Tuesday, December 18, 2018

Jalan2 Di Negeri Melaka (catatan lewat) Part 5

Lepas solat Maghrib kami ke Medan Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai, nak makan ikan bakar. Harganya berpatutan. Kalau lazimnya kita ikan bakar dengan nasi putih, di sini boleh try makan dengan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang. Sebungkus seringgit saja.

Sabar menunggu pesanan makanan tiba.

Tepi pagar besi tu air laut. Boleh makan sambil dengar riak2 air laut.

Mungkin ada show band muzik kot pada malam2 tertentu.

Semasa abang ipar aku dan keluarganya berkunjung ke tempat ini baru2 ini, ramai sungguh pengunjung pada malam depa pi sehinggakan nasi lemak daun pisang habis, telur ayam pun habis. Tak pa lain kali boleh pi lagi Insya Allah.  

Ini pula rakaman semasa sarapan pagi di Kafe Hotel Amverton.

Pada pagi keesokkannya kami menikmati sarapan pagi di kafe hotel. Hanan saja kena bayar kadar kanak2 iaitu RM15 kalau tak salah manakala Hanim masih lagi percuma. Makanan yang dihidangkan adalah memuaskan. Kira berbaloilah dengan bayaran yang dikeluarkan.

Secara keseluruhannya, kunjungan ke Melaka pada kali ini adalah bermanfaat dan segala urusan telah dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment