Sunday, June 27, 2010

Selamat Berbahagia Adik-adikku

Lama sungguh tak update blog ni. Ada kot sebulan sejak sibuk seminggu sebelum dan seminggu selepas cuti sekolah. Kerja di luar sekolah la katakan. Masa cuti sibuk dengan kenduri.

Pada cuti sekolah yang baru berlalu ni dua orang adikku telah menamatkan zaman bujang depa. Macam-macam halangan telah dilalui depa ni sebelum nak kawin dan aku memang respeklah kerana berjaya juga kawin tahun ni.

Pada minggu pertama cuti sekolah semua ahli keluarga aku telah ke Labok, Machang, Kelantan. Ini merupakan perkahwinan adik aku Onn dengan Maziana. Pada malam perkahwinan (akad nikah) tok kadinya tak banyak tanya yg pelik2 seperti yg dihadapi sebilangan cik abang kita yg ditanya macam2 soalam sehingga berpeluh2. Ada ka patut tok kadi tanya dulu sekolah agama ka sekolah kebangsaan, tak senonoh sungguh. Pasal tu ada tok kadi kena lempang bakal pengantin dan ada cerita kerana payah nak jawab temuduga tok kadi tu ada yang kawin di luar kariah pengantin pompuan. Heee...

Tengah hari esoknya masa nak hantar pengantin lelaki ada sikit huru-hara. Mak andam rupa-rupanya terlupa sediakan bengkung untuk raja sehari kita. Memang tak guna sungguh, upacara menyambut pengantin lelaki yang patutnya dibuat jam 12 tengah hari kena tunda ke pukul 2 petang. Lagi tak guna rupa-rupanya memang tak ada langsung kemudiannya. Anyway, berbanding masa aku berarak dulu di mana diiringi kompang, kat sini ketibaan pengantin lelaki diarak oleh selawat. Terima kasih kepada Tok Ayah yang mengaturkan iringan selawat dan meramaikan rombongan kami ke rumah pengantin pompuan.

Masa di Kelantan sempat jugak aku dan isteri ke Pantai Cinta Berahi. Order ikan bakar, ketam goreng, nasi goreng, macam-macam. Best makan dengan tiupan angin laut.

Pada hari Selasa, tibalah masanya untuk balik ke Pendang untuk kenduri yang berikutnya pulak iaitu Lina dengan Khairul. Aku dengan isteri aku jalan dulu dengan Proton Exora. Ha ha ha, berjaya juga simpan rahsia dah beli keta baru hingga ke Kelantan. Aku kemudian drive melalui Bukit Bunga, Jeli, Grik, Baling, Gurun dan Pendang.

Kat Bukit Bunga tu ada la berenti sat beli buah tangan lebih kurang dan juga bantal Upin Ipin. Masa lalu Titiwangsa kat tepi jalan2 tu ada longgokan taik gajah, kalau la dia melintas...

Kenduri di Pendang dibuat di Pendang Lake Resort pada hari Ahad. Pada petang sebelumnya adik aku Lina dinikahkan oleh abah aku dengan Khairul di Masjid Batu Hampar. Huh, macam2 tok kadi tu tanya kat pengantin lelaki sampai abah aku garu kepala. Tak guna pi kursus kawin kalau time nak nikah tanya macam2.

Kenduri kawin berlangsung dengan berjayanya kecuali mak andam yang slack sikit kalut nak make-up pengantin yang berpasang2. Heh...

Apa pun part yang pertama dah berlalu. Macam pesan Pak Andak aku lepas aku kawin dulu, "Alhamdulillah. Akan datang satu perkara lagi malah seterusnya. Dan hadapinya dengan kesabaran dan tahniah. Semoga bahagia berkekalan"