Tuesday, August 27, 2013

Pelita minyak diesel

Raya baru masuk hari kedua puluh. Ada juga yang nak tau macam mana nak guna diesel sebagai bahan api pelita raya. Kalau nak pakai diesel memang sumbu dia akan habis terbakar. Tak kira la pakai yang diameter tebal atau nipis.
Kepada yang nak gunakan diesel dinasihatkan campur sedikit air paip dalam bahan api tu. Nisbahnya 95% diesel dan 5% air. Sumbunya pulak pakai yang diameter setebal yang anda boleh jumpa kat kedai tu. Den tahun ni pakai yang diameter kecik, setengah jam dah abih sumbunya, tak apa la janji sempat main bunga api. Kalau terpadam awal pun tak kecoh, jiran2 aku semua cina dan india je.
Kepada yang nak lebih marak boleh pakai petrol, lebih murah dari minyak tanah.

Saturday, August 24, 2013

Logo Mewarna 56 Tahun Malaysia Merdeka


Kepada yang nak buat pertandingan mewarna logo merdeka untuk tahun ini, ada dua link bawah ni boleh kawan2 guna. Tak cantik, tapi boleh la kot.

http://www.4shared.com/photo/vRWwjTfz/logo_mewarna_56_merdeka.html

http://www.4shared.com/file/ZXZJ19iK/logomerdeka56.html

Selamat Ulang Tahun Anakku



Hari ini 15 Syawal (masa blog ini mula ditulis) merupakan ulang tahun kedua Abdul Hanan. Dilahirkan hanya berat sekilo dua tahun lepas, sampai hari ini aku masih tak menyangka betapa bertuahnya dia. Hari ini berat dia dah 13 kilo. Kalau dukung dia tak boleh dah lama2 macam dulu. Kalau tak nak letak dari berdukung tu dia boleh melekap macam spiderman.



> Tentang Hari Raya
Masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua. Tahun ni Alhamdulillah puasa aku cukup 29 hari. Tentang beraya tahun ni kami beraya di pj. Malam raya pi bertakbir rumah2 jiran di situ ada la dekat lapan rumah. Nasib baik tahun ni tak ada tuan rumah yang suruh baca Yassin. Aku balik rumah malam tu dah 11.30 malam. Paling special malam tu ialah sup tulang yang dimakan bersama dengan roti gardenia, rumah yang last sekali.

Setelah semayang raya yang khatib jemputannya tak baca teks pejabat agama negeri tu, kami beraya ke padang kemunting, masjid tanah iaitu ke rumah moyang hanan. Time kami pi sampai dah pukui 3 lebih. Setelah beraya lagi di beberapa rumah, konvoi tiga buah kereta kami bermalam di kondominium kwsp, port dickson. Harga sewaan untuk staf RM15 sangatlah murah dengan apartment yang ada dua bilik tidur, ruang tamu, dapur, bilik air dan berhawa dingin. Hanan demam pula malam tu, maka keluar la pak lang, pakcik dan abah pi cari pelekat cool fever. Pelekat tu cari kejap saja, yang lamanya kami bertiga singgah minum di satu kedai tomyam di pd yang tak tutup cuti raya malam tu. Heh, heh, heh!

Esok paginya hanan bermain pasir di pantai yang berhampiran dengan kondominium kwsp ni. Kalau nak tau di simpang nak masuk ke kondo ni ada satu gereja besar dibina siap dengan apartment2nya. Boleh dengar depa ‘mengaji’ malam sebelumnya dari kondo kami. Demikianlah. Tengah hari itu setelah check out, kami bertolak ke rumah manakala nenek hanan pergi shopping karpet di nilai 3.

Bila dah balik rumah setelah demam hanan tidak makin berkurang maka kami ke klinik. Hari berikutnya abang2 sepupu hanan (farhan, ikhwan dan zaquan) datang beraya ke rumah kami. Depa semua baru pulang beraya dari kelantan dan singgah sebentar sebelum pulang untuk beraya ke padang kemunting. Maghribnya nenek hanan, pak lang, mak lang dan keluarga alisya (keluarga ucu) bertandang.

Malam itu setelah semayang isyak kami bertolak pulang ke pendang. Malam selasa laluan kami ke utara lancar sahaja. Yang nampak jamn ialah laluan sebelah kanan kami iaitu orang2 yang nak pulang ke kl terutama sekali area kuala kangsar. Tak ada nampak eksiden apa pun cuma kerana manusia ramai.

Raya di pendang tak banyak agenda. Melawat kubur tok, wan dan abah di masjid lahar budi. Beraya di rumah sepupu2 dan mak menakan di alor belat. Makan mee abu di jalan telok wan jah. Makan nasi kandar haji ramli di simpang empat. Bawa hanan tengok bendang, ada bunyi kodok dalam air dan dia sibuk nak lari turun ke dalam bendang. Hem, kalau wan dia (arwah abah aku) ada lagi mungkin dia la lari turun ke bendang mengambil burung2 yang ditembak oleh wan atau terjun masuk ke dalam telaga menangkap ikan sepat dan puyu setelah telaga kering airnya disedut pam air atau turun ke dalam sungai memasang pukat. Itu benda2 yang aku buat masa aku kecik2 ikut abah ke mana2 bila diajaknya.

Dalam pada itu sempat pulak beli basikal baru untuk hadiah harijadi hanan. Sekarang dia dah boleh kayuh basikal yang jenis biasa tu tapi yang ada dua tayar sokongan kat tayar belakang tu la. Mungkin dalam setahun lagi dia makin cekap dan boleh buka tayar sokongan tu. Sekarang ni petang2 kalau tak hujan kami dua orang pusing taman. Mula2 dia duduk elok saja atas basikal tu tapi kemudian dia akan turun dan tolak basikal dengan aku.

Kemudian pada pagi hari khamis kalau tak salah, kami pun bertolak balik. Sampai saja dekat sungai petani ada pulak monyet melintas tengah2 lebuh raya. Nak brek belakang ada treler, langgar saja la monyet. Ada bunyi dumm, tapi bila pandang cermin pandang belakang tengok monyet tu ontok yo melintas ke seberang jalan. Berhenti di stesen minyak sebentar untuk tengok kerosakan, ada la lekuk sikit bawah fender tu, tarak apa duit boleh cari, nyawa tiada gantinya.

> Tentang toyota vios j putih last batch (abang kira sangat bertuah tau!)
Dalam sebulan ni aku agak merindui bunyi bising ekzos kereta wiraku yang telah aku jual pada awal bulan puasa tahun ni. Masa cuti pertengahan tahun hari tu bila aku kaji2 banyak pula benda nak kena repair wira tu tahun ni. Timing belt, bateri, absober, road tax dah hampir masa untuk ditukar atau diperbaharui. Banyak model kereta samada tempatan atau import yang aku research.

Sebagai rakyat malaysia tentulah kita nak sokong produk tempatan. Bila pi di wakil2 jualan bila ditanya akan perihal PENGECUALIAN DUTI EKSAIS KERETA NASIONAL UNTUK OKU jawapan yang yang diterima amatlah menyedihkan. Nilai pengecualian adalah berbeza2 walaupun untuk model yang sama mengikut berapa salesman tu nak untung. Ada salesman yang kata leceh nak buat paperwork, makan 2 3 bulan nak settlekan benda tu.

Aku ada buat aduan kat biro pengaduan awam akan hal ni dan memang dapat reply. Dalam aduan tu aku minta senarai harga sebenar kereta2 nasional kita setelah ditolak duti eksais. Jawapan yang aku dapat daripada pegawai kementerian kewangan berkenaan ialah “Senarai harga kenderaan nasional setelah dikecualikan duti eksais boleh didapati melalui pengedar sah kenderaan nasional yang berkenaan kerana hanya pengedar sah mempunyai senarai harga muktamad setelah dikecualikan duti eksais.” Nampaknya adalah sukar untuk pegawai berkenaan untuk membuat sedikit pengiraan untuk membantu kami oku2 ni menunjukkan harga sebenar model2 kereta nasional kita selepas ditolak duti eksais. Bagi saya yang bodoh matematik ni (ye la, kat sekolah ni pun boleh ajar murid bilang dan kaler nombor 1 sampai 10 saja) berpandangan bahawa kerajaan kita sendiri pun tak nak membantu industri automotif kita.

Maka, jika kerajaan kita pun tak nak membantu industri automotif kita (as reflected by the officer) maka saya sebagai rakyat malaysia pun tak ingin membantu juga la. Ikutnya nak merasa juga bawa potong prewet atau potong piiirah atau mawi walaupun bila dibaca komen2 negatif di web seperti color finishing tak kemas dan keta tiba2 mati (ada benarnya, keta prewet adik aku baru pakai tak sampai 1000km mati tiba2 masa dipandunya) dan bunyi dashboard tak hilang2 walau dihantar ke servis centre (ada satu mamat pakai potong piiirah tu pi buat kat kedai ah beng setelah hantar ke sc potong pun tak settle http://www.inspiraclub.com/viewtopic.php?f=7&t=12122 ) maka aku pun mula la mencari keta import untuk dijadikan keta baru aku.

Mula2 aku pi cari honda city. Ada dua kedai aku pi. Dua2 yang entertain aku orang kita. Layanan semua ok. Cuma tak leh settle hutang keta lama aku. Kena tambah lagi riban2 untuk settle hutang. Tu tak kira lagi 10% untuk downpayment. Tak dapek la merasa pakai city. Lepas tu ada pi tanya juga di dua kedai lain tanya almera dan vios. Sama juga, tak leh settle hutang keta wira.

Last kopek aku pergi satu kedai toyota berhadapan jpj senawang. Salesman dia bukan orang kita. Bila check hutang semua dia kata, “Ok abang itu kereta hutang boleh settle semua, cuma kasi saya sikit duit mau repair keta abang.” Jumlah yang dia minta untuk repair pula 500 ratus, a fractional figure compare tu riban2 yang aku perlu keluarkan untuk early settlement. Ada sikit ketakutan keta aku mungkin jadi keta piang, hutang tak settle keta duduk tersadai di used car. Rupa2nya bila aku nak tolak saja keta tu dia dah cepat2 dapatkan buyer. Tak tau la berapa untung dia ambik tolong jual keta aku tu tapi usaha dia adalah jauh lebih baik daripada usaha orang kita yang asyik call cakap, “Tambah sikit je bang untuk settle keta lama abang tu.”

Tentang keta vios yang aku nak beli pulak, time tu tinggal versi j saja yang masih dibuka untuk booking. Yang trd, s, g dan e semua tak jual dah. Salesman tu kemudian buat la calculation untuk aku. Dari rega rm77 k tu ada diskaun 5 k, maka downpayment 2 k saja. Tentang loan bank aku amik bank yang sama aku beli wira. Mula2 orang bank tu cakap 2.51% , aku minta kurang lagi, ye la payment keta wira punya cantik, dah 3 bulan advance. Dapat la kurang 0.01%.  Hu, hu, hu!

Kendian tunggu la keta baru dalam sebulan, keluar la hari pertama posa baru ni. Orang lain beli keta untuk sambut raya, den beli keta untuk sambut posa. Heh heh heh! Takat ni dengan duit den yang ada sesen dua tu dah pasang tinted, karpet getah dan awning kat tingkap. Insya Allah ada rezeki pasang skirt dengan sport light pulak.



> Tentang karnival permainan pendidikan khas di glory beach resort, port dickson pada 24-27 jun
Mungkin ramai yang pergi karnival hari tu masih mengingati betapa hampehnya sound system untuk lagu tarian pembukaan jamuan makan malam penutup tu. Kalau perasan ada pegawai2 kat meja utama tu asyik menjeling kat bahagian pa sistem yang mana aku salah sorang duduk kat situ mengendalikan lagu yang dipasang di notebook yang disambungkan ke pa malam tu. Puas dipunggah sana-sini serta ramai pulak tangan yang datang cuba nak membetulkan keadaan. Technician pa system yang disewa untuk malam tu pun angkat tangan tak tau apa masalah. Akhirnya, di akhir majlis baru tau ada satu mikrofon wireless yang tak ditutup suisnya diletakkan di hadapan suatu speaker.

Aku malam tu tak sepatutnya duduk di situ. Tak ada pun dalam senarai ajk tu aku jadi ajk pa system untuk malam penutup. Ia merupakan arahan saat akhir di mana pihak atasan tak mau ada gap antara lagu semasa pertukaran persembahan, maka kenalah masuk lagu2 tu dalam notebook dan dimainkan direct dari situ. Petang tu test semua masa rehearsal dah ok tapi bila malam pulak pa buat hal. Huh...
 
Untuk karnival kali ni aku sepatutnya jadi penyelaras buku pertandingan dan keputusan rasmi saja tapi antara benda yang den tolong ialah kat pa sistem di tempat pertandingan (habis penyampaian hadiah di kompleks belia, punggah pula bawa ke centre court ooo sah gilo), buat blog dan facebook untuk karnival, print dan masuk folder sijil pemenang (member yang tolong buat pun surrender masuk tidur dah tak larat, kalau ikut lagu lamunan terhenti aris ariwatan tu, “... Kau pun berlalu dalam kepekatan malam, tinggal aku seorang... Aduh!”