Sunday, February 28, 2010

hotel mandarin court kl

untuk tahun ni, ini la kali pertama aku kena out station. selalunya boleh berulang dr putrajaya dari seremban.
kali ni aku bermalam di hotel mandarin court kl. bila dah bangun pagi2 lepas breakfast kat bawah, terus ke dbp. meeting sampai lewat2 ptg. tapi tak pa la, sesi mlm takdak..

jln2 cari makan raya cina (jjcmrc)

time raya cina hari aku dan isteri sempat merayau2 kat kl. jln2 pegi makan kat tempat yg kalau hari2 biasa berjam2 baru dpt parking.
antara destinasi yg kami dua pi hari tu ialah di char kuey tiau di kg baru. menurut mawar, dah tak sedap macam dulu2, mungkin tauke dah tukaq. aku pulak pekena ikan keli bakaq.
destinasi kedua ialah nasi ayam hainan taman melawati. mmg best macam2 dulu2. aku dulu duduk tmn melati kawasan 8, jadi selalu la makan kat sini. laici kang dia pun masih best.
destinasi akhir jjcmrc ialah di medan makan care4 wangsa maju. makan yong tau fu dia mmg sedap walaupun tak dpt makan kangkung nya yg dah abih. lagipun dah nak tutup dah.
sempat juga aku singgah kat smpk (buta) setapak, yelah tempat mula2 mengajar.

Saturday, February 20, 2010

KAJIAN DR FADZILAH KAMSAH TENTANG SIFAT MANUSIA - FEBRUARI

Berfikiran abstrak
Sukakan benda yang reality dan abstrak
Intelligent, bijak dan genius
Berpesonaliti yang mudah berubah
Mudah menawan orang lain
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
Jujur dan setia pada segalanya
Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong
Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan yang lasak
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
Mudah mempamerkan marahnya
Tidak suka benda yang remeh-temeh
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan dan sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
Berkecenderungan pada benda yang tahyul
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
Belajar untuk mempamerkan emosi

Friday, February 12, 2010

Ekzos buluh

Hari tu pi kedai servis keta tengok ada satu ekzos Apexi yang mampu (dalam budget) nak pasang. Lama dah teringin nak pasang. Sekali tauke tu try sambung kat keta aku punya la best bunyi. Pasang je. Ini mod ketiga selepas pasang sport rims dan getah bulat kat absorber belakang.
Pagi2 pi sekolah rasa cam best (heh!) bila ekzos bunyi kuat, ekzos buluh la katakan...
Kepada kengkawan berbangsa Tionghua, Selamat Tahun Baru Cina.

Wednesday, February 10, 2010

Hari Sukan SMK Pendeta Za'ba Seremban

Salam 1Malaysia!

Dulu masa aku kat SMPK Setapak selalunya aku la yang update website sekolah apa2 peristiwa yang berlaku kat sekolah seperti Hari Sukan, Pertandingan Goalball, lawatan makhluk asing dari entah dari mana tah datang nak tengok macam mana murid buta hidup di sekolah. Paling gila, time orang dah habih sekolah nak pi Jumaat tu la dia sampai. Solat la Jumaat ramai2 kat gelanggang goalball dengan orang putih tu. He he he.. Gambar jamban dengan taik pun ada aku pernah ambik. Ye lah nak buat laporan kepada jabatan nak mintak duit repair. Eeee, bersepah najis.

Bagi mengubat kerinduan kerana tak payah lagi buat report (dan jadi cameraman) semua tu maka kat sini aku tunjukkan sebahagian rakaman peristiwa hari sukan kat PZ ni yang berlangsung di Stadium Bola Paroi pada hari Selasa, 9 Februari 2010 antara jam 7 hingga 1 tengah hari yang panas menyirap, habis gelap muka. He he he..

Shot yang paling lawak candid aku sempat rakam ialah bila angin bertiup kencang kat stadium tu PK Tadbir dan PK HEM bergegas memegang kanopi VIP yang nyaris terbang ditiup angin. Kesiankan, budget sangat kurang tahun ini sampai tali pun kita tak mampu nak beli ikat kanopi. Ha ha ha jangan murka, gurau saja.

Tahun ni rumah Merak@Merah menang (lagi). Happy sungguh cikgu semua tak payah stayback lagi petang2.

Ungu Andaiku tahu

Andaiku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku,

Andaiku tahu,
Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Tuhan jangan kau ambil nyawaku,

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangiku.

Andaiku tahu,
Malaikatmukan menjemputku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat padamu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangiku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Aku manusia,
Yang takut neraka,
Namun aku juga,
Tak pantas di surga.....

Andaiku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat padamu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangiku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Aaa...

test

apa ni
serikinda.blogspot.com

Monday, February 8, 2010

Eksiden di Senawang

Malam tadi eksiden lagi sebuah kereta yang terbabas melanggar sebuah lori yang rosak di Lebuhraya Utara Selatan dekat Senawang. Sebagai warga Seremban memang lebuhraya antara tol Seremban yang pertama (Seremban-Labu) hinggalah ke Senawang memang agak sibuk walaupun pada hari2 biasa. Hari Ahad dan malam Ahad memang ramai terutama orang2 selatan nak balik ke KL.
Keadaan trafik yang masuk dan keluar dari tol seremban-labu, seremban-pd hinggalah ke senawang turut menyumbang kepada kesibukan. Lori2 pun banyak keluar kat Senawang tu.

Di zaman kegawatan ni pada pendapat aku banyak syarikat pengangkutan yang cuba untuk potong kos penyelenggaraan kenderaan milik mereka. Antara buktinya dua2 kemalangan yang berlaku akibat kereta melanggar lori yang rosak tepi jalan. Tauke2 semua mungkin cuba kurangkan kos dengan memanjangkan lagi tempoh antara penyelenggaraan. Tayar pun pakai yang koman punya. Kalau tak tayar second hand, mungkin tayar rethread.
Ada lagi satu faktor iaitu mungkin lori tu bawa barang lebih daripada berat maksimum yang ia boleh bawa, jangan lupa pemandu mengejar trip dan tauke pula akan memuatkan sebanyak mungkin muatan dan mengakibatkan lingkup tersadai lori itu kat tepi jalan.

Faktor "lembu2" bawa kereta perlahan di lorong memotong juga tidak boleh ditolak. Aku banyak jumpa "lembu2" ini masa berulang KL-Seremban dulu. Boleh "lembu2" tu bawa perlahan kat lorong memotong tu? Akibatnya kereta2 berkuasa tinggi akan memotong di lorong perlahan dan lorong kecemasan kerana tak sanggup tunggu di belakang "lembu2" perlahan. Aku tak kata memandu lebih 110 tu tak salah tetapi bagi yang boleh bawa laju biarkan mereka berlalu.

Sekali tu aku stuck belakang kereta VIP2 berlambang kerajaan yang diiringi oleh motorsikal polis2 peronda. Mereka blok lorong laju dan memotong. Sapa pun tak boleh memotong. Perlahannya..

Walaubagaimanapun besok aku cuti peristiwa (hari sukan) dan hari ni aku dah pasang ekzos baru kata keta. Sedap sikit bunyinya..

Hanya ucapan takziah daripada aku..

serikinda.blogspot.com