Friday, April 9, 2010
Jalan2 Tree Top Walk Sungai Sedim
Cuti sekolah yang baru ni aku sempat pi Tree Top Walk (TTW) di Sungai Sedim, Kulim. TTW ni dah dibuka secara rasminya oleh KDYMMulia Sultan Kedah pada tahun 2009. Inilah kali pertama aku pi ke sana bersama isteri, mak dan abah. Abah aku kebetulan hari tu ada mesorat di Kulim jadi hanya kami 3 orang saja la yang naik. Naik TTW ni tak la segayat naik yang kat Hutan Negara di Pahang nun kerana struktur binaannya yang diperbuat daripada besi berbanding yang di Pahang yang buat pakai tali saja.Lepas naik TTW aku turun mandi kat tempat flying fox bawah tu. Memang best, lama dah tak mandi ayaq sungai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment