Tuesday, December 18, 2018

Jalan2 Di Negeri Melaka (catatan lewat) Part 3

Akhirnya kami pun check in di Hotel Amverton. Sekarang ni nak ke mana2 kita pakai waze atau google jadi dari depan Mamee Jonker Walk tekan saja waze tu sampai la ke hotel.

Ha ha ha! ini nasi ayam di kafe Mamee Jonker Walk. Nasi ayam dikepalkan membentuk bola. Ada satu kedai macam ni di Seremban tapi tak pernah try.

Sesudah solat Zohor kami pun turun untuk aktiviti atv dan mandi-manda di kolam renang. Atv hanya untuk kanak2 sahaja :) manakala kolam renang terbuka untuk semua. Keselamatan amat diutamakan, ada petugas2 di semua tempat. Bagi yang tak nak main atv atau mandi kolam, ada playland tertutup berhawa dingin.

Pakcik petugas hotel ni masa sembang2 rupa2nya pesara ATM yang pernah berkhidmat di Kem Wardieburn, Setapak.

Hanim sedang dipakaikan helmet.

Ready to go.

Hanan pula dah banyak pusingan dia buat.

Hanim menunggu dengan penuh sabar gilirannya untuk masuk ke trek.

Akhirnya Hanim duduk di depan, Hanan yang bawa.

Tetap tak puashati, pakcik petugas tolak atv, Hanim control handlenya :)

No comments:

Post a Comment