Thursday, February 26, 2015

Clash Of Clan

Kalau anda ke kafe, kedai makanan segera, warung, dalam tren, tepi balai raya kg sungai ayer jernih, gemencheh, kemungkinan anda akan melihat orang tengah bermain permainan ini. Ini bukan iklan cuma berkongsi pengalaman bermainan permainan yang katanya di Google Play Store dah lebih 5 juta orang bermain permainan online ni.
Aku bermula main game ni di tab sewaktu cuti sekolah yang lalu. Mesyuarat2 panjang turut menjadi pemangkin aku asyik dengan game ni. Sementelah lagi waktu cuti sekolah tak dapat ke mana2 sangat kerana anak masih kecik.
Untuk muat turun game ni, bagi yang pakai android, pegi saja kat play store. Saiz dalam 46 megabait. Kalau pakai unifi kejap je kata hanan, kalau pakai broadband maxis ni dekat setengah jam juga ikut laju semasa.
Dah install, game tu akan ada self tutorial. Dia akan ajar cara bina kubu, menyerang lawan, join clan.
Banyak benda dalam game ni kena sabar. Nak train askar, kutip resource emas dan elixir, upgrade bangunan semua ambik masa. Jadi sepanjang masa kita akan pikir apa nak buat, sampai dalam tidur.
Hari2 cuti datang gilanya tu akan ada yang kunci jam bangun main game ni. Ha ha ha!
Takat ni aku dah main sampai level 48, liga pula pernah sampai gold iii. Tapi makin tinggi level makin susah maka aku main saja kat liga bawahan dulu.
Tentang clan pula aku dah join satu group yang basenya orang2 Kedah. Dah jadi elder dan antara donater yang aktif.
Main main juga tapi jangan abai kerja.

Thursday, February 5, 2015

Terima kasih yang datang ke majlis Hanim.

Saya dan keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir ke majlis marhaban, cukur jambul dan aqiqah anak saya Ainul Hanim binti Noor Azlan dan sepupunya Ilman Asraf bin Azmi pada 1 Februari 2015. Semoga Allah merahmati anda semua.

Tuk dan Hanim.

Hanim di dalam buaian.