Thursday, August 4, 2016

Kembara Dekat Honda PCX 150: SMKPZ ke A Famosa Resort

Tarikh: 3 Ogos 2016 (Rabu)
Masa: 12.00 tengah hari (bertolak ke A Famosa Resort dari SMKPZ) - 5.00 petang (sampai Taman Bukit Galena)

Sudah agak lama tak bermotosikal yang jauh dan keluar dari kawasan Seremban. Dulu dengan Honda Wave 125 ada juga pergi bermesyuarat di Putrajaya tetapi dengan PCX 150 hanya digunakan ulang-alik ke sekolah, pergi surau, pergi kedai, pergi pasar malam dan pergi bayar bil-bil di pekan Seremban tu.
Bayar bil naik motor jauh lebih senang berbanding bawa kereta. Satu jam boleh siap.
Kenapa pulak Cikgu Lan pergi A Famosa Resort di hari sekolah ni? Ambik CRK atau tipu MC untuk pergi mandi kolam atau melawat safarikah? Hari ini Cikgu Lan kena hadiri Program Profesionalisme Guru Pendidikan Khas, Pegawai PPD Dan Pegawai JPNS Bersama Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Tahun 2016. Dengan bayaran RM35 setiap seorang (???) majlis ni turut meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kebetulan hari ni pula last day Syawal.
Pengarah yang dikatakan akan hadir pada hari ini tiada kerana menghadiri satu mesyuarat lain di Johor. Dalam program hari ini beliau diwakili Timbalan Pengarah, Tuan Pkharuddin Bin Hj Ghazali.
Pada awal pagi nak jalan jauh ni kita isi minyak la dulu. Minyak yang aku pakai ialah RON 95 Petronas. Ni Vios pun pakai ni juga. Bukan nak promote Petronas tetapi stesen minyaknya memang dalam perjalanan hari-hari ulang-alik ke sekolah. Kalau ikut untung points baik pakai Petron lagi kerana satu ringgit satu point berbanding Petronas satu liter satu point tapi tak ada pula stesen Petron laluan aku nak pi kerja pagi-pagi.
Isi minyak pagi tu RM5 saja. Dari tinggal lagi 2 bar minyak, bila dah isi kurang dari 2 bar nak penuh. Lepas la ni rasanya pi balik ke A Famosa Resort.
Jam 12.30 tengah hari maka bertolaklah aku dari SMKPZ. Melalui Kampung Sentosa pi tinggal beg komputer dan botol air bekal di rumah Mak Andak. Kemudian jalan lagi terus masuk ke lebuh raya melalui Plaza Tol Senawang. Bila dah pulas throttle sampai habis dapat cecah 110 km sejam.
Skuter PCX ni rasanya dapat bawa dengan pantas bila di trafik light jalan pekan saja. Lebuh raya bukan teritory PCX ni. Dengan cuaca yang baik, perjalanan adalah lancar. Aku cuma bawa motor di lorong perlahan dan lorong tengah. Lorong memotong memang tak masuk kerana bahaya kenderaan lain yang laju.
Dalam tempoh dekat sejam sampailah di A Famosa Resort. Dah siap register kehadiran aku pun ikutilah program yang ditetapkan.

Bergambar bersama rakan-rakan guru.
 
Yang kanan GPK PPKI SMKPZ, pastu GPK PPKI SMK Seremban 2, pastu bakal GPK PPKI SMK Bukit Kepayang dan bakal PPP Unit Pendidikan Khas.

Menunggu majlis bermula.

Nampak tak keriangan cikgu yang dapat hamper cabutan bertuah tu?
 
Pertandingan persembahan antara daerah.

Meja VIP. Dua dari kanan adalah Tuan Pkharuddin Bin Hj Ghazali, Timbalan Pengarah JPN Negeri Sembilan.

Hari ni makanan yang diletakkan dalam tray-tray tu antaranya ialah kuah lodeh, nasi goreng, mee goreng, rojak, buah tembikai, sandwich, air sirap, kopi, teh, kek, karipap dan popia. Kalau ada yang terlepas tak tau la. Aku siap makan lebih kurang pukul 4 petang. Nak tunggu sampai acara habis leceh rasanya. Pertandingan persembahan baru yang nak kedua. Ada lagi lima atau enam persembahan lagi. Itu tak kira dengan nak cabut hamper bertuah lagi.
Balik yo lah. Bila start skuter saja check berapa kilometer dari sekolah ke sini. Emm, 52 kilometer. Bila sampai ke rumah minyak tinggal lagi dua bar. Kiranya pi balik hari ni RM5 saja. Ok la tu. Tak pening2 bayar tol dan cari parking (belum kira kena blok kereta lain pulak nanti).

Gambar PCX150 Cikgu Lan. Balik dulu la kawan-kawan. Kalau balik lambat takut hujan.

Bergambar di pintu masuk resort.

Tak pergi shopping kat Outlet sebelah tu ka?

Bulan ni dah banyak habis duit beraya la weh.

Cepat la jalan, dah panas dah ni.

Ok la ok la ni gambar last.

Monday, July 25, 2016

Berkunjung Dan Dikunjungi

Raya dan rumah terbuka masih ada lagi. Aku berani jamin dah abih raya pun nanti akan ada lagi yang akan buat rumah terbuka. Alah, macam lagu raya tu kata kita beraya sampai berbulan2.
Kelmarin (23 Julai, Sabtu) paginya kami beraya di sekolah Hanan. Wah, sungguh meriah. Selain ada makanan yang sekolahnya sediakan, ada pelbagai makanan yang turut disumbang oleh para penjaga. Tak ada pulak penjaga sumbangkan air gas macam yang budak2 PPKI aku bawa masa program hari raya di sekolah beberapa hari yang lalu. Keh keh keh!

Tertinggal pulak galah selfie.
 
Kemudian kami ke Senawang pulak, beraya di rumah Mak Busu Nor. Kira makan pangkallah, tuan rumah tengah baru nak susun2 barang. Dapatlah makan laksa dan bakso.
 
Kalau kat kampung di Gemencheh dah sah main pasir ni.

Kemudian kami balik beraya di PJ. Beraya dengan nenek, pakcik dan keluarga Abang Farhan. Malamnya balik ke Seremban kerana pagi Ahad, sekolah Mawar mengadakan sukan tahunan.

Pada Maghrib hari Ahad tiba pula kunjungan keluarga Mak Ngah. Hanya cucur udang dan kuah kacang menjadi hidangan utama. Lain kali kita golek kambing pulak ya! Terima kasih kerana sudi berkunjung.

Hanan dan Hanim bersama kakak-kakak sepupu mereka.

Tuesday, July 19, 2016

Beraya Di Pendang

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah tahun ni puasa cukup 30 hari.
Tapi kesan pertambahan usia mula dirasai.
Balik sekolah saja terus lelap.
Tahun ini Hanan dan Hanim beraya di Pendang.
Balik pada hari Sabtu dan balik mai sini raya kedua (Khamis).
Tahun ini berpeluang raya dengan semua adik-beradik.
Tahun ni raya berpeluang makan rendang rusa, gulai daging, ketupat palas, kuih2 buatan sendiri.
Selain itu berpeluang raya dengan Wa, keluarga Asri, keluarga Naim.
Kubur Abah, Tuk, Wan pi tengok awal2 sebelum hari raya lagi.
Nasib baik pi awal, pagi raya Alor Belat hujan.
Tak berpeluang bergambar dengan baju raya hijau di tepi sawah.
Harap2 dan berdoa agar berjumpa lagi dengan puasa dan raya tahun depan.
Amin!!!

PS: Mai la beraya ke Taman Bukit Galena kepada sapa2 yang sempat.
PS: Lalang (setinggi pagar) baru siap kemas petang kelmarin (18 Julai 2016)
PS Terima kasih kepada keluarga Pak Andak Aziz, Pak Long Yunus, Mak Busu Nor dan Keluarga Ila & Khairul (yang datang jauh dari Lumut) yang telah sudi datang beraya di rumah kami.

 Hanan cukup susah nak diambil gambarnya raya tahun ni. Tapi dia dah ikut pi solat raya tau tahun ni.

 Nampak hijau sesaje.

 Hanim nampak macam ok kan? Itu demam tu, alergik kena gigit pijat.

 Tuk dan Hanim.

 Faris beruntung dapat beraya dengan ibunya yang pulang beraya di Malaysia tahun ini.

 Ramainya cucu Tuk.

 Dua tahun lagi Insya Allah kita buat kambing golek pulak makan ramai2.

Pak Majid Wayang Kulit Seri Asun Meninggal Dunia


ALOR SETAR – Tokoh budaya Kedah, Abdul Majid Md Noh telah kembali ke rahmatullah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jitra, petang tadi.

Allahyarham yang berusia 67 tahun meninggal dunia kira-kira jam 5 petang di sisi keluarga akibat sakit jantung, buah pinggang dan kencing manis.

Beliau yang dikenali sebagai Pak Majid merupakan pengasas wayang kulit Kedah.

Difahamkan, Allahyarham terpaksa dimasukkan ke Hospital Jitra sejak semalam selepas mengadu sesak nafas.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kunkluang, Asun, Jitra pada jam 9 pagi, esok.

Dalang Kumpulan Wayang Kulit Sri Asun itu terkenal dengan dua watak utama dalam persembahan wayang kulitnya iaitu Etong dan Pak Tam.

Pak Majid menceburi seni warisan tersebut bersama keluarganya sejak 1970 dengan membuat persembahan di seluruh negara.

Selain melakukan persembahan, Pak Majid juga mengendalikan bengkel wayang kulit di kampungnya melibatkan kanak-kanak dari usia 12 hingga 15 tahun.

Sumber: Sinar Harian dan http://www.kedahnews.com/2016/07/pak-majid-wayang-kulit-seri-asun.html

------------------------------------------------------------------------------------------------
Perginya sumber ilham kepada nama serikinda. Ucapan takziah kepada ahli keluarga Pak Majid.

Friday, June 3, 2016

Avani Sepang Goldcoast - Kampong Bagan Lalang‎

Kalau ada yang mencari maklumat berkaitan dengan hotel di atas maaf, ini tak ada kena mengena dengannya tetapi saya boleh berkongsikan pengalaman dihubungi oleh tele marketer hotel tersebut yang menghubungi kami suami isteri yang mahu kami datang untuk preview apa yang ada di tempat tersebut dan dijanjikan penginapan percuma satu malam. Macam best je dapat tidur free kan?
Jadi bila check kat Wak Google maka tau la kami rupanya nak jual pakej menginap di situ. Betul la kata pepatah orang putih, there is no such thing as free lunch. Kami tak pergi pun, kesian kan abih kredit orang call kami tu.
Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman melancong di Pantai Bagan Lalang ni bersama keluarga kami yang berempat ni. Lama dah tak datang sini. Last dulu ada datang sekali beberapa tahun dulu sebelum Hanan lahir ialah aku menghantar Mawar menghadiri mesyuarat di salah sebuah hotel di situ. Hotel Seri Malaysia. Hotel Avani tu kalau ada jabatan datang buat mesyuarat mesti yang tahap gred JUSA2 saja kot. Kalau pegawai gred 41 datang ramai2 mesyuarat kat situ ada la yang tak kena tu.
Jadi kami bertolak dari rumah lepas Asar. Hanan kalau berjalan sekarang nak berWAZE saja kerjanya. Maka buka la Waze di tab. Kejap orang putih dalam tab tu kata turn left maka Hanan pun akan kata turn left Abah. Hanim pula sibuk juga dengan telefon yang satu lagi. Kejap cakap miau (nak tengok video kucing), kejap cakap ba ba ba (nak tengok video Minion).
Untung budak2 sekarang ada gadget macam2 untuk hiburan. Aku dulu dengan adik beradik asyik sibuk bergaduh saja di kerusi belakang Proton Saga kereta kebal tu yang duduk ramai2. Sibuk nak duduk tengah la, tepi la, hang ni kentut busuk la, hang ni gemuk makan banyak la cuba diet sikit. Sudahnya memang makan tangan arwah abah. Kalau tak kena dalam kereta, kena bila turun sat gi di destinasi.
Sambung balik cerita. Jadi bila dah sampai tu dah jam 6.00 petang. Parking siap2 di Kedai Makan Senandung Malam. Ada orang teringin (bukan mengidam) nak makan siput buluh. Kata blogger2 sini makan murah dan sedap. Tak rugi ikut nasihat orang.
Pasir di pantainya memang cantik, putih dan halus tetapi melihatkan airnya tak lalu la pulak nak turun, berlumpur. Sementara bebudak main, aku pi bilik air di tapak perkhemahan pengakap kem Haji Shafie kalau tak salah. Bayar la sikit 30 sen, janji tandas bersih.
Selesai menunaikan hajat aku singgah ke ke kedai cenderamata sebelah tapak perkhemahan pengakap tu. Beli layang2 rm5, beli ayaq buih sabun rm3. Buat bebudak nak main selain daripada main pasir dan air. Sempat juga jurujual tu mengusik, tahun ni, inilah kali pertama kita berpuasa dengan GST kan bang? Betul juga tu.

Cuba tangkap buih.

Layang2 terbang tinggi juga tu.

Abah duduk jauh tak nak kena pasir. Keh keh keh!

Kalau lepa sikit saja habih lari ke dalam air dua2 budak ni.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Cantiknya pemandangan sunset kata orang putih.

Setelah melihat matahari tenggelam maka kami pun ke kedai makan. Makanan laut yang kita nak makan kita pilih sendiri, ditimbang dan akan dimasak mengikut kehendak kita.

Serang!!!
 
Malam tu kami ambik serba sikit. Ada lala (masak halia), siput buluh (masak merah), sotong (celup tepung), ikan pari (bakar). Untuk sayur pula kailan ikan masin dan minuman ialah air epal. Jumlah bayaran untuk makan malam tu hampir RM50. Syukur Alhamdulillah murah rezeki daripada Allah. Lain kali boleh mai lagi.

Tuesday, May 24, 2016

Call Back Proton Exora CPS

Malam ini aku rasa terpanggil untuk keluar dari gua untuk komen sikit tentang berita yang aku dengar dari Astro Awani pukui 9.00 malam tadi. Kalau tak salah dengar apa yang pembaca berita tu baca ialah tentang proton yang call back kereta inspira dan exora model cps berkaitan masalah indikator untuk inspira dan exora cps pula berkaitan dengan fuel linenya.
Bagi orang lain yang ada pakai exora cps den tak tau tapi pengalaman isteri den sendiri yang pakai exora cps yang terbabit dengan call back tu memang ada masalah dengan fuel line. Fuel line tu bila bocor memang berbau petrol di luar dan juga di dalam kereta. Rupa fuel line tu tak tau la pula macam mana ghomannya kerana bila dah direpair tak pula ditunjuk mekanik tu :( .
Masalah tu berlaku tahun 2013 dulu, masa kereta masih dalam waranti. Bila bawa ke servis center memang ada bocor dan menitik sedikit2 petrol kat bawah body kereta. Tinggal lagi yang sangat bernasib baik ialah tiada orang yang terbuang putung api rokok kat bawah kereta. Kalau ada yang terbuang mungkin kita boleh tengok scene kereta meletup melambung macam dalam cerita2 Tamil tu :( .
Kerana kereta masih dalam waranti, setelah dibawa ke servis center proton di seremban 2 tu maka dibuatlah gantian apa yang patut. Namun demikian masalah tak berakhir. Bau petrol tetap ada dalam kereta. Tak taulah bocor kat mana lagi. Kalau ikut ilmu yang Kimia yang aku belajar dulu masa SPM, petrol ni lama2 meruap dan hilang. Sepupu aku yang mengaji Kimia tahap PHD di England pun cakap tangki minyak petrol lama2 pun boleh kering kerana petrol meruap. Absorber pun dah berbunyi (lagi).Waranti dah abih. Jadi sampailah masanya untuk mengucapkan selamat jalan kepada exora cps ni. Sayang, baru pakai tiga tahun. Cukup2 habih waranti.
Daripada exora cps nak upgrade ke exora cfe. Memang sukalah exora yang besar bagak ni. Salesman proton kata tak boleh tutup hutang. Nak kena tambah lagi ada la. Pergi ke nissan, ada promotion untuk grand livina 1.8 last batch sebelum design 2014 yang baru tu keluar. Hutang bukan saja dapat tutup, dapat guna buat downpayment mpv baru, dapat free skirt impul lagi. Model lama pun model lamalah janji dapat pakai kereta baru dan tak ada bau petrol dalam kereta lagi.
Bukan nak promote nissan tapi mengharap proton upgrade exoranya dengan facelift yang lebih baik lagi. Untuk pengetahuan proton, aku sangat merindui aircond tiga baris exora :) .

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua rakan seperjuangan di seluruh Malaysia tak kira yang di kolej komuniti, sekolah buta atau program pendidikan khas integrasi. Semua berbahagia dengan apa jua agenda anda demi untuk mendidik anak bangsa.

Hanan buat kolaj je untuk teachernya.