan ia perlu dijalankan dengan teliti.
''Kita perlu periksa keadaan tayar, sistem brek dan 'badan' kereta ini sama ada ia mendapat kelulusan daripada Puspakom atau tidak,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian Ahad lalu, sebuah kereta dari tempat letak kenderaan di tingkat atas kompleks beli-belah itu merempuh dinding ruang pengudaraan sebelum terjatuh ke aras bawah.
Dua sahabat, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diyanah Azman, 23, yang merupakan pelajar kolej kejururawatan swasta di sini maut dipercayai terkena serpihan runtuhan bangunan.
Seorang lagi rakan mereka, Rashidah Latfi, 18, serta pemandu kereta, Nor Ain Said, 17, cedera parah.
-Petikan Utusan Malaysia Online 11 Disember 2009
Dulu Perdana bapak aku pernah juga abih bateri atas KB Mall tu, ada momok main bateri ka atas tu? Nasib baik la Perdana tu tak boleh jump start macam Ford Laser TX3 yang budak tu bawak (tukaq bateri baru kat situ la), kalau tidak mungkin Perdana tu yang rempuh dinding KB Mall. Banyak faktor yang mungkin menyebabkan tragedi ni: 1. Tak reti maintain kereta, bateri tak pernah check kot? 2. Budak pompuan yang duduk driver seat tu tak dak lesen @ tak tau bawak kereta, bila kereta dah hidup dia panik tertekan pedal minyak dengan kuat. 3. Kontraktor bangunan yang hampeh, tak letak besi dalam struktur konkrit tu, sama la macam kat Kuala Dipang tuh.
No comments:
Post a Comment