Datang hari last sekolah masa bulan posa = Dapat duit raya dari cikgu.
Dalam pada itu terasa kasihan pula kepada parent sesetengah murid OKU di N9 ini yang masih belum masuk elaun khas anaknya kerana berlaku keciciran peringkat pentadbiran kononnyalah yang saya dengar. Nampaknya terpaksalah parent dahulukan duit poket sendiri lagi untuk raya ni. Untuk makluman, elaun murid OKU masuk langsam bagi setahun. Kasihannya dah bulan 9 duit tak masuk lagi. Kalau parent kaya raya ada volvo 2 3 biji, rumah 2 3 biji, kerja bank yang dapat bonus 3 4 bulan gaji tak apalah tetapi bagi yang miskin, menoreh getah, buruh, kena VSS nampak gayanya tak berbaju raya barulah tambahan lagi ada yang baju, kasut, seluar sekolah dah reput dan berlubang. Harap2 hari baik bulan baik ni mana tahu Isnin esok ni duit elaun masuk dan boleh parent mengeluarkan duit elaun oku tu untuk membeli kelengkapan raya dan sekolah murid oku berkenaan.
Raya tahun saya dan isteri bersederhana saja. Baju baru ada la beli sepasang dua. Kuih raya buat sendiri saja. Pelita raya pakai pelita tahun lepas yang masih lagi elok cuma minyak diesel diisi bagi menggantikan minyak tanah. Mahal sungguh minyak tanah, satu liter RM4. Walaupun asap pembakaran minyak diesel hitam legam berjelaga ia tetap meriah.
Terima kasih kepada PM kita kerana memberikan bantuan khas hari raya sebanyak RM500. Bolehlah kita manfaatkan sebaiknya bantuan tersebut.
Di sini saya dan isteri mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin.