Wednesday, January 29, 2014

Kolaborasi? Apa rancangan jahat yang kita nak laksanakan?

Bagi pengguna YES (kontrak kementerian pendidikan) yang melayari internet sama ada melalui wifi atau pun dongle mungkin terkejut apabila capaian ke facebook telah disekat dengan paparan yang berbunyi lebih kurang seperti berikut,

"Sorry, the website you have requested is not available.
Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan bahawa pengguna 1BestariNet tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan laman sosial seperti "FaceBook" untuk tujuan kolaborasi antara guru-guru dan murid-murid. KPM ingin memaklumkan bahawa setiap murid, guru dan ibu bapa telah disediakan ID pengguna untuk mengakses Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE). Bagi kolaborasi untuk tujuan pendidikan, pengguna 1BestariNet boleh menggunakan kemudahan Frog Pond dan Frog Community yang disediakan dalam VLE."

Dasar tidak boleh guna facebook tu aku tak ada la membantah tetapi penggunaan perkataan "kolaborasi" tu tidak kena pada tempatnya kerana menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kolaborasi" ditakrifkan sebagai, "subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb." Maka dalam konteks pengumuman tersebut ia membawa maksud ada kemungkinan guru-guru dan murid-murid mungkin sedang bekerjasama untuk menjatuhkan seseorang atau pun sesuatu.

Perkataan kolaborasi memang sedap disebut, dari pemuzik2 sampailah ke pengetua. "Jadi untuk album terbaru kami ini, kami telah berkolaborasi dengan Kumpulan Boria Anak Mami untuk menghasilkan lagu2 K-Pop berkonsepkan boria." "Kita harus berkolaborasi dengan pihak2 swasta untuk memberi peluang pekerjaan kepada murid2 kita setelah mereka tamat persekolahan kelak." Yang harunya dalam ramai2 cikgu bm dalam mesorat tu tak ada seorang pun yang bangun bagitau kesalahan tersebut.

Ini satu situasi yang aku mampu pikirkan untuk penggunaan perkataan kolaborasi.
Bagi yang minat liga inggeris katakan arsenal di tangga pertama, man city di tangga kedua dan Liverpool di tangga ketiga. Last day match. Man city lawan Liverpool. Man city boleh menjadi juara liga sekiranya menewaskan Liverpool dalam perlawanan terakhir liga tersebut. Liverpool tidak kisah sekiranya man city menjadi juara liga asalkan bukan arsenal yang menjadi juara liga. Liverpool sengaja tewas dalam perlawanan tersebut. Maka, "Bagi memastikan Arsenal tidak menjadi Juara Liga Inggeris pada tahun ini, Liverpool telah berkolaborasi dengan Manchester City di mana Liverpool telah dengan sengaja tewas kepada Manchester City dalam perlawanan terakhir liga pagi tadi. Menjelang minit-minit terakhir permainan, Steven Gerard telah dengan sengaja menyepak bola ke dalam gawangnya sendiri. Apa yang penting, The Gunners tidak menjadi juara pada musim ini. Dengan kemenangan tersebut, Manchester City memintas Arsenal dengan kelebihan satu mata. Liverpool yang ketinggalan sebelas mata di belakang Manchester City serta berkelebihan tujuh mata daripada pasukan berkedudukan keempat liga telah menurunkan pemain-pemain remaja bagi membolehkan mereka menimba pengalaman. Sebagai balasan kolaborasi tersebut, Manchester City dikhabarkan akan meminjamkan beberapa pemain bintang yang jarang diturunkan pada musim ini kepada Liverpool pada musim hadapan."

Kredit kepada Cik Lah (Haji Abdullah), pensyarah ipg penang yang berkongsi ilmu tentang penyalahgunaan perkataan kolaborasi ini dengan saya dalam salah satu mesorat dengan bpk.