Bangun pagi tu nak pi kedai beli tauge masuk dalam kuetiau goreng baru perasan meter keta ni 66000 km. 66000 yang penuh dengan pelbagai peristiwa. Dengan keta ni la aku amik lesen, maklum la kerajaan kita tak mampu nak adakan banyak keta auto untuk OKU macam aku ni ambik lesen. Dengan keta ni jugak la aku bawak mak dan adik pi Cameron Highland makan angin, ehh silap makan strawberi. Dengan keta ni jugak la aku bawak tunang (sekarang isteri) pi Cameron Highland jalan-jalan. Keta ni dah pernah sampai Pantai Timur masa aku mesorat kat K Terengganu dan juga rombongan meminang adik aku kat Kg Labok, Kelantan. Keta ni jugak dah kena saman dua kali, kali pertama pasai potong double line dan sekali lagi pasai eksiden, langgar nazir sekolah lagi. Keta ni juga pernah menjadi jet pejuang ketika berulang-alik Seremban-KL-Seremban masa keja kat Setapak dulu.Takat la ni
macam2 yang dah pernah rosak kat keta ni, nak manja2 dengan aku la katakan. Yang eksiden dengan nazir hari entah la apa yang rosak kat depan tapi semua insuran bayaq la. Lampu signal kanan dan brek ketiga dah pernah tukar. Side mirror kanan pun dah patah, aku nak lipat ke dalam masa parking, terus patah. Eksorber dah pernah tukaq sekali, mungkin nak kena tukaq pulak yang belakang pasai dah bunyi tikus. Anak buah aku yang dua tahun hari tu naik keta dia concern bunyi apa tu? Bila jawab kata bunyi tikus terus dia kata syoh, syoh. Ha ha ha! Bracket windows dah tukaq kiri dan kanan untuk penumpang hadapan dan driver. Sport rim dah pasang yang set kedua. Tayar pulak Hankook HP199, bentuk V bunganya. Tobat tak pakai bunga straight dah lepas eksiden hari tu. Ekzos pun dah tukaq kepada yang bunyi kuat sikit. Minyak RON 95 buleh isi tapi selalunya batuk2 dan takdak pick up. Kalau RON 97 ok je, kalau V Power, dia naik bukit ontokkk yo bunyi nyo jang oi. Loan ada 6
tahun lagi, harap2 boleh pakai sampai habih la keta ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment