Malam Khamis tu kami berdua pergi Johnny's di Jusco makan steamboat. Kalau nak ikut nak sedap makan steamboat best lagi di Restoren Nelayan, KL. Nak makan udang tu mula-mula makan ubat alergic (Exede) sebiji, habih makan, makan lagi sebijik. Mula-mula dulu makan habih bengkak muka aku ni. Ha ha ha!
Malam tu nak tengok wayang takdak gambaq yang best. Steletto macam tak best, IP Man dua2 bilik full house, Kick Ass pulak tajuk dia pun dah bunyi hampeh dah. Belilah pop corn panggung tu, balik rumah layan The Day After Tommorrow kat TV2.
Pagi Khamis tu nak bangun segan sunggguh. Sedap tidur lagi best. Dah berminggu2 tak tidur cukup kerana kerja Sabtu dan Ahad (urusan dan kepentingan negara, tak boleh tulih kat sini). Tidur lama pun lagi letih pasai kena brain drain lain rasa penatnya berbanding bersawah, pukat ikan.
Bangun saja kami ke Stadium Paroi pekena Nasi Lemak Restoren Pinggiran. Boleh tahan. Lepas tu kami merayau-rayau area Senawang. Ada la yang dicari kat situ, tak leh bagitau sekarang.
Menjelang tengah hari patah balik ke Restoren Leha World kat area sekolah PZ aku. Sini makan harganya boleh tahan dan sedap pulak kerabu pelamnya. Paling best sekali, ayaq ambik self service. Tambah la berapa kali ayaq tu, tauke tak marah. Habih makan terus balik rumah dan keluaq merayau2 lagi pada petangnya.
Apa yang dicari? Tunggu...
No comments:
Post a Comment