Tuesday, December 18, 2018

Berskating di Seremban?

Pagi hujung November 2018, Pegasus Skate, Center Point, Seremban

Ingatkan sojuk aisnya tetapi hanya permukaan sintetik seakan2 ais rupanya. Sat saja pakai baju sejuk, terus buka bila berpeluh2 skating di sini. Anyway, bolehlah orang2 Seremban bawa anak2 merasa suasana skating. Kalau nak merasa skating yang sebenar, yang terdekat boleh pi IOI City Mall Putrajaya atau pun pi Berjaya Times Square Kuala Lumpur.

Hanan bising dah berpeluh.

Boleh sewa penyokong pvc yang warna putih tu untuk beginners.

Hanan dah terjatuh. Tapi sebenarnya kejap saja dah pandai skating.

Hanim masih mahu ditemani Umi.

Sesekali Hanan datang mengganggu.

Penyokong pvc ada saiz dewasa, saiz kanak2.

Abah rakam dari luar saja.

Oh ya, nenek pun ada ikut tapi dia pun hanya tengok dari luar saja. Selesai skating, kami makan di Chiking. Tingkat atas Chiking ni ada playground. Boleh la budak2 main sambil makan.

Hanim menangis nak naik buaian.

No comments:

Post a Comment